Nama Pelajar: Manuel Akiun
Tajuk Kursus: Penatalayanan dan pengurusan kewangan.
Pengajar: Mr Chia.
Tugasan: Memberi laporan dapatan kursus.
______________________________________________________________________________
Pengenalan
Wang sangat penting dalam kehidupan manusia sejak sekian lama, walaupun wang bukan segala-galanya tetapi hampir semua perlukan wang. Untuk membeli keperluan harian seperti makanan, minyak kereta, data telefon dan sebagainya. Tanpa wang agak mustahil meneruskan kehidupan kalau berada di bandar.
Kursus pengurusan kewangan sangat penting untuk memberi kesedaraan kepada pelajar seminari mengurus wang sendiri dan kewangan gereja.
Sebelum kita mengurus kewangan sendiri terlebih dahulu ada wang sendiri, boleh jadi dari pemberian ibubapa bagi mereka yang belum bekerja atau mempunyai pendapatan sendiri, gaji atau elauan bagi mereka yang sudah bekerja. Wang yang diterima inilah yang perlu diurus sebaik mungkin demi kesejahteraan diri sendiri dan keluarga.
Pertama kita perlu ada matlamat kewangan yang jelas, jelas maksudnya boleh di terjemahkan dalam bentuk jumlah dan jangka waktu yang diperlukan. Setiap orang perlu matlamat kewangan jangka pendek dan jangka panjang. Contoh matlamat jangka pendek mahu membeli laptop, jangka waktu mencapai matlamat dalam dua tahun. Matlamat jangka panjang mahu membeli kereta secara tunai, jangka waktu untuk mencapai matlamat dalam tempoh 10 tahun.
Secara kasar ada 4 tahap fasa keperluan kewangan dalam hidup manusia iaitu; Fasa 1 membina kekayaan (Awal 20-an sehingga awal 30-an). Fasa 2 meningkatkan atau mengurus kekayaan (Awal 30-an sehingga 40-an). Fasa 3 memelihara dan melindungi kekayaan (Awal 40-an sehingga awal 50-an) dan Fasa 5 menggunakan dan memindahkan kekayaan (Awal 50-an sehingga akhir usia). Kejayaan seseorang memenuhi setiap fasa keperluan kewangan mempengaruhi keadaaan hidupnya sama ada bebas kewangan atau dibebani dengan masalah kewangan.
Mengurus kewangan gereja
Objektif pengurusan kewangan gereja bukanlah untuk menjadi kaya atau untung, tetapi apabila rohani seseorang insan itu mampu diubah untuk melaksanakan khidmat murni dalam masyarakat.
Pengurusan kewangan bagi gereja atau organisasi meliputi tiga peringkat; Mengumpul dana (pendapatan). Melabur dana (ada pulangan) dan pengagihan dana (membelanjakan) bagi mencapai matlamat gereja itu perlu beberapa langkah; Meningkatkan sumber kewangan, menetapkan matlamat kewangan, menyediakan bajet, pengawasan dan akauntabiliti, komunikasi yang baik dan menganalisis sebab-sebab kesukaran kewangan gereja.
Menetapkan matlamat kewangan gereja mesti sesuai keperluan dan pelayanan. Anggota jemaat diberitahu tetang matlamat kewangan gereja, pastor jemaat memainkan peranan penting memberi kesedaraan kepada anggota jemaat supaya menyokong matlamat kewangan gereja.
Menyediakan bajet ada tiga jenis bajet; Bajet menaik dengan menambah 5-10% daripada bajet tahun lepas. Bajet mengikut program yang dirancang dan yang ketiga bajet asas sifar. Selepas bajet disediakan perlu dilaksanakan dan dikawal supaya dilaksanakan mengikut perancangan.
Pengawasan dan akauntabiliti; Gereja perlu menyediakan penyata pendapatan sebaiknya setiap bulan, kunci kira-kira, penyata aliran tunai dan laporan kewangan yang telah diaudit setiap tahun.
Komunikasi pula meliputi kawalan dalaman kewangan gereja, kawalan dalaman bertujuan menjaga aset daripada pembaziran, “fraud” dan penggunaan tidak cekap. Selain daripada itu untuk melindungi kakitangan gereja daripada tuduhan palsu.
Ada lapan prosedur kawalan dalaman
1. Pengagihan tugasan.
2. Persembahan hendaklah sentiasa dikawal oleh sekurang-kurangnya dua orang yang tidak mempunyai hubungan persaudaraan.
3. Mengisikan Ringkasan Kiraan Kutipan dan menandatangan dengan menggunakan dakwat.
4. Kemudian seorang individu lain bertanggungjawab untuk mendepositkan dana ke dalam bank secepat mungkin.
5. Seorang lagi individu yang tiada hubungan persaudaraan hendaklah melaksanakan penyata penyesuian bank setiap bulan.
6. Tentu sahkan bahawa semua cek telah ditandatangani dengan betul.
7. Sediakan garis panduan jelas utnuk pengendalian dana gereja.
8. Syaratkan dua tandatangan di atas semua cek atau pemindaan dalam talian.
Untuk menganalisis sebab-sebab kesukaran kewangan gereja boleh menggunakan Analisis SWOT. Strengths - mengenalpasti kekuatan gereja yang boleh diterjemahkan kepada pendapatan kewangan. Weaknesses - mengenalpasti kelemahan gereja yang boleh merencatkan pendapatan kewangan. Opportunities - mengenalpasti peluang-peluang yang ada untuk meningkatkan pendapatan kewangan gereja dan Threats - mengenalpasti ancaman atau halangan yang dihadapi oleh gereja yang boleh menyebabkan berkurangnya pendapatan kewangan gereja.
Kesimpulan
Kursus Penatalayanan dan Pengurusan Kewangan memberi banyak pengetahuan tentang pengurusan kewangan peribadi dan gereja. Selama ini saya tidak mengetahui apa itu matlamat kewangan, kepentingan penyediaan laporan kewangan dan pengauditan, kawalan dalaman gereja dan sebagainya.
Kegagalan mengurus kewangan peribadi dan gereja boleh memudaratkan keharmonian hidup sendiri dan gereja. Kehidupan rohani tidak boleh dipisahkan daripada pengurusan wang / harta seperti mana yang disebut oleh Tuhan Yesus Lukas 16:11 Jadi, jikalau kamu tidak setia dalam hal Mamon yang tidak jujur, siapakah yang akan mempercayakan kepadamu harta yang sesungguhnya?.
Sekian terima kasih.
UJIAN MODUS Yunani 2/2021 Nama Pelajar: Manuel Bin Akiun Program: BD 1. Οτι μη πεπιστευκεν εις το το οναμα του μονογενους υιου του θεου. (Υoh 3:18) Πεπιστευκεν Κata kerja, Kala sempurna, Indikatif, Aktif, D3, Tunggal. Terjemahan kata kerja: Dia sedang percaya. Terjemahan ayat: Sebab dia tidak percaya ke dalam nama satu-satunya anak Tuhan itu. 2. Και ευθυς εκαλεσεν αυτους. (Μarkus 1:20). Εκαλεσεν Kata kerja, Aoris, Indikatif, Aktif, D3, Tunggal. Terjemahan kata kerja: Dia dulu sudah memanggil. Terjemahan ayat: Dan (dengan) serta-merta Dia memanggil mereka. 3. Και εβαλεν αυτους εις την γην. (Wahyu 12:4) Εβαλεν Kata kerja, Aoris, Indikatif, Aktif, D3, Tunggal. Terjemahan kata kerja: Dia dulu pernah melepaskan. Terjemahan ayat: Dan Dia melepaskan mereka ke dalam bumi itu. 4. και ελαλει αυτοις τον λογον. (Μarkus 2:2) Ελαλει Kata kerja, Kala Tak Sempurn, Indikatif, Aktif, D3, Tunggal. Terjemahan kata kerja: Dia sudah berkata Terjemahan ayat: Dan dia sudah katakan kepada mereka perka...
Comments
Post a Comment