EKUMENISME DAN PERANANNYA DALAM KONTEKS MASA KINI DI MALAYSIA (12-15 muka surat.)
Nama Pelajar: Manuel Bin Akiun.
Program: Bachelor Divinity (BD).
Pensyarah: Pdt Joefrerick Arting
Kredit: 3 jam.
Tarikh: 17.1-18.5.2022
Pengenalan Kata ‘ekumeni’ berasal dari perkataan Yunani ‘oikoumene’ diambil dari kata kerja ‘oikeo’ yang bermaksud ‘tinggal’, ‘mendiami’ atau ‘berdiam’ secara harafia bermaksud ‘didiami’ atau ‘rumah kediaman’(Menuju keesaan gereja m/s xv). Dalam konteks gereja masa kini ekumeni bermaksud kesatuan atau keesaan gereja-gereja sedunia. Seperti yang kita tahu secara kasar gereja dunia terbahagi kepada Katolik Roma, Ortodoks (Yunani) dan Protestant. Pada abad ke-16 Gereja-gereja dunia bukan saja tidak bersatu malahan saling memusuhi antara satu dengan yang lain terutama Katolik Roma dan Protestant sehingga mencetus perang dan pembunuhan.
Kemunculan kerajaan Turki khususnya pada abad ke-16 membuka mata orang Kristian di Eropah dan Asia Barat bahawa mereka lemah kalau tidak bersatu. Ekoran daripada itu perbincangan mula dilakukan bermula di Leipzig (1539), Hagenau (1540), Worms (1540) dan Regensburg (1541) (Menuju keesaan gereja m/s1). tetapi tidak mencapai persetujuan. Sehingga sekarang pun kesatuan gereja seluruh dunia belum menjadi kenyataan sebab masing-masing ada tradisi dan tafsiran teologi yang berbeza-beza cuma tidaklah sampai mencetus perang. Paling tidak semua umat Kristian seluruh dunia percaya Tuhan Yesus ialah Juruselamat dan mengakui Dia ialah TUHAN (Allah) dan baptisan dalam nama Bapa, Anak dan Roh Kudus.
Walaupun begitu ada juga kejayaan gerakan ekumeni seluruh dunia boleh dilihat dengan wujudnya beberapa kesatuan antaranya Evangelical Christendom (1847-1955) berjaya mengadakan Minggu Doa Sedunia untuk meningkatkan kesedaraan kesatuan dan persaudaraan, mengadakan konferensi-konferensi dan penerbitan majalah ekumenik yang pertama. Young Men’s Christian Association (YMCA, 1844). (Menuju keesaan gereja m/6-7).
Pada abad ke-20 tertubuhnya World Council of Churches (WCC) pada tahun 1948, yang dianggotai oleh gererja seluruh dunia kecuali gereja Katolik (https://en.wikipedia.org/wiki/World_Council_of_Churches) Christian Conference of Asia (CCA) sidang pertama dirasmikan pada tahun 1957 di Kuala Lumpur Malaysia. (https://en.wikipedia.org/wiki/Christian_Conference_of_Asia).
Dalam konteks negara Malaysia kita ada National Evangelical Christian Fellowship (NECF) ditubuhkan pada tahun 1983 (https://www.necf.org.my/). Council of Churches of Malaysia (CCM) ditubuhkan pada tahun 1948 sebelum ini dikenali sebagai Malaysia Christian Council (https://ccmalaysia.org/). Di Sabah kita ada Sabah Council of Churches (SCC) di daftarkan pada tahun 1992 (MAJLIS-GEREJA-GEREJA-SABAH-SABAH-COUNCIL-OF-CHURCHES/PPM-001-12-24061992). Di peringkat daerah contohnya di Kudat kami ada Kudat Christian Council (KCC).
Usaha penyatuan gereja terus diusahakan sehingga hari ini, berjaya atau tidak bergantung kepada umat Kristian itu sendiri, orang Sabah cakap “Dari kita saja bah itu”
Dalam esei pendek ini saya akan membahas tentang ekumenik yang bermaksud rumah kediaman bersama dan penglibatan semua bangsa di dunia.
Ekumenik ialah taman Eden dan bumi. Pada mulanya TUHAN telah membuat satu taman yang dinamakan taman Eden untuk didiami (ekumenik) oleh manusia (Kejadian 2:8), manusia diberi tugas untuk mengusahkan dan menjaga (berkuasa) serta beranak cucu memenuhi bumi (Kejadian 1: 28). Taman Eden dan bumi tempat kediaman (ekumenik) yang terbaik bagi manusia dan ciptaan yang lain diakui sendiri oleh TUHAN (Kejadian 1:31).
Kesedaraan ekumenik adalah dunia ini sendiri menolong kita supaya lebih menghargai semua ciptaan yang lain seperti hutan, sungai, tumbuh-tumbuhan, haiwan dan sebagainya.
Manusia sejagat bertanggungjawab menjaga ekumenik demi kelangsugan semua ciptaan, kalau kehidupan di bumi tidak dijaga ia akan musnah dan beransur-ansur pupus, bumi tidak lagi sesuai didiami oleh manusia dan hidupan yang lain. Tiadalah rumah kediaman (ekumenik) kita nanti.
Gereja PCS beberapa tahun yang lalu sebelum berlaku pandemik COVID 19 pernah mengadakan kempen bulan penjagaan alam sekitar, tema khutbah sepanjang bulan itu tentang penjagaan alam sekitar. Antara yang disentuh dalam kempen itu ialah agar tidak membuang sampah di sungai, di hutan atau di merata tempat. Usaha ini sedikit sebanyak memberi kesedaraan anggota jemaat supaya menjaga alam sekitar, sebab alam sekitar ialah rumah tempat kediaman kita bersama (ekumenik). Persekitaran sihat kita pun sihat.
Saya tertarik konsep “Tagal” banyak sungai di Sabah sudah di Tagal. Konsep Tagal ialah menjaga hidupan sungai terutama ikan supaya tidak tangkap dengan apa cara sekali pun, hanya apabila mencapai tempoh yang dipersetujui oleh penduduk kampung barulah ikan sungai diambil bersama itu pun ada saiz ikan yang ditetapkan, ikan yang tidak mencapai saiz akan dilepaskan semula ke dalam sungai. Hasil sungai dinikmati bersama oleh penduduk kampung terpulang persetujuan mereka. Konsep Tagal menjadikan sungai tempat kediaman hidupan lain (ekumenik) dan dalam masa yang sama menjaga sungai daripada dicemari atau diceroboh sewenang-wenangnya. Walaupun konsep Tagal tidaklah dianjurkan oleh gereja tetapi gereja ada dalam masyarat tempat di mana sungai itu di Tagal. Mungkin gereja perlu mengambil peranan yang lebih dalam konsep Tagal di masa akan datang, paling tidak mengajar konsep Tagal dalam pengajaran gereja (Eko Teologi).
Sodom dan Gomora dihukum kerana abaikan ekumenik Kisah Sodom dan Gomora tidak asing lagi bagi kita menurut Alkitab, TUHAN bukan saja memusnahkan dua kota ini tetapi termasuk kota-kota yang ada di lembah Yordan, semua penduduk serta tumbuh-tumbuhan (Kejadian 19: 24-25). Apakah dosa penduduk Sodom dan Gomora sehingga mereka dihukum TUHAN? Alkitab mencatat bahwa penduduk kota Sodom melakukan hubungan sesama jenis (Kejadian 19: 4-5). Dikatakan dalam Kejadian bab 18:23-33 tidak ada orang benar di kota itu, maksudnya semua penduduknya melakukan kejahatan termasuk hubungan sesama jenis.
Kita dapat bayangkan bahawa kota Sodom dan Gomora bukanlah rumah kediaman (ekumenik) yang sesuai bagi manusia lain, kedua malaikat yang menginap di rumah Lot itu pun mereka mahu berhubungan seks (Kejadian 19:4-5), mungkin begitulah sikap mereka kepada orang asing yang singgah di kota mereka. Beranikah anda singgah di Sodom atau di Gomora walau hanya satu malam pada masa itu? Intah macam mana Lot dan keluarganya betah tinggal di sana, tetapi kedua anak Lot melakukan hal keji juga selepas mereka berjaya melarikan diri dari Sodom dan Gomora (Kejadian 19:30-38), mungkin pengaruh penduduk lembah Yordan itu.
Sikap kita terhadap seks perlu dijaga dan dikawal supaya tidak menjadi liar seperti penduduk Sodom dan Gomora, menyebabkan rumah kediaman (ekumenik) kita tidak lagi selamat untuk didiamai.
Adakah gereja masa kini tegas terhadap perilaku seks songsang demi memastikan rumah kediaman (ekumenik) terpelihara dari kemesuman ini? Di Malaysia tidak pernah lagi kita dengar ada gereja yang mengakui perilaku seks songsang atau menerima perkawinan mereka di gereja. Saya yakin inilah cara gereja menjaga rumah kediaman (ekumenik) kita supaya tetap harmoni dan jauh daripada dosa seks songsang.
“Gereja harus menyikapi isu LGBT (Lesbian, Gay, Biseksual dan Transgender) ini dengan bijaksana dan professional. Dari sudut pandang kebenaran Alkitab yang menyatakan dengan jelas bahwa perilaku homoseksual adalah dosa. Oleh kerana itu kia tidak boleh berkompromi “…sebab isteri-isteri mereka menggantikan persetubuhan yang wajar dengan yang tidak wajar, demikianlah suami-suami meninggalkan persetubuhan yang wajar dengan isteri mereka…sehingga melakukan kemesuman laki-laki dengan laki-laki…” (Roma 1:26-27)” (NAFIRI Discipleship Church Oktober 2017)
Bangsa Israel dihukum kerana mengabaikan ekumenik TUHAN berulang kali mengingatkan bangsa Israel supaya menjaga keharmonian kehidupan bersama (ekumenik) dengan bertindak adil, menjauhkan perbuatan jahat, menjauhkan kekejaman, membelah anak-anak yatim dan balu-balu (Yesaya 1: 16-17). Tetapi mereka mengabaikan seruan TUHAN itu, akhirnya mereka dihukum. Kerajaan Israel dan Yehuda jatuh dalam tangan musuh, raja dan rakyat jelata ada yang dibunuh dan sebahagian lagi ditawan menjadi orang buangan di negara asing (Yeremia 52: 24-30).
Tidak menjaga keharmonian kehidupan bersama dengan mengabaikan keadilan, melakukan kejahatan, kekejaman dan tidak membelah anak-anak yatim dan para balu salah satu kegagalan menjagan rumah kediaman (ekumenik) untuk manusia sejagat.
Tuhan Yesus dalam salah satu khutbah akhir zaman (eskatologi) memberi peringatan tentang pembelaan sosial terhad mereka yang lapar, tidak berpakaian dan mereka yang dalam penjara supaya diberi perhatian oleh orang Kristian. Mereka yang mengabaikan golongan ini akan menerima hukuman (Matius 25:31-46).
Atas kesedaraan inilah gereja mewujudkan pelayanan sosial dan kebajikan, kalau di gereja kami ada peti khas untuk bantuan kebajikan, pernah sekali isteri saya masuk ward sebab pembedahan kecil, pihak gereja memberi sedikit wang kebajikan.
Pastor kami sendiri yang hantar, dia cakap “Ini kebajikan dari gereja kita, tidak bermaksud kamu ada masalah kewangan tetapi sebagi tanda pelayanan sosial dan kebajikan gereja” Baru-baru ini 12.4.2022 saya dimasukan dalam wad ada juga kebajikan dari gereja kami. Bukan duit yang menjadi persoalan saya tetapi pelayanan kebajikan itu.
Saya yakin semua gereja di Malaysia ada pelayanan sosial dan kebajikan, mungkin tidak keterlaluan kalau saya katakan tanpa pelayanan sosial dan kebajikan gereja tidaklah boleh disebut gereja Kristus. Sebab ini pun cara kita memastikan rumah kediaman (ekumenik) kekal harmoni.
Pentakosta pencetus ekumenik
Kira-kira seminggu selepas Tuhan Yesus naik ke surga murid-murid-Nya berkumpul di rumah tempat mereka menumpang di Yerusalem untuk menunggu janji Tuhan Yesus memberi mereka Roh Kudus (Kis 1:8). Tiba-tiba pada hari perayaan Pentakosta mereka dipenuhi Roh Kudus dan mereka mula berkata-kata dalam bahasa orang yang berkumpul di Yerusalem antaranya dari Partia, Media, Elam, Mesopotamia, Yudea dan Kapadokia, Pontus dan Asia, Frigia dan Pamfilia, Mesir dan banyak lagi. Mereka bersaksi tentang perbuatan besar yang dilakukan oleh TUHAN (Kis 2:6-11).
Khabar baik telah diperdengarkan kepada semua bangsa yang berkumpul di Yerusalem, tanpa mengira kedudukan sosial dan asal mereka. Pentakosta pencetus ekumenik di Yerusalem.
Pentakosta diberi makna baharu dari sudut pandang agama Yahudi yang memperingati pertemua Musa dengan TUHAN di gunung Sinai yang telah memberikan hukum Taurat kepada bangsa Israel (Keluaran 19:3). Pentakosta juga lambang lahirnya agama Yahudi (https://ms.encyclopedia-titanica.com/significado-de-pentecost-s). Pentakosta yang bersifat eklusif untuk agama Yahudi dan penganut agama Yahudi, tempat perayaan pun hanya di Yerusalem khas kepada lelaki Yahudi sahaja, bangsa lain dan perempuan tidak dapat merayakan pentakosta (Sabda Harian.com). Tetapi ketika turunnya Roh Kudus semasa perayaan Pentakosta semua dipanggil merayakannya. Perayaan Pentakosta kini menjadi inklusif kepada semua orang (ekumenik).
Pentakosta juga telah melahirkan jemaat pertama di Yerusalem, dalam sekali dengar khutbah Petrus seramai tiga ribu orang dibaptis pada hari itu (Kis 2:41). Saya yakin diantara mereka ada yang bukan orang Yahudi walaupun tidak dicatat dalam Alkitab. Ada juga yang mendengar khutbah itu pulang ke daerah masing-masing dan menceritakan pula kepada orang lain dalam masa yang singkat Injil tersebar kepada bangsa lain (ekumenik).
Menyedari gereja lahir dari pentakosta yang bersifat universal (ekumenik) kita tidak ada alasan untuk menjadikan gereja eklusif hanya suku tertentu atau golongan sosial yang tertentu, itulah sebab di serata tempat termasuk di Malaysia setiap suku bangsa menuturkan bahasa masing-masing dalam gereja mereka, ada terjemahan Alkitab dalam bahasa mereka sendiri. Tidak seperti sikap gereja suatu ketika dahulu (abad pertengahan) yang melarang alkitab diterjemah kepada bahasa lain selain bahasa Latin (Itali). Doa syafaat gereja juga mendoakan kesejahteraan semua bukan hanya dikalangan orang Kristian sahaja.
“Walk For Jesus”
“Walk for Jesus” Aktiviti berjalan bersama-sama dalam jarak, waktu dan laluan sambil berdoa seperti yang telah ditentukan oleh penganjur. Pada tahun 2017 aktiviti berjalan untuk Yesus telah dihadiri kira-kira 25,400 orang peserta dari gereja-gereja di Kota Kinabalu Sabah, bermula di Padang Merdeka kemudian mengeliling bandar Kota Kinabalu kemudian balik semula di Padang Merdeka. Kemudian diadakan kebaktian singkat sebelum ditutup dengan doa oleh Father Thomas Yip (Sumber dari Catholic Archdiocese of Kota Kinabalu www.kkdiocese.net)
Aktiviti berjalan untuk Yesus bukan saja diadakan di Kota Kinabalu tetapi seluruh negeri Sabah mengikut daerah masing-masign. Pada hari dan masa yang sama sambil berdoa. Saya fikir inilah satu-satunya aktiviti ekumenik yang berjaya melibat sertakan gereja Katolik, malahan mereka mahu melayani pada masa itu.
Di daerah Kudat para peserta sambil berjalan sambil memungut sampah sepanjang laluan, ini pun sebahagian cara kita menjadikan alam sekitar tempat kediaman (ekumenik) yang bersih dan mendidik warga kota supaya tidak membuang sampah di tepi jalan.
Selain manafaat rohani dan ekumenik dalam aktiviti berjalan untuk Yesus manafaat kesihatan juga, sebab menamatkan laluan beberapa kilometer akan membuatkan kita berpeluh membakar kelori dan baik untuk sistem kardiovaskula.
Mungkin juga mereka yang bujang boleh bertemu seseorang yang menarik perhatiannya, siapa tahu boleh menjadi permulaan perkenalan dan berlanjutan sehingga kepada percintaan kemudian disatukan dalam perkawinan. Walaupun ramai yang tidak setuju idea ini, tetapi tidak mustahil boleh berlaku. Itu pun ekumenik juga. Bagi mereka yang sudah berkeluarga dapat kenalan baharu mungkin boleh menjalinkan urusan perlayanan, pekerjaan, perniagaan dan sebagainya. Terpulang kepada kita bagaiman kita memanafaatkan aktiviti “Walk for Jesus” supaya ada ekumenik.
Krismas ekumenik seluruh dunia.
Cakap saja Krismas satu dunia tahu perayaan yang di sambut pada 24 dan 25hb Disember setiap tahun di seluruh dunia. Walaupun bukan semua faham apa yang dirayakan oleh umat Kristian pada masa itu, tetapi kemerian itu yang mereka rasakan dan sama-sama bergembira. Kalau di bandaraya Kota Kinabalu ada Shopping Mall dan hotel mula dihias seawal bulan November. Tidak dapat dipastikan apa yang mendorong mereka berbuat demikian, mungkin boleh dikaji secara mendalam fenomena itu. Mungkin sebab perayaan ini perayaan hujung tahun, setelah sepanjang tahun bekerja kebanyakan kita mahu bercuti, melancong, membeli belah dan sebagainya, menyebabkan ada semangat suka-cita dalam masyarakat tanpa mengira agama (ekumenik) tetap bersama memeriahkan perayaan Krismas walaupun bukan dalam gereja tetapi di dalam komuniti.
Di tempat kerja saya sendiri kami ada istelah parti hujung tahun tetapi sebenarnya sambutan Krismas, sebelum pandemik COVID 19 kami adakan di luar, pernah kami adakan di Kundasang, Kokol Hill, Hotel dan paling tidak di unit kami sendiri (semasa pandemik). Walaupun tiada kebaktian konsep Krismas tetap ada contoh bertukar-tukar hadiah, menghias pejabat dengan hiasan tradisi Krismas seperti pokok Krismas, tidak mengira anutan agama sama-sama terlibat menghias dan merayakannya (ekumenik).
Saya istelahkan perayaan Krismas seperti ini “Krismas di luar gereja” tiada lagu Krismas, tiada kebaktian, tiada khutbah dan tiada doa yang ada kegembiraan dan kasih persaudaraan tanpa mengira anutan agama dan suku bangsa. Inilah ekumenik yang sejati. Semoga Krismas di luar gereja terus berlaku sampai bila-bila di seluruh dunia dan khasnya di Malaysia walaupun kita minoriti dalam masyarakat. Dunia tidak mengenal Kristus tetapi suka-cita Krismas mereka rasakan.
Sebab Krismas membawa kasih persaudaraan, damai sejahtera, harapan masa depan dan suka-cita (allprodad.com 10 words to bring Christmas joy to your family).
Tidak keterlaluan kalau saya kata Krismas di luar gereja lambang ekumenik planet bumi yang terbaik sepanjang zaman.
Amanat Agung Tuhan Yesus.
“Yesus mendekati mereka dan berkata: “Kepada-Ku telah diberikan segala kuasa di sorga dan di bumi. Kerana itu pergilah, jadikanlah semua bangsa murid-Ku dan baptislah mereka dalam nama Bapa dan Anak dan Roh Kudus…” (Matius 28:18-19).
Petikan di atas ialah kata-kata Tuhan Yesus kepada murid-murid-Nya sebelum Dia naik ke surga, supaya mereka pergi kepada semua bangsa (ekumenik) memberitakan Injil. Saya dapat bayangkan para murid dan pengikut pada masa itu tidak memahami apa yang dimaksudkan oleh Tuhan Yesus. Sebab sebagai orang Yahudi dan penganut agama Yahudi yang diajar sejak kecil tentang keungulan bangsa mereka sebagai bangsa pilihan, umat TUHAN sendiri, keturunan Abraham dan menganggap bangsa lain berdosa, najis, kafir dan banyak lagi istelah yang mereka gunakan untuk merujuk bangsa lain. Saya fikir apa yang diperintahkan oleh Tuhan Yesus supaya pergi! jadikan bangsa murid-Nya bukan mudah difahami dan diterima oleh mereka. Seperti yang berlaku kepada Petrus ketika diperintahkan oleh Roh Kudus supaya pergi ke rumah Kornelius seorang askar Rom bukan berbangsa Yahudi. Petrus sangat kebinggugan mana mungkin dia orang Yahudi diperintahkan ke rumah orang kafir, makan dan minum bersama mereka beberapa hari. Mau tidak mau Petrus pergi juga memasuki rumah Kornelius dan mengajar tentang Injil kepada semua orang yang berkumpul di rumah Kornelius dan membaptis mereka (Kis 10:47-48), mereka juga menerima Roh Kudus akhirnya Petrus mengakui bahawa TUHAN tidak membeza-beza orang dan bangsa (Kis 10:34-35). Sebab sebelum ini Petrus tidak terbuka menerima bangsa lain menjadi pengikut Kristus, tetapi masakan dia tidak mahu menerima sedangakan Roh Kudus sendiri menerima mereka.
Amanat agung Tuhan Yesus bersifat ekumenik umpama pukat yang ditebar ke dalam air, tidak memilih jenis ikan yang tertangkap. Tuhan Yesus dari awal-awal lagi sudah memberi perintah kepada Petrus supaya dia akan menjala manusia. Tidak lagi hanya tertumpu di danau Galilea dan sekitarnya tetapi kepada seluruh bangsa (ekumenik)
Menunaikan amanat agung Tuhan Yesus bererti kita bersedia berekumenik dengan semua bangsa, bahasa, budaya dan tempat. Kita perlu korbankan ego kesukuan, budaya dan bahasa kita dan bersedia belajar budaya dan bahasa suku bangsa yang lain. Tiada bangsa yang ungul di muka bumi semuanya sama, kita orang yang berdosa tiada satu pun yang benar di hadapan TUHAN (Roma 3:9-12), bangsa yang boleh berekumenik ialah bangsa pengenap amanat agung Tuhan Yesus.
“Misi Allah terus berlanjut hingga ke ujung dunia. Hari-Nya akan datang ketika kerajaan-kerajaan dunia menjadi kerajaan Allah dan kerajaan Kristus; dan Allah akan berdiam bersama manusia tebusan-Nya dalam ciptaan yang baru. Hingga hari itu, partisipasi Gereja dalam misi Allah pun berlanjut, dalam urgensi yang penuh suka-cita, dengan kesempatan-kesempatan yang segar dan menggairahkan dalam setiap generasi, termasuk generasi kita” (Memberitakan Injil di Tengah Masyarakat Majemuk m/s 112-113)
Di nagara Malaysia yang berbilang suku bangsa, pendekataan ekumenik sangat membantu kita menjalani kehidupan beragama, bijak bertolaransi dan harmoni supaya dapat bersama dalam perbezaan pada masa yang sama menjunjung amanat agung Tuhan Yesus.
Ekumenik “Anak Manusia”
Banyak lagi contoh ekumenik dalam Alkitab baik Perjanjian Lama mahu pun Perjanjian Baharu dari sudut pandang ekumenik ialah rumah kediaman bersama atau pun penglibatan semua bangsa dalam dunia. Walaupun Alkitab ditulis oleh orang Yahudi untuk orang Yahudi dan demi kepentingan dan kelangsungan bangsa mereka atau lebih tepat lagi kelangsungan keturunan raja Daud. Dalam Injil Matius dan Lukas sendiri dikatakan susurgalur Tuhan Yesus ialah keturunan raja Daud. Tetapi Tuhan Yesus tidak pernah membahasakan diri-Nya keturunan raja Daud, sebaliknya menggunakan kata ganti diri “Anak Manusia” mungkin Dia merujuk kepada sosok yang dilihat oleh Daniel dalam penglihatannya (Daniel 7:13). Dalam Injil Matius saja ada tiga puluh kali Tuhan Yesus menggunakan kata ganti diri itu. Boleh dikatakan tema setiap bab ialah “Anak Manusia”. Kenapa Dia menggunakan kata ganti diri “Anak Manusia” bukan anak raja Daud? Melaui penggunaan kata ini pun kita boleh memahami bahwa Tuhan Yesus untuk semua bangsa di dunia (anak manusia). Tuhan Yesus tidak mahu terkurung dalam budaya, bangsa dan agama Yahudi tetapi Ia mahu melibatkan semua bangsa di muka bumi (ekumenik).
Sebab itu dalam negara kita tidak boleh meminggirkan suku atau bangsa tertentu dalam penceritaan tentang Anak Manusia itu, siapa tahu mereka juga membuka hati menerima-Nya seperti mana kita.
Kesimpulan
Teologi ekumenik mencakup banyak perkara dalam kehidupan manusia, sangat menarik untuk diterokai yang pasti membawa kebaikan bersama. Ekumenik tidaklah sekecil perspektif hubungan antara gereja-gereja berlainan aliran. Seperti mana yang cuba saya kupas secara sederhana dalam esei pendek ini, ia mencakup dunia ialah rumah kediaman dan penglibatan semua bangsa dalam dunia. Kita harus mengakui tanpa Roh Kudus (pentakosta) ekumenik tidak dapat diusahakan jauh sekali berjaya sebab inti ekumenik Tuhan Yesus itu sendiri, hanya mereka yang digerakkan oleh Roh Kudus mampu mengaku Dia ialah Tuhan (1 Korintus 12: 3), melalui Tuhan Yesus manusia disatukan di dalam rahmat Bapa kita di surga yang menyediakan langit yang baharu dan bumi yang baharu (Wahyu 21:1) sebagai rumah kediaman kita bersama. Kiranya damai sejahtera menaungi kita sampai maranata. SEKIAN.
UJIAN MODUS Yunani 2/2021 Nama Pelajar: Manuel Bin Akiun Program: BD 1. Οτι μη πεπιστευκεν εις το το οναμα του μονογενους υιου του θεου. (Υoh 3:18) Πεπιστευκεν Κata kerja, Kala sempurna, Indikatif, Aktif, D3, Tunggal. Terjemahan kata kerja: Dia sedang percaya. Terjemahan ayat: Sebab dia tidak percaya ke dalam nama satu-satunya anak Tuhan itu. 2. Και ευθυς εκαλεσεν αυτους. (Μarkus 1:20). Εκαλεσεν Kata kerja, Aoris, Indikatif, Aktif, D3, Tunggal. Terjemahan kata kerja: Dia dulu sudah memanggil. Terjemahan ayat: Dan (dengan) serta-merta Dia memanggil mereka. 3. Και εβαλεν αυτους εις την γην. (Wahyu 12:4) Εβαλεν Kata kerja, Aoris, Indikatif, Aktif, D3, Tunggal. Terjemahan kata kerja: Dia dulu pernah melepaskan. Terjemahan ayat: Dan Dia melepaskan mereka ke dalam bumi itu. 4. και ελαλει αυτοις τον λογον. (Μarkus 2:2) Ελαλει Kata kerja, Kala Tak Sempurn, Indikatif, Aktif, D3, Tunggal. Terjemahan kata kerja: Dia sudah berkata Terjemahan ayat: Dan dia sudah katakan kepada mereka perka...
Comments
Post a Comment