Tugasan: Menulis tujuh perkara yang menyentuh anda atau mempelajari perkara baharu melalui sejarah gereja pada semester ini. Apakah kes itu? Mengapa saya ingat kes itu? Apa yang telah saya pelajari daripada kejadian ini dan apa yang saya lakukan dengan kejadian itu? (Jumlah PP Tidak terhad) Subjek: Kekristianan Sedunia 1 (Tiga Jam Kredit), Jun-Oktober 2021. Nama Pelajar: Manuel Bin Akiun Program: Bachelor Divinity. Perkara pertama: Gereja bukan bangunan gereja tetapi orang percaya kepada Yesus Kristus. Di mana ada orang percaya pada Yesus Kristus sebagai Tuhan dan penyelamatnya orang itu adalah gereja. Bangunan gereja hanyalah lambang kewujudan orang-orang percaya dan tempat pertemuan memuji, melakukan sakramen dan belajar firman TUHAN. Kenapa saya ingat perkara ini; Sebab gereja merupakan sebagaian dalam hidup saya, sejak dari kecil sudah melihat, datang ke gereja dan membesar dengan aktiviti gereja sampai hari ini. Tetapi masud gereja bukan bangunan gereja tetapi orang percaya masih baharu bagi saya, perlu lagi dihayati dan dikembangkan dalam kehidupan saya sendiri supaya saya menjadi gereja yang bertambah indah dari masa ke semasa. Apa yang saya perlajari daripada perkara ini; Tidak tertumpu dan memberi perhatian kepada bangunan gereja sahaja tetapi orang percaya yang ada dalam gereja termasuk diri saya sendiri. Sentiasa kemas, bersih, dibaiki dan ditambah baik dari masa kesemasa, maksud saya rohani seseorang. Kemas; Ajaran yang jelas dan menuruti ajaran Alkitab. Bersih; Tidak membiarkan perilaku yang tidak bermoral, tidak adil, tidak ada kasih dan sebagainya. Dibaiki; Memperbaiki hubungan yang sudah rengang dan saling mengampuni. Ditambah; Mengadakan aktiviti kerohaniaan yang menyegarkan dari masa ke samasa. Apa yang saya lakukan daripada perkara ini; Saya meluaskan pandangan tentang gereja dengan melihat semua anggota jemaat adalah gereja dan saya sendiri ialah gereja, usahakan supaya gereja-gereja kecil ini maju secara rohani dan jasmani supaya akhirnya terpancar pada bangun gereja yang indah. Perkara kedua: Ketika menulis sesuatu contohi penulis Injil Lukas dia menyusun bahan dengan sangat baik. Injil Lukas ditulis oleh seorang doktor perubatan yang membuat kajian dan menyusun bahannya kemudian diserahkan kepada Teofilus. Kenapa saya ingat perkara ini; Sebab saya sedang berjinak-jinak dengan penulisan buku. Buku yang baik memerlukan kajian (mencari maklumat) sebanyak yang boleh seperti yang dilakukan oleh Doktor Lukas, supaya tulisan kita berisi maklumat supaya boleh menarik minat pembaca. Siapa tahu di masa akan datang buku kita menjadi sumber rujukan. Banyak tulisan pada zaman itu tentang Yesus dari Nazaret tetapi yang diakui sebagi tulisan yang berwibawa hanya 4 tulisan satu antaranya ialah tulisan doktor Lukas iaitu Injil Lukas dan Kisah Para Rasul yang boleh dikatakan telah mengubah dunia. Apa yang saya pelajari daripada perkara ini; Menulis buku memerlukan masa tidak boleh kelangkabut disiapakan. Pada pendapat saya hanya perlu konsisten, tetapkan berapa jam sehari atau seminggu untuk menulis buku, tanpa sedar kalau dilakukan secara tetap akan ada hasil yang kita sendiri terkejut dan tidak percaya yang kita mampu lakukan.Tidak pasti berapa lama doctor Lukas menyiapkan dua buah buku tulisannya, mungkin lima tahun atau sepuluh tahun tetapi yang pasti dia mengambil masa yang panjang. Apa yang saya lakukan dari perkara ini; Saya belajar bersabar, konsisten dan ada sasaran dalam penulisan buku. Tahun lepas saya sudah bukukan koleksi renungan pagi yang saya buat setiap pagi sejak bulan November 2018 sehingga 2019, tahun ini saya akan bukukan lagi koleksi renungan dari tahun 2019 dan 2020. Semoga secara tetap saya dapat membuku koleksi renungan pagi di tahun-tahun yang akan datang. Perkara ketiga: Gereja bermula ketika Tuhan Yesus memulakan pelayanan. Mengapa saya ingat perkara ini; Selama ini saya mendengar bahawa permulaan gereja ialah ketika Roh Kudus turun kepada para pengikut Tuhan Yesus ketika hari Pentakosta di Yerusalem. Tetapi sebenarnya sebelum itu gereja sudah dimulakan oleh Tuhan Yesus. Apa yang saya perlajari daripada perkara ini; Semua yang kita nikmat hari ini ada permulaan dan ada orang yang memulakannya, begitu juga perkara yang tidak baik yang kita alami hari ini pun ada permulaannya. Sekiranya kita mengharapakan sesuatu yang baik berlaku pada masa akan datang kita perlu mulakan sesuatu yang baik pada masa hari ini, seperti Tuhan Yesus telah memulakan gereja. Sekarang gereja sudah menjadi berkat di seluruh dunia dan juga mencorakkan tamadun dunia. Apa yang saya lakukan daripada perkara ini; Memulakan sesuatu yang baik supaya ada sesuatu yang baik pada masa akan datang. Hentika sesuatu yang jahat yang berlaku hari ini supaya kejahatan itu tidak berlarutan, seperti kebiasaan membuli pelajar baharu di universiti oleh pelajar senior. Kalau tidak dihentikan akan berlarutan sampai bila-bila. Begitu juga kebiasaan membuli pelajar praktikal di tempat kerja perlu dihentikan supaya perlajar itu tidak membuli pelajar yang praktikal apa bila mereka bekerja nanti. Perkara keempat: Kenapa orang Kristian dianiaya sebab dianggap ada unsur kanibalisme, pelacuran, meracuni dan menentang kaisar. Mengapa saya ingat perkara ini; Sebab pertama kali saya dengar orang Kristian dianiaya selain daripada sebab mereka percaya kepada Tuhan Yesus sebagi TUHAN mereka dan tidak mahu menyembah para dewa dan kaisar Roma. Mereka dianggap kanibal sebab ungkapan Tuhan Yesus seperti dalam Yohanes 6:53-54 … “Aku berkata kepadamu, sesungguhnya jikalau kamu tidak makan daging Anak Manusia dan minum darah-Nya, kamu tidak mempunyai hidup di dalam dirimu. Barangsiapa makan daging-Ku dan minum darah-Ku, ia mempunyai hidup yang kekal dan Aku akan membangkitkan dia pada akhir zaman. Mereka dianggap telibat dalam pelacuran sebab perkataan “ciuman kudus” 1Petrus 5: 14 Berilah salam seorang kepada yang lain dengan cium yang kudus. Damai sejahtera menyertai kamu sekalian yang berada dalam Kristus. Amin. Mereka dianggap meracuni orang lain sebab perkataan dalam Matius 26:27 Sesudah itu Ia mengambil cawan, mengucap syukur lalu memberikannya kepada mereka dan berkata: “Minumlah, kamu semua, dari cawan ini. Mereka juga dianggap menentang kaisar sebab Tuhan Yesus ialah TUHAN mereka. Dengan kata lain orang Kristian pada masa itu dianggap penjenayah dan hidup tidak bermoral. Itulah sebab mereka dianiaya. Mungkin sebab lain mereka dianiaya akibat sikap orang Kristian sendiri yang mengasingkan diri dari masyarakat ketika mengadakan pertemuan dan ketika melakukan sakramen di tempat rahsia sebab mereka percaya ada berunsur abdi dalam sakramen kudus itu. Apa yang saya pelajari daripada perkara ini; Mengadakan aktiviti keagamaan dan sakramen seperti perjamuan kudus, pembaptisan dan sebagainya tidak perlu disembunyikan dari pengetahuan umum. Ini termasuk iman kita kepada Tuhan Yesus, tidak perlu sembunyi-sembunyi. Semenjak menjadi penjawat awam setiap tahun saya senaraikan semua jawatan kuasa yang saya terlibat berkaitan dengan gereja ke dalam “penilaian dan sasaran kerja tahunan”. Sampai sekarang saya tidak menghadapi sebarang masalah. Apa yang saya lakukan daripada perkara ini; Tidak perlu mudah berprasangka jahat atau baik kepada golongan, kepercayaan atau bangsa tertentu sebab tidak semestinya benar seperti yang kita fikirkan. Perkara kelima: “Titah Milan” pada tahun 313. Mengapa saya ingat perkara ini; Sebab pensyarah menitik beratkan tahun dan peristiwa ini, pada tahun 313 kaisar Roma yang bernama Konstantinus Agung telah menjadi orang Kristian, pada tahun itu dia mengisteharkan agama Kristian sebagai agama kerajaan seluruh empayar Roma. Melalui “Titah Milan” berubahlah sejarah Kristianan dari agama yang dianiaya menjadi agama negara. Saya dapat bayangkan kegembiraan para penganut agama Kristian pada masa itu, mereka tidak perlu lagi sembunyi-sembunyi mengadakan kebaktian, bebas mendirikan gedung gereja dan mengadakan pertemua di mana-mana. Apa yang saya pelajari daripada peristiwa ini; Kuasa TUHAN boleh menggunakan kerajaan untuk memberkati gereja, bagi TUHAN terlalu mudah menjadikan sesebuah negara menjadi Kristian kalau Dia mahu. Apa yang saya lakukan daripada peristiwa ini; Berharap kepada kuasa TUHAN, saya tiada kekuatan menjadikan seseorang percaya kepada Tuhan Yesus apa lagi menjadikan sebuah negara menjadi Kristian, tidak perlu terbeban, dengan perkara-perkara yang berlaku di sekeliling semua itu dalam kawalan TUHAN. Perkara keenam: Pengakuan kita Yesus ialah TUHAN menjadi kita bait suci, iblis tidak mampu bertahan tinggal dalam bait suci. Kenapa saya ingat perkara ini; sebab menyentuh fikiran saya rupanya kita menjadi bait suci dan tempat tinggal Roh Kudus kalau kita mengaku Yesus ialah TUHAN, iblis tidak dapat bertahan berada dalam bait suci. Apa yang saya pelajari daripada perkara ini; saya perlu mengaku Yesus ialah TUHAN kalau saya mahu saya kekal bait suci dan tempat tinggal Roh Kudus. Apa yang saya lakukan daripada perkara ini; pengakuan saya penting untuk memastikan siapa Yesus dalam hidup saya, itulah kekuatan rohani yang tiada tolok bandingnya yang mampu mengalahkan kuasa iblis. Perkara ketujuh: Perilaku seks dianggap dosa pada abad 2-3 sebab jemaat Kristian terpengaruh dengan falsafah dualism yang menganggap tubuh jahat dan jiwa pula kudus. Kenapa saya ingat perkara ini sebab sebagai manusia biasa keinginan seks memang ada, Alkitab sendiri memberkati manusia dengan perkataan … “beranak cuculah dan bertambah banyak; penuhilah bumi…” (Kejadian 1:28). Kalau seks ialah suatu dosa bagaimana manusia beranak-cucu dan bertambah banyak di muka bumi. Apa yang saya pelajari daripada perkara ini; Pengetahuan kebenaran Alkitab pada zaman abad kedua dan ketiga tidak mudah diperolehi mungkin sebab terlalu sedikit yang boleh membaca dan memiliki gulungan alkitab, mungkin ada pun gulungan tidak lengkap. Kertas belum ada lagi pada zaman itu, untuk menulis sesuatu perlu kulit binatang atau gulungan papirus yang memang susah diperolehi. Jemaat hanya dapat belajar melalui penceritaan daripada orang yang telah memiliki gulungan alkitab atau pernah mendengar dari orang lain. Cara pengajaran seperti ini disebut tradisi lisan, dalam proses pengulangan penceritaan tanpa sengaja atau sengaja ditokoh tambah atau mengurangi apa yang ditulis dalam Alkitab. Tidak hairan kalau banyak mitos dan ajaran-ajaran dari falsafa Yunani yang berlegar dalam lingkungan yang mempengaruhi atau ditokoh tambah dalam ajaran Kristian pada masa itu termasuk ajaran bahawa seks ialah dosa. Apa yang saya lakukan daripada perkara ini; Pada zaman ini pun masih banyak mitos dan falsafah yang berlegar dalam gereja, sebab itulah terlalu banyak jenis aliran gereja. Tidak kurang yang cuba membanding-bandingkan antara satu dengan yang lain. Ada yang menganggap gereja mereka lebih rohani berbanding gereja lain. Saya tidak berapa kisah tentang pandangan orang lain tentang gereja tertentu sebab kita semua sama orang berdosa yang memerlukan penebusan daripada Tuhan Yesus. Demikianlah tujuh perkara yang menyentuh hati saya sepanjang kelas “Kekristianan Sedunai 1” Sebenarnya banyak lagi tetapi sebab tujuh yang dituntut oleh pensyarah. SEKIAN.

Comments

Popular posts from this blog