Posts

Showing posts from May, 2022
TUGASAN BACAAN BUKU Nama Pelajar: Manuel Bin Akiun. Program: Bachelor Divinity (BD). Tajuk Bahan Bacaan Jumlah muka surat Sudah dibaca Teologi-Teologi Kontemporer 9-51 (43 muka surat) 100% (16.2.2022) Menuju Keesaan Gereja 3-12 (10 muka surat) 100% (15.3.2022) Memberitakan Injil Di Tengah Masyarakat Majemuk 6-28 (23 muka surat) 100% (15.3.2022) Baptism, Eucharist and Ministry 109-117 (9 muka surat) 100% (29.3.22) Memberitakan Injil di Tengah Masyarakat Majemuk 1-204 (204 muka surat) 100% (23.3.2022)
EKUMENISME DAN PERANANNYA DALAM KONTEKS MASA KINI DI MALAYSIA (12-15 muka surat.) Nama Pelajar: Manuel Bin Akiun. Program: Bachelor Divinity (BD). Pensyarah: Pdt Joefrerick Arting Kredit: 3 jam. Tarikh: 17.1-18.5.2022 Pengenalan Kata ‘ekumeni’ berasal dari perkataan Yunani ‘oikoumene’ diambil dari kata kerja ‘oikeo’ yang bermaksud ‘tinggal’, ‘mendiami’ atau ‘berdiam’ secara harafia bermaksud ‘didiami’ atau ‘rumah kediaman’(Menuju keesaan gereja m/s xv). Dalam konteks gereja masa kini ekumeni bermaksud kesatuan atau keesaan gereja-gereja sedunia. Seperti yang kita tahu secara kasar gereja dunia terbahagi kepada Katolik Roma, Ortodoks (Yunani) dan Protestant. Pada abad ke-16 Gereja-gereja dunia bukan saja tidak bersatu malahan saling memusuhi antara satu dengan yang lain terutama Katolik Roma dan Protestant sehingga mencetus perang dan pembunuhan. Kemunculan kerajaan Turki khususnya pada abad ke-16 membuka mata orang Kristian di Ero...
Meringkas dan mengulas buku Tajuk buku: Penyembahan yang hidup (David R Burfield). Nama Pelajar: Manuel Bin Akiun. Program: Bachelor Divinity (BD). Pensyarah: Dr Judy Berinai. Kredit: 2 jam (30 jam kuliah) Tarikh: 19.1-25.5.2022 Pengenalan Tajuk buku Penyembahan yang hidup ditulis oleh David R Burfield. Buku ini diterbitkan oleh Pustaka SUFES Sdn Bhd, Kuala Lumpur, pada tahun 2004. Mempunyai 13 bab dengan 244 muka surat, Ringkasan Penulis membahas bahawa penyembahan ialah seluruh hidup kita (holistik). Atas kesedaran ini kebaktian di gereja lebih hidup. Setiap kali kebaktian perlu persediaan yang rapi, ambil masa membuat latihan. Dalam kebaktian unsur doa sangat penting, doa mempunyai ragam; doa pujian, pengakuan dosa, kesyukuran dan doa syafaat, pemimpin perlu pandai menggunakan ragam doa ini untuk membawa jemaah menyembah TUHAN. Khutbah bersekali dengan pembacaan ayat Alkitab salah satu unsur yang tidak dapat dipisahkan dalam penyembahan yang hidup. Khutbah sepatutnya mengilha...
Tajuk Esei: CABARAN - CABARAN DALAM PENYEMBAHAN DI GEREJA (3000 patah perkataan) Nama Pelajar: Manuel Bin Akiun. Program: Bachelor Divinity (BD). Pensyarah: Dr Judy Berinai. Kredit: 2 jam (30 jam kuliah) Tarikh: 19.1-25.5.2022 Pengenalan Kata cabaran berasal dari kata Latin “impugnare” yang bermaksud menyerang dalam bentuk idea melalui hujah, meminta pembatalan, penggantian atau pengubahsuian tindakan tertentu yang didakwa tidak adil atau menyalahi undang-undang yang menjadi penyebab keluhan dalam sesuatu proses (MAKNA CABARAN…encyclopedia-titanica.com). Impugnare juga di terjemah “meragukan, “dipersoalkan”, “penentang-penentang” (https://ww.english-malaya.net). Melihat kepada definiasi cabaran tersebut dapat kita bayangkan betapa rumitnya mengadakan penyembahan di gereja sebab perlu berdepan dengan cabaran-cabaran. Dalam esei pendek ini saya cuba menelusuri apakah cabaran-cabaran itu melalui kajian dalam alkitab, pemerhatian dan pengalaman sendiri dalam dan luar gereja kami dan ca...