Meringkas dan mengulas buku
Tajuk buku: Penyembahan yang hidup (David R Burfield).
Nama Pelajar: Manuel Bin Akiun.
Program: Bachelor Divinity (BD).
Pensyarah: Dr Judy Berinai.
Kredit: 2 jam (30 jam kuliah)
Tarikh: 19.1-25.5.2022
Pengenalan
Tajuk buku Penyembahan yang hidup ditulis oleh David R Burfield. Buku ini diterbitkan oleh Pustaka SUFES Sdn Bhd, Kuala Lumpur, pada tahun 2004. Mempunyai 13 bab dengan 244 muka surat,
Ringkasan
Penulis membahas bahawa penyembahan ialah seluruh hidup kita (holistik). Atas kesedaran ini kebaktian di gereja lebih hidup. Setiap kali kebaktian perlu persediaan yang rapi, ambil masa membuat latihan. Dalam kebaktian unsur doa sangat penting, doa mempunyai ragam; doa pujian, pengakuan dosa, kesyukuran dan doa syafaat, pemimpin perlu pandai menggunakan ragam doa ini untuk membawa jemaah menyembah TUHAN.
Khutbah bersekali dengan pembacaan ayat Alkitab salah satu unsur yang tidak dapat dipisahkan dalam penyembahan yang hidup. Khutbah sepatutnya mengilhami jemaah menyembah bukan sahaja ketika kebaktian tetapi dalam kehidupan sehari-hari.
Pujian tidak kurang pentingnya dalam penyembahan, penyembahan yang hidup mengagungkan sifat dan perbuatan TUHAN yang ajaib. Penyembahan juga melibatkan kehidupan sehari-hari, melibatkan karunia yang kita miliki dan penglibatan seluruh jemaah.
Tempat dan hiasan tempat penyembahn penting diperhatikan kerana mempengaruhi suasana penyembahan. Kebaktian berliturgi atau tidak mempunyai kelebihan dan kekurangan masing-masing paling penting kebaktian boleh membawa jemaah menyembah TUHAN dengan seluruh kekuatan, fikiran dan jiwa mereka.
Tugas pemimpin kebaktian pula membawa jemaah merasakan kehadiran TUHAN ketika kebaktian berlangsung.
Jumlah patah perkataan: 200
Ulasan
Bagi saya kekuatan buku ini ialah bahasa yang digunakan, mudah difahami, bahasa Malaysia yang sangat baik dan tidak mencampur adukkan bahasa lain, kalau ada pun penulis memberi maksud terlebih dahulu. Cara penulisan pun mengikuti gaya penulisan para penulis di Malaysai tidak mengikut gaya penulisan Barat.
Penulis berjaya mempersembahkan ideanya secara tersusun, pembaca mudah mengikuti alur cerita tidak seperti lazimnya buku-buku teologi tulisan Barat yang suka mencampur baurkan idea sehingga sukar diikuti alur cerita dan idea yang cuba disampaikan.
Kelemahan buku ini, ada idea yang berulang-ulang mungkin itulah idea utama yang ingin disampaikan. Saya masih mengesyorkan buku ini kepada pembacaan lain sebab mudah difahami, persembahan idea yang tersusun dan memberi manafaat sebab penerangan panjang lebar tentang penyembahan.
Jumlah patah perkataan: 121
UJIAN MODUS Yunani 2/2021 Nama Pelajar: Manuel Bin Akiun Program: BD 1. Οτι μη πεπιστευκεν εις το το οναμα του μονογενους υιου του θεου. (Υoh 3:18) Πεπιστευκεν Κata kerja, Kala sempurna, Indikatif, Aktif, D3, Tunggal. Terjemahan kata kerja: Dia sedang percaya. Terjemahan ayat: Sebab dia tidak percaya ke dalam nama satu-satunya anak Tuhan itu. 2. Και ευθυς εκαλεσεν αυτους. (Μarkus 1:20). Εκαλεσεν Kata kerja, Aoris, Indikatif, Aktif, D3, Tunggal. Terjemahan kata kerja: Dia dulu sudah memanggil. Terjemahan ayat: Dan (dengan) serta-merta Dia memanggil mereka. 3. Και εβαλεν αυτους εις την γην. (Wahyu 12:4) Εβαλεν Kata kerja, Aoris, Indikatif, Aktif, D3, Tunggal. Terjemahan kata kerja: Dia dulu pernah melepaskan. Terjemahan ayat: Dan Dia melepaskan mereka ke dalam bumi itu. 4. και ελαλει αυτοις τον λογον. (Μarkus 2:2) Ελαλει Kata kerja, Kala Tak Sempurn, Indikatif, Aktif, D3, Tunggal. Terjemahan kata kerja: Dia sudah berkata Terjemahan ayat: Dan dia sudah katakan kepada mereka perka...
Comments
Post a Comment