Tugasan: Menjawab soalan dalam buku “Harta Dalam Bejana” Subjek: Kekristianan Sedunia 1 (Tiga Jam Kredit), Jun-Oktober 2021. Nama Pelajar: Manuel Akiun Program: Bachelor Divinity. Bab 1 1. Di manakah pemusnahan kota Yerusalem dinubuatkn dalam Injil? Jawapan: Lukas 21: 5-6, Markus 13:1- 2 dan Matius 24:1-2 2. Rumus “Kaisar adalah Tuhan” secara langsung menentang berita Injil, seperti yang tercantum dalam 1 Korintus 12:3. Mengapa? Jawapan: Sebab menentang ketuhanan Tuhan Yesus. 3. Bangsa apakah yang hidup terserak di Asia Tenggara sebagaimana orang-orang Yahudi dalam Kekaisaran Romawi? Jawapan: Bangsa Cina. 4. Carilah ciri-ciri persamaan suasana kebudayaan/keagamaan dalam Kekaisaran Romawi dengan yang terdapat di Malaysia sekarang ini. Jawapan: Budaya bangsa Melayu dan agama Islam. 5. Apakah bacaan di atas ini mengingatkan saudara pada salah satu nubuat dalam PL? Yang mana? Jawapan: Yesaya 11:1-10 6. Apa itu: dualisme, moralisme, askese? Jawapan: Dualism bermaksud falsafah Helenisi yang memandang dunia secara berpasangan dan bertentangan atas dan bawah, baka dan fana, baik dan jahat. Moralisme bermaksud membebaskan jiwa dari tubuh dan dari dunia yang fana melalui pertapaan (pertarakan) yang disebut askese. 7. Aliran-aliran apakah di Malaysia yang menganut juga pandangan hidup yang bersifat dualistis, dan yang juga cenderung pada askese sebagai jalan keselamatan? Jawapan: Buddha dan Hindu . 8. Mengapakah dikatakan di atas ini bahwa ajaran dualism dan askese tampaknya menyerupai pemberitaan Alkitab? Jawapan: Ajaran dualism dalam Alkitab tentang kejahatan dan kebaikan, neraka dan surga, dosa dan kesucian, keinginan roh dan keinginan daging. Askese pula ajaran Alkitab supaya menjauhkan diri dari kebiasaan dunia yang berdosa. 9. Mengapa ajakan Paulus dalam 1 Korintus 7:30 dan 2 Korintus 6:10 tidak sama dengan cita-cita Stoa (dan Hindu-Buddha)? Jawapan: Stoa mengajar bahawa keselamatan bukan dari luar tetapi dari kekuatan sendiri melalui ketenangan batin. Sedangkan Paulus mengesah orang Kristian supaya mengarahkan pandangan hidup kepada Tuhan Yesus bukan pada diri sendiri dan kesenangan dunia. 10. Bandingkan bacaan 2a di atas ini dengan 1 Petrus 2:11 dan dengan Roma 7:13-25. Di mana letaknya perbezaan? (perhatikanlah arti kata “daging” dalam PB!). Jawapan: Perbezaanya ialah ajaran pada bacaan 2a ialah memuja dan bersatu dengan dewa alam supaya mendapat hidup yang kekal manakalah dalam 1 Petrus 2:11 dan Roma 7:13-25 manusia mendapat keselamatan dan memperolehi hidup kekal di dalam Tuhan Yesus. 11. Bandingkan sikap Kaisar Marcus Aurelius terhadap maut dengan kata-kata Paulus dalam 1 Korintus 15:54. Di mana letaknya perbezaan? Jawapan: Bagi Kaisar Marcus Aurelius tiada pembaharuan manusia selepas kematian, sedangkan Paulus mengajar bahwa ada pembaharuan kepada manusia selepas kematian. 12. Ketiga ciri apakah yang menonjol dalam pemikiran Platonisme mengenai Allah? (5B) Jawapan: Platonisme Allah seperti sumber cahaya yang menerangi alam, Allah sendiri jauh dan tidak dapat bersama manusia, Allah melahirkan Jiwa dan Fikiran pada diri manusia yang tidak setanding dengan Allah. Bab 2 1. Sebutkanah beberapa tulisan dari angkatan yang hidup sesudah Perjanjian Baru? Jawapan: Kitab Didakhe, surat-surat Ignatius, tulisan-tulisan Yustinus Martir dan buku Takdir tulisan Bardaisan. 2. Siapakah orang-orang Yudais? Jawapan: Orang Yahudi yang telah menjadi Kristian tetapi masih memperjuangkan Taurat sebagai syarat keselamatan. 3. Apa perbezaan antara pendapat orang-orang Yudais dan keyakinan jemaat seperti yang nyata dalam Didakhe? Jawapan: Didakhe menolok agama Yahudi dan kebiasaan-kebiasaan orang Yahudi, sedangkan Yudais memperjuangkan Taurat sebagai syarat keselamatan. Didakhe melaksanakan hukum Tuhan yang disebut “Taurat Kristus” 4. Jenis pemerintahan gereja apakah yang diperjuangkan oleh Ignatius? Jawapan: Sakramen-sakramen, khususnya sakramen Perjamuan Kudus, menekankan persatuan orang percaya, keselamatan dan kebangkitan dalam Kristus. 5. Dalam hal apakah Yustinus Martir menembus sistem Platonisme? Jawapan: Logos dari Platonisme digunakan oleh Yustinus Martir menyamakan dengan Kristus yang telah menjelma menjadi daging. 6. Apakah peranan Kristus dalam penciptaan dunia terdapat juga dalam Alkitab? Kalau ada, di mana? Jawapan: Yohanes 1: 1-4 7. Apakah selisih faham dalam hal penilaian terhadap falsafah dan agama bukan Kristian, seperti yang terdapat Yustinus dan Tertullianus, masih terdapat juga pada zaman kita? Jawapan: Falsafah tentang Logos, agama bukan Kristian memahami Allah memperanakan Tuhan Yesus. 8. Bardaisan berkata bahawa orang-orang Kristian di masing-masing daerah tidak mengikuti begitu saja ada kebiasaan yang terdapat di daerah mereka. Apa hal itu berlaku juga tentang orang-orang Kristian Malaysia sekarang? Adat kebiasaan apakah yag tidak diikuti oleh orang-orang Kristian di daerah saudara? Jawapan: Adat yang masih dilakukan walaupun sudah menjadi Kristian ialah perayaan Kaamatan yang masih memberi ucap syukur kepada Bambarazon. Adat kebiasaan yang tidak dilakukan lagi selepas menjadi Kristian ialah memberi persembahan berupa binatang seperti ayam dan babi kepada Rogon apabila jatuh sakit. 9. Hal-hal apa yang dalam lingkungan kita bagaikan kulit kita sehingga kita tidak boleh meninggalkannya begitu saja, meskipun hal-hal itu sebenarnya asing bagi iman Kristian? Jawapan: Minuman yang mengandungi alkohol, percaya tentang takdir atau nasip. 10. Pada akhir pasal 4 dikatakan: “Dalam hal-hal yang menentukan mereka berhasil menembus pengaruh lingkungan itu”. Apakah yang menjadi “hal yang menentukan” bagi Bardaisan? Dan apa lagi yang menurut pendirian saudara menjadi “hal-hal yang menentukan” dalam menghadapi pengaruh lingkungan saudara sendiri? Jawapan: Bagi Bardaisan keberhasilan seseorang ditentukan oleh pilihan seseorang berbuat baik atau berbuat jahat. Bagi saya keberhasilan seseorang dipengaruhi oleh tindakannya terhadap apa yang berlaku dalam persekitarannya / lingkungannya. 11. Perubahan-perubahan apakah yang terjadi dalam tata kebaktian sesudah zaman PB? Jawapan: Gedung gereja mula dibina dan kebaktian dalam gereja bukan lagi dalam rumah dan wujudnya para penatua, penilik dan diaken. 12. Sebutkan dua hal yang telah menyebabkan perubahan-perubahan itu. Jawapan: Sebab Kekristianan semakin luas dalam empayar Roma di pelbagai bahasa dan budaya setempat. 13. Apa kedua perbezaan antara sinode-sinode dalam gereja lama dan sinode-sinode dalam gereja kita? Jawapan: Sinode dalam gereja lama berkisar tentang orang bukan Yahudi dipaksa untuk mengikuti hukum Taurat kalau manjadi orang Kristian. Pada zaman kita Sinode berkisar tentang kewangan gereja (konteks gereja PCS). 14. Apakah tepat kalau kita menyebut anggota jemaat sebagai kaum “awam”? Jawapan: Tepat sekali. 15. Dalam pasal 5 di atas ini dikatakan bahawa mereka yang memandang hubungan pelayan jemaat sebagaimana hubungan imam orang Israel dalam PL itu kurang memahami arti karya Kristus sebagai Imam Besar. Apa maksudnya? Jawapan: Pemahaman mereka hanya orang tertentu saja yang boleh mengendalikan kebaktian, sebaliknya dalam PB semua dipanggil menjadi umat dan manjadi imam. Bab 3 1. Apakah ajaran Gnostik tentang tubuh manusia? Jawapan: Tubuh perlu diingkari kalau mahu keselamatan. 2. Apa ketiga “bendungan” yang didirikan gereja Kristian melawan Gnostik? Jawapan: Kanon, pengakuan iman dan uskup. 3. Apa ketiga keberatan kaum Montanis terhadap gereja dan anggota-anggotanya? Jawapan: a) Pengharapan lama dan kedatangan Tuhan kembali. b) karunia-karunia Roh. c) hukum disiplin gereja yang keras. 4. Jelaskanlah kata-kata apa dalam pengakuan Iman Rasuli yang melawan ajaran Gnostik. Jawapan: Aku mengajak kamu nikmatilah hanya makanan Kristian, hindarilah tanaman asing iaitu bidat. 5. Penganut-penganut Gnostik boleh saja berkata bahawa Paulus pun telah menganjurkan supaya orang percaya berjuang melawan “daging” mereka yang jahat (bnd. Rm.7). Apakah maksud Paulus yang melawan ajaran Gnostik? Coba memberi alasan atas jawapan saudara. Jawapan: Paulus bermaksud supaya tidak menuruti keinginan yang tidak bermoral bukan bermaksud mengingkari (menyeksa tubuh) tidak seperti ajaran Gnostik yang mahu menginkari tubuh. 6. Apakah saudara pernah menemukan anggapan bahawa Yesus tidak benar-benar menderita di kayu salib dalam agama lain di Malaysia? Jawapan: Ya memang ditemukan di Malaysia. 7. Apa artinya istilah-istilah: sinkretisme, askese? Jawapan: Sinkretisme bermaksud menyamakan semua agama, askese bermaksud mengingkari tubuh (menyeksa tubuh) 8. Apakah keyakinan bahwa para rasul telah mengangkat satu orang uskup di setiap jemaat yang didirikannya, memang sesuai dengan kenyataan historis? (bnd, bab 2). Jawapan: Para uskup diangkat untuk mengantikan para rasul disetiap jemaat. 9. Apakah ketiga unsur hakiki dalam Montanisme? Jawapan: Pengharapan akan kedatangan Tuhan, karunia-karunia Roh dan hukum disiplin gereja yang keras. 10. Apakah saudara mengenal gerakan-gerakan Kristian di Malaysia mengandungi unsur-unsur yang serupa dengan ajaran yand dianut oleh Montanisme? Jawapan: Tiada. 11. Mengapa kutipan no. 62 dan 79 dari Injil Thomas di atas ini ternyata memutarbalikkan makna perkataan Yesus seperti yang terdapat dalam Injil? Jawapan: no. 62 bermaksud Tuhan Yesus ialah kalau memberi biarlah dirahsiakan, bukan tentang sesuatu yang akan dinyatkan kepada seseorang seperti yang ajarkan oleh Injil Thomas. No 79 Jawapan Tuhan Yesus ialah “Yang berbahagia ialah mereka yan mendengakan firman Allah dan yang memeliharanya” Tetapi dalam Injil Thomas “Berbahagialah Rahim yang tidak pernah mengandung dan buah dada yang tidak pernah menyusui. 12. Apakah di daerah saudara pernah berlangsung gerakan yang mencanangkan akhir zaman dan mendorong orang agar menjual atau menghabiskan segala harta bendanya? Dari mana akar-akar gerakan yang demikian? Bagaimana sikap gereja saudara terhadapnya? Jawapan: Ada, akar gerakan dari aliran Montanisem. Gereja kami menolak sekeras-kerasnya ajaran ini. Bab 4 1. Sebutkan tiga kaisar yang menindas orang-orang Kristian. Jawapan: Kaisar Nero, Kaisar Decius dan Kaisar Diocletianus. 2. Apakah sebabnya negara Romawi menghambat gereja? Jawapan: Sebab mereka tidak menyembah Kaisar. 3. Sebutkanlah beberapa orang Kristian yang menjadi martir. Jawapan: Ignatius uskup Antiokhia (Siria), Polikarpus uskup Smirna (Asia Kecil), Blandina (Francis). 4. Dengan alasan apakah Konstantinus Agung mengubah kebijakan negara terhadap gereja Kristian? Jawapan: Ketika Konstantinus Agung melihat sinar berbentuk salip dan suara “ Dengan lambing ini engkau akan menang” Selepas dia menang dan merebut takhta kaisar Roma dia pun mengumumkan kebebasan penuh kepada gereja. 5. Cubalah cari asalnya desas-desus di kalangan rakyat, bahawa orang-orang Kristian biasa memotong seorang anak dalam kebaktian mereka (bnd. Bacaan 1; Mat. 26:26-28). Jawapan: Rakyat salah faham tentang upacara perjamuan kudus, mereka menyangka darah manusia yang diminum dan daging manusia yang dimakan. 6. Jelaskanlah apa yang dikatakan di atas ini (pasal 6) tentang pengaruh lingkungan kafir atas citi-cita kesalehan orang-orang Kristian. Jawapan: Ketika Konstantinus mengeluarkan perintah bahawa hari minggu hari beristirehat dan patut dihormati, orang kafir diperdusunan menabur pada hari itu sebab masa yang mereka anggap sesuai. Bab 5 1. Cuba sebutkan, dalam urutannya yang tepat, bagian-bagian kebaktian dalam Gereja Lama. Jawapan: Bangun pagi-pagi mandi dan mengenakan pakiannya yang sederhana, mengucapkan doa pagi, tidak berlutut, mata terbuka menengadah ke langit dan kedua tangan dikembangkan ke atas, kemudian pergi ke gereja. Dalam gereja tidak ada kerusi tempat duduk, ada altar di belakang altar ada pentas, ada kerusi tempat duduk uskup. Jemaat meletakkan persembahan di atas altar, ada yang mempersembahkan roti dan anggur dan juga barang-barang lain. Kebaktian bermula; ada pembacaan firman dari surat-surat rasuli dulu, kemudian dari PL yang berlangsung agak lama. Kemudian menyanyikan salah satu Mazmur, tiada alat muzik pada masa itu sebab difikirkan tidak sesuai dalam kebaktian. Ada seorang pemimpin kebaktian “cantor”. Jemaat menyanyikan mazmur secara bersahut-sahutan. Kemudian uskup berkhutbah dengan keadaan duduk sangat tinggi. Semasa kebaktian jemaat ada yang berseru beberapa kali “Rahmat Allah besar” Setelah satu dua jam berlalu khutbah pun selesai, anggota jemaat yang belum dibaptis dikeluarkan dari ruangan kebaktian kemudian pintu dikunci. Sebab semua upacara di dalam adalah rahsia, mereka mengadakan sakramen yang utama Ekaristi. Anggota jemaat saling memberi ciuman damai. Setelah perayaan Ekaristi kebaktian selesai. 2. Bagaimanakah gereja bertindak, sebelum tahun 250, terhadap orang-orang yang telah murtad? Jawapan: Mereka tidak dibenarkan ikut serta dalam perayaan Perjamuan Kudus, semasa kebaktian mereka berdiri di belakang sekali dalam kelompok tersendiri, mereka hanya diberi kesempatan sekali saja dalam seumur hidup, kalau berdosa lagi mereka dikeluarkan dari gereja. 3. Cuba rumuskan pendapat mereka yang mau melonggarkan hukum tertib gereja. Bukti apakah mereka kemukakan dari Alkitab? Jawapan: Gereja ialah ladang di mana lalang dan gandum tumbuh bercampur, di mana orang-orang berdosa dan orang-orang benar hidup bersama. Mereka yang ingin mencabut lalang itu tidak dibenarkan, begitu juga dalam gereja tidak dibenarkan mengusir mereka yang telah berdosa. 4. Cuba rumuskan pendapat mereka yang mau mempertahankan hukum tertib yang keras dalam gereja. Dapatkah saudara fikirkan alasan yang mereka kemukakan dari Alkitab? Jawapan: Mereka mengatakan gereja ialah persekutuan orang-orang kudus, kekudusannya mesti kelihatan. 5. Tunjukkanlah bagaimana ajaran tentang baptisan dan tentang Perjamuan Kudus dalam Gereja Lama menjadi terpengaruh oleh dunia kafir di sekelilinnya (bnd. Bab 1,5 dan 6; II). Jawapan: Mereka percaya mereka benar-benar menerima kekuatan surgawi dari perjemuan itu, mereka tidak boleh membiarkan ada sisa yang terjatuh sebab nanti setan-setan memakannya dan menerima kekuatan surgawai. 6. Kaisar Konstantinus Agung (bnd. IV,5) baru mau dibaptis menjelang saat kematiannya. Apa alasannya? Jawapan: Mereka takut kehilang anugerah keselamatan, sebab sekali mereka dibaptis tidak ada lagi pengampunan kalau mereka berdosa. 7. Bagaimana pendapat saudara mengenai praktik menunda baptisan dan mengenai alasan penundaan itu? Jawapan: Saya setuju, takut nanti hilang anugerah keselamatan. 8. Apakah di jemaat-jemaat Kristian Malaysia terdapat tanggapan-tanggapan mengenai air/roti/anggur yang dipakai dalam perayaan sakrmen-sakramen yang serupa dengan tanggapan dalam Gereja Lama? Jawapan: Tiada. Bab 6 1. Sebutkan empat tokoh Gereja Lama yang memikirkan Trinitas. Jawapan: Athanasius, Arius, Nestorius dan Cyrillus. 2. Siapakah yang dihukum pada Konsili Nice? Siapa pada Konsili Chalcedon? Jawapan: Konsili Nice Arius, Konsili Chalcedon Nestorius dan Cyrillus. 3. Apakah perbezaan antara ajaran Irenaeus dan teologi Origenes mengenai tubuh manusia? Manakah yang menurut saudara lebih dekat dengan Alkitab? Mengapa? Jawapan: Irenaeus mengajar bahawa tubuh manusia diselamatkan bersama jiwa, Origenes pula mengajar bahawa tubuh tidak diselamatkan. Ajaran yang lebih dekat dengan Alkitab ialah Irenaeus sebab Kristus juga menyelamatkan tubuh (Efesus 5:23b) 4. Coba jelaskan perbezaan antara ajaran Irenaeus dan teologi Origenes mengenai Kristus. Jawapan: Irenaeus memakai ciri-ciri ajaran agama mesteri, Kristus dan Allah adalah esa (setara). Ajaran Origenes pula mengatakan Kristus setengah Allah setengah manusia dan menjadi pengantara Allah kepada manusia. Ia memakai ciri-ciri ajaran Gnostik. 5. Mengapakah Kaisar Konstantinus Agung campur tangan dalam pertikaian antara Arius dan lawan-lawanya? Apakah benar kalau dikatakan bahawa kaisar-kaisar memaksakan saja rumus tentang Trinitas kepada gereja? Jawapan: Para kaisar mahu Kristian bersatu dalam ajaran mereka, kaisar tidak memaksakan rumus tentang Trinitas tetapi rumusan para anggota Kristian sendiri sejak berabad. 6. Mengapkah rata-rata orang Protestan merasa keberatan terhadap teologi Irenaeus? Apakah yang menurut orang-orang Protestan zaman ini tetap berharga di dalam teologi itu? Jawapan: Teologi Irenaeus bercirikan agama mesteri yang mengajar keabdian ketika memakan dan meminum perjamuan kudus, walaupun begitu teologi kesetaraan Kristus dan Allah diakui oleh orang Protestan. 7. Mengapakah dapat dikatakan (pasal 5) bahawa rumus Konsili Konstantinopel “mengalahkan pengaruh lingkungan Yunani-Romawi dalam ajaran mengenai Allah”? (bnd.1,5b). Jawapan: Konsili Konstantinopel merumuskan bahawa Allah esa (hal yang diabaikan oleh Origenes), Kristus tidak boleh samakan begitu saja dengan Allah (hal yang diabaikan oleh Irenaeus) dan Kristus adalah Allah (hal yang diabaikan oleh Arius). Inilah yang mengalahkan lingkungan Yunani-Romawi tentang ajaran Allah. Bab 7 1. Sebutkanlah dua tokoh Gereja “Barat” dalam abad ke-4/5. Jawapan: Ambrosius dan Augustinus. 2. Kapan perpecahan antara Gereja Ortodoks Timur dan Gereja Roma terjadi? Jawapan: Pada tahun 1200 3. Siapakah yang memilih uskup-uskup pada zaman Ambrosius? Siapakah yang memanggil pendeta-pendeta kita? Siapakah yang mengangkat uskup-uskup Katolik? Dan siapa pastor-pastor? Jawapan: Jemaat yang memilih uskup. Para pendeta kita dipanggil oleh gereja, para uskup Katolik dilantik oleh jemaat. Para pastor ialah penjaga anggota jemaat. 4. Mengapa dikatakan di atas ini: “Oleh kerana pengalaman hidupnya sendiri, Augustinus telah menjadi insaf akan amanat surat-surat Paulus”? Jawapan: Ketika Augustinus sukar mengambil keputusan sama ada dia mahu percaya Alkitab atau tidak, tiba-tiba dia mendengar suara kanak-kanak bermaian berulang-ulang “Ambillah, bacalah!” Lantas dia membuka kitab surat Paulus dan terbaca Roma 13:13 yang berbunyi “Marilah kita hidup dengan sopan…jangan dalam percabulan dan hawa nafsu…tetapi kenakanlah Tuhan Yesus Kristus.” 5. Jelaskanlah mengapa toleransi (kebebasan beragama) menjadi hilang sebagai akibat pendirian dan tindakan Ambrosius dan Augustinus. Bagaimana sikap kita di Malaysia dalam hal kebebasan beragama? Jawapan: Mereka memaksa teologi mereka kepada umat Kristian tidak boleh ada selain itu. Di Malaysia pun masih ada kecendurungan para penganut ajaran Kristian tertentu memaksa orang Kristian lain menerima ajaran gereja mereka sahaja. 6. Cuba tafsirkan kalimat Augustinus: “Berikanlah apa yang Kauperintahkan, lalu perintahkan sekehendak-Mu”. Jawapan: Augustinus menyerahkan hidupnya kepada Kristus. 7. Coba tafsirkan kalimat Augustinus: “Hukuman disiplin gereja jangan seperti pisau tukang bantai yang menyemblih, tetapi seperti pisau ahli bedah yang menyembuhkan”. Jawapan: Hukuman bukan untuk membinasakan seseorang tetapi untuk menyelamatkan seseorang. 8. Setujukah saudara dengan apa yang dikatakan Augustinus mengenai kekudusan gereja? Bagaimana pandangan dan praktik yang belaku dalam gereja saudara sendiri? Jawapan: Saya setuju, dalam gereja saya sekarang inilah yang kami lakukan bukan menghukum anggota jemaat tetapi menyelamatkan dari perlanggaran mereka. Bab 8 1. Carilah dalam atlas tempat-tempat di mana agama Kristian disiarkan di benu Asia pada abad ke-2 sampai abad ke-13. Jawapan: Gereja di Iraq dan Iran iaitu gereja Nestorian. 2. Menapakah pada zaman itu keadaan di Eropa lebih menguntungkan bagi pI daripada di Asia? Jawapan: Sebab di Eropa ada kerajaan Roma yang menjadikan Kristian sebagai agama negara mereka, berbanding dengan Asia yang tidak dikuasa oleh kerajaan Kristian. 3. Mengapakah tindakan negara Persia terhadap orang-orang Kristian lebih keras sesudah tahun 313 daripada sebelumnya? Jawapan: Kerajaan Persia menganggap orang Kristian menjadi kakitangan (talibarut) kerajaan Roma di negaranya. 4. Apakah gereja di daerah saudara pernah mengalami kesulitan kerana dianggap mempunyai hubungan dengan negara asing? Jawapan: Tidak pernah. 5. Apa peranan Sekolah Teologi di Nisibis dalam perkembangan kebudayaan di Asia dan di Eropa? Jawapan: Sekolah Teologi di Nisibis sangat penting dalam perkembangan kebudayaan di Asia dan di Eropa sebab merekalah yang menterjemah kitab-kitab yang mereka warisi dari bahasa Yunani ke dalam bahasa Persia yang menjadi bahan para sarjana Islam membentuk kebudayaan mereka. 6. Apa ertinya biara-biara bagi gereja Nestorian? Jawapan: Bagi gereja Nestorian biara ialah tempat paling sesuai sebagai pengikut Kristus, mereka hidup mengasingkan diri dari dunia luar, menjalani hidup bertarak dan berlajar kitab-kitab suci (Teologi) supaya mereka bersedia dihantar di mana-mana untuk memberitakan Injil. 7. Apakah pola penyiaran agama Islam di Malaysia dalam abad-abad yang lalu dapat dibandingkan dengan pola penyiaran agama Kristian Nestorian? Dalam hal apa yang boleh dan tidak boleh? Jawapan: Di Malaysia pun ada persamaan sebab banyak sekolah-sekolah agama Islam didirikan di serata tempat, untuk penyebaran agama mereka, konsep yang hampir sama dengan Kristian Nestorian. Walaupun begitu penyebaran agama Kristian di Malaysia dilarang sama sekali kepada penganut agama Islam, tetapi masyarakat Kristian masih bebas bermasyarakat dan menjalani hidup bebas seperti rakyat Islam yang lain. 8. Sebutkanlah beberapa faktor yang menyebabkan agama Kristian Nestorian tidak mamapu berakar di bumi Tiongkok. Jawapan: Faktor pemerintah yang tidak lagi memeluk agama Kristian, mengusir para orang asing yang menjadi penyebar agama Kristian di bumi Tiongkok dan rakyat peribumi tidak lagi memeluk agama Kristian. 9. Dalam pasal 4 (akhir) dikatakan: Dalam diri mereka (para rahib), G.N. Memiliki persediaan tenaga pI yang selalu siap untuk dikirim ke mana-mana. Siapakah yang merupakan persediaan serupa dalam Gereja Katolik Roma? (XI, 5; XIX). Dan siapakah dalam dunia Protestan (XXI,6). Jawapan: Waldes (XI,5) Orang Spanyol dan Portugal (XIX). Zinzendof (XXI,6) Bab 9 1. Sebutkanlah tiga pekhabar Injil dari zaman antara tahun 500-1000M Jawapan: Francis, Inggris dan Jerman. 2. Kira-kira sudah berapa lama Francis masuk Kristian? Dan Inggris? Dan Rusia? Kalau Kudat berapa lama? Jawapan: Francis tahun 500, Inggris tahun 600, Rusia tahun 1000 dan kalau di Kudat (suku Rungus) pada tahun 1952. 3. Di Rusia dan di daerah Slav lainnya, pekhabar-pekhabar Injilah yang pertama-tama membuat bahasa bangsa-bangsa itu menjadi bahasa yang “tertulis”. Apakah hal serupa itu juga terjadi di Malaysia? (Oleh orang yang membawa agama Kristian, tetapi juga oleh mereka yang membawa agama lain?). Jawapan: Ya sama juga, para pengkhabar Injil mengalih bahasa kepada bahasa tempatan (Rungus) pembawa berita agama lain tidak berbuat demikian. 4. Apakah sikap kita dalam doa sama dengan sikap orang-orang Kristian dalam abad-abad pertama sejarah gereja? Jawapan: Sama. 5. Cuba jelaskan pengaruh lingkungan Jerman atas “Kristologi” orang Kristian Jerman. Bilakah Injil mulai merombak bentuk-bentuk lingkungan itu? Jawapan: Mereka menganggap Kristus adalah pahlawan yang mengalahkan iblis, mereka menganggap karunia keselamatan upah kepada orang yang taat kepada Kristus. Pandangan ini mula berubah pada tahun 850. 6. Apakah di Malaysia sudah pernah ada kelompok yang menghasilkan cara beriman (Kristian) yang khas Malaysia, sama seperti bangsa Jerman menghasilkan Heliand-nya? Jawapan: Tidak ada. 7. Tadi dikatakan bahawa sering kali rakyat masuk Kristian kerana ikut contoh tuannya. Apakah hal yang serupa itu juga terjadi di daerah saudara pada masa daerah itu diKristiankan? Jawapan: Tidak ada. 8. Ternyata ada perbezaan antara cara orang masuk Kristian pada zaman Gereja Lama (perorangan) dan pada masa pengkristianan bangsa-bangsa Jerman / Slav (berkolompok). Apakah perbezaan yang serupa terdapat juga antara beberapa daerah / lingkungan di Malaysia? Jawapan: Ada, dalam suku Rungus apabila ketua rumah panjang (ulion) menjadi Kristian semua orang dalam rumah panjang ikut menjadi Kristian. 9. Dalam pasal 4 di atas ini dibicarakan tentang sisa-sisa agama suku Jerman yang masih lama bertahan di Wilayah Eropa yang sudah dimasihikan itu. Bagaimana halnya daerah saudara? Jawapan: Masih ada dalam suku Rungus contoh kalau ada ahli keluarga sakit mereka menyembelih ayam atau babi di hutan untuk memanggil setan (Rogon) supaya mereka disembuhkan walaupun sudah menjadi Kristian sampai sekarang (bilangan sangat sedikit). 10. Hal yang dikatakan mengenai metode pI yang diajukan oleh Gregorius 1 (lihat juga bacaan 1), masih dipakai sebagai patokan oleh misi Katolik Roma. Cuba berikan contohnya (dari daerah saudara sendiri, tetapi bnd. Juga bab XIX dan XXV). Jawapan: Dalam suku Rungus set pakaian para pendeta pagan (Bobolizan) ketika menjalankan upacara agama pagan tidak dimusnahkan, masih lagi digunakan dalam acara majlis gereja, seperti Krismas, Kaamatan dan persidangan (senoda). 11. Apakah di daerah saudara pernah juga pohon keramat atau tempat keramat lainnya dirosakkan oleh seorang pekhabar Injil asing ataupun Malaysia? Jawapan: Tidak ada, tetapi orang tempatan yang telah menjadi Kristian yang memusnahkannya. Bab 10 1. Apakah tujuan Perang Salib? Apakah tujuan itu tercapai? Jawapan: Tujuan Perang Salib untuk pembebasan tidak tercapai sepenuhnya dan tidak gagal sepenuhnya. 2. Apakah dhimmi itu? Jawapan: Hak kerakyatan yang diberikan oleh penguasa Islam kepada orang Kristian dalam negara mereka yang bermaksud ‘umat sendiri’. 3. Gereja-gereja apakah yang terdapat di wilayah yang direbut orang Arab? (bnd. Bab VI, 7). Jawapan: Gereja Nestorian di Persia, Gereja Koptik di Mesir dan Gereja Yakobit di Siria. 4. Di bahagian manakah di wilayah tersebut agama Kristian sudah hilang sama sekali dewasa ini? Jawapan: Semenanjung Arab, Oman, Arab Utara, Yaman dan Afrika Utara Barat (Maghribe) 5. Jelaskan Perang Salib tidak boleh dianggap sebagai perang Kristian-Islam. Jawapan: Sebab lebih kepada pembebasan wilayah yang dikuasai oleh orang Islam, lebih tepat lagi perang antara orang Jerman dan Turki. 6. Mengapakah sulit jika golongan Kristian dalam khalifa Arab diurus langsung oleh pemerintah khalifat itu? Cubalah jelaskan dengan contoh-contoh konkrit. Jawapan: Sebab negara Islam menggunakan hukum Islam (syariat) dalam pentadbiran, orang Kristian tidak termasuk dalam hukum syariat sebab mereka bukan Islam. Sebab itu mereka diberi hak sebagai dhimmi rakyat dalam kekuasaan Islam yang tidak termasuk dalam hukum syariat. 7. Bagaimanakah tanggapan saudara terhadap pendapat yang diungkapkan dalam bacaan 2 di atas ini? Jawapan: Mungkin Timotius hanya mengambil hati penguasa Arab Muslim pada masa itu, memberi pujian kepada nabi mereka sehingga dia katakana sejalan dengan para nabi dalam kitab Kristian (orang yang mengasihi TUHAN), walaupun secara terserat dia tidak mengaku nabi itu adalah nabi. Sikap seperti Timotius adalah biasa bagi seorang rakyat yang tinggal dalam negara Muslim seperti kami di Malaysia. Bagi saya tidak ada yang istemewa dengan kenyataan Timotius. Bab 11 1. Sebutkan tiga paus abad pertengahan. Jawapan: Paus GregoriusVII, Paus Innocentius III dan Paus Bonifatius VIII. 2. Sebutkan tugas-tugas para cardinal. Apakah ada cardinal di Malaysia? Kalau ada siapa? Jawapan: Tidak ada kalau peringkat negara tetapi fungsi seperti cardinal ada di dalam gereja mengikut demoninasi masing-masing. 3. Kiasan apakah yang Innocentius III pakai untuk menjelaskan perbezaan antara gereja dengan negara? Jawapan: Gereja (paus) umpama matahari yang penguasa yang lebih besar dan negara (pemerintah) umpama bulan penguasa yang lebih kecil. Gereja memerintah jiwa dan pemerintah memerintah tubuh. 4. Apakah perbezaan antara tujuan gereja dalam tahap pertama dan dalam tahap kedua dari pengumulannya dengan negara? Jawapan: Tahap pertama ialah dianggap berhubung terus dengan TUHAN, seperti berdoa, kebaktian, hidup kebiaraan. Tahap kedua ialah yang tidak berhubung secara langsung dengan TUHAN, bercucuk tanam, berdagang, mengatur negara, berkawin dan sebagainya. 5. Jelaskanlah pengaruh urbanisasi atas perkembangan agamawi Eropa Barat dalam abad pertengahan. Jawapan: Ajaran bidat (sesat) semakin berkembang, para pendeta tidak cukup untuk melayani para pendatang di kota, menyebabkan mereka terasing dari gereja. Diambil kesempatan golongan Waldes untuk melayan para pendatang yang tidak mendapat tempat di gereja kota. 6. Bagaimanakah pengaruh urbanisasi atas kehidupan gereja Malaysia sekarang ini? Jawapan: Menyebabkan banyak gereja di perkampungan semakin kurang anggota jemaat, tinggal lagi mereka yang lanjut usia, sebab kebanyakan penduduk kampung sudah berpindah ke bandar untuk mencari kehidupan baharu yang lebih baik. Setibanya di bandar mereka membuka gereja baharu, sangat ketara berlaku kepada gereja PCS. Dahulu hanya ada di Kudat, sekarang sudah ada di Kota Kinabalau bukan satu tetapi lebih kurang 10 buah gereja bukan itu saja ada di Kuching, Johor Baharu, Shah Alam, George Town, Selayang dan banyak lagi. 7. Apa sebabnya imam-imam gereja Katolik Roma tidak boleh kawin? Bagaimana sikap gereja Katolik di Malaysia dalam hal ini? Jawapan: Sebab mereka boleh hidup secara rohani. Sikap gereja Katolik di Malaysia pun sama juga mereka yang menyerahkan hidup kepada TUHAN tidak berkawin. 8. Unsur-unsur apa dari Alkitab yang kelihatan dalam sikap gereja abad pertengahan terhadap a.1. perkawinan dan kekayaan? Jawapan: Terdapat dalam Matius 5:1-12, Lukas 12:13-21. Alkitab mengajar supaya tidak menumpuhkan kepada kekayaan dan kesenangan dunia sahaja supaya mereka boleh jadi miskin dihadapan TUHAN (miskin secara rohani) 9. Mengapa dikatakan bahawa unsur-unsur tersebut bergabung dengan filsafat Platonis? (bnd. Mis. Mat 16: 24 dyb; 19; juga bab 1, pertanyaan 9-11). Jawapan: Filsafat Platonis mengajar bahawa tubuh tidak akan masuk ke dalam kesempurnaan bersama TUHAN, begitu juga kerpercayaan pada abad pertengahan mereka percaya tubuh tidak diselamatkan. 10. Cuba jelaskan pengaruh pemikiran Bernhard dari Claivaux (IX,4) atas Waldes, Fransiskus dan Dominikus. Jawapan: Pemikiran Bernhard dari Claivaux mengatakan bukan kepahlawanan Kristus tetapi kelemahan Kristus yang mengesankannya, sebab itu dia mahu miskin dan menderita seperti Kristus. Waldes pun berfikir seperti itu, dia meninggalkan semua kekayaan dan kesenangannya demi Kristus. Fransiskus pula dia bukan saja mencintai sesama manusia tetapi seluruh makhluk, dia memeluk orang yang berpenyakit kusta, membaiki gereja-gereja usang dan berkhutbah kepada burung-burung. Dominikus pula terharu dengan kemiskinan lebih-lebih lagi kemiskinan rohani, dia pun mahu menjad miskin kemudian mendirikan ordo untuk para pengkhutbah bagi menentang ajaran sesat pada zaman itu. Bab 12 1. Sebutkanlah salah seorang teolog yang terkenal dalam abad pertengahan dan jodol karya utamanya. Jawapan: Thomas dari Aquino, jodol karya utamanya Summa Theologiae. 2. Apakah isi ajaran transsubstansiasi? Jawapan: Zat roti dan anggur menjadi darah dan tubuh Kristus setelah konsekrasi (ucapan: Inilah tubuh-Ku dan Inilah darah-Ku) semasa Sakramen Ekaristi. 3. Apakah suatu relikwi? Apakah suatu surat penghapusan siksa? Jawapan: Relkwi ialah milik orang-orang santo (kudus) seperti tulang, rambut, pakaian dan lain-lain yang dianggap mengandungi khasiat anugerah yang istemewa. Surat penghapusan siksa pula ialah surat yang dikeluarkan oleh gereja dibeli oleh anggota gereja supaya mereka terlepas dari siksaan dan mereka tidak perlu lagi berbuat sesuatu untuk membutikan pertaubatan mereka seperti berziarah tempat suci, memberi sumbangan untuk pembinaan gedung gereja. 4. Bandingkan rumusan pengampunan dalam sakramen pengakuan dosa dalam Gereja Katolik Roma dengan rumusan yang dipakai dalam tata kebaktian sejumlah gereja Prostestan. Jawapan: Dalam gereja Prostestan tidak ada pengakuan dosa yang diucapkan kepada para pendeta secara langsung, tetapi diucapkan dalam hati terus kepada Kristus. Gereja Prostestan ada doa pengakuan dosa secara umum semasa kebaktian tidak ada doa pengampunan khusus kepada seseorang. 5. Apakah perbezaan antara “sidi” Protestan dan sakramen konfirmasi dalam Gereja Katolik Roma? Jawapan: Sidi dalam gereja prostestan ialah mengajar para anak yang berumur 12 tahun yang telah dibaptis semasa bayi, tentang iman, gereja, Tritungal (Bapa, Anak dan Roh Kudus), pengakuan iman dan sebagainya berbanding dengan konfirmasi dalam gereja Katolik yang mendoakan anak yang berumur 7 tahun memohon supaya Roh Kudus turun padanya dan menjadi ksatria Kristian melawan Iblis dan dosa dengan gagah berani. 6. Mengapakah bukan kebetulan kalau justeru seorang anggota Ordo Dominikan (Thomas) yang membela iman Kristian terhadap serangan filsafat Yunani? (bnd. Bab XI). Jawapan: Thomas membela iman Kristian terhadap serangan filsafat Yunani dibuatnya supaya iman Kristian tidak terpengaruh dengan filsafat itu. 7. Apakah artinya kalau dalam pasal 1 di atas ini dikatakan, bahawa teologi dan kepercayaan abad pertengahan merupakan hasil sebuah kompromi? Cuba beri contoh-contoh konkrit. Jawapan: Mereka mengabungkan ajaran Alkitab dengan filsafat Yunani dan kesalehan yang bersifat alkitabiah dengan agama kafir. Contoh Summa Theologiae mengaku ajaran filsafat benar tetapi itu adalah peringkat kodrati (pengetahuan tidak memberi kekekalan), Alkitab pula adikodrati (pengetahuan memberi kekekalan). Pengetahuan kodrati tentang TUHAN yang esa, pengetahuan adikodrati tentang Tritunggal. 8. Apakah dalam kepercayaan rakyat Kristian di Malaysia juga terdapat unsur-unsur yang bersifat kompromi antara iman Kristian dengan agama-agama suku zaman dahulu? Cuba beri contoh-contoh konkrit! Jawapan: Ada juga seperti kepercayaan agama tradisi tentang menghormati alam sekitar sebab ada roh yang menjaga atau mendiami, walaupun sudah menjadi Kristian masih juga berhati-hati meneroka alam semulajadi. Begitu juga tidak menyembelih ayam atau babi di dalam hutan, tetapi disembelih di rumah. Sebab kepercayaan tradisi menyembelih ayam atau babi di hutan ia diberikan kepada roh dalam hutan itu. 9. Jelaskanlah bahawa dengan latar belakang teologi Skolastik, para teolog Katolik Roma boleh bersikap agak positif terhadap adat tradisional yang terdapat pada berbagai suku bangsa di Malaysia. Jawapan: Dalam teologi Skolastik semua pandangan jasmani dan rohani mendapat tempat dan digabungkan (sintesis). Aliran Katolik di Malaysia agak positif sebab mereka masih lagi mempercayaai sebahagian amalan tradisi seperti kewujudan roh orang mati yang ada bersama kita. Bab 13 1. Sebutkan dua orang yang mengikhtiarkan pembaruan gereja dengan jalan mistik. Jawapan: Bernhard dari Clairvaux dan Eckhart. 2. Sebutkanlah dua orang yang mengikhtiarkan pembaharuan gereja dengan jalan menyesuaikan ajaran gereja kembali dengan Alkitab. Jawapan: Luther dan Wyclif. 3. Apakah karya utama Erasmus? Jawapan: Menerbitkan Perjanjian Baharu dalam bahasa asli, iaitu bahsa Yunani (1516) 4. Sifatkanlah mistik Bernhard dari Clairvaux. Jawapan: Jiwa harus mengarah sepenuhnya kepada Kristus, jiwa akan mencapai 3 tahap untuk bersatu dengan Kristus. Tahap pertama melihat Kristus (jiwa menyesali dosa dan bertaubat), tahap kedua jiwa itu memikirkan dan cuba mencontohi Kristus yang kelihatan dalam penderitaan-Nya dan tahap ketiga jiwa dilimpahi kasih Kristus yang bersemangat. 5. Sifatkanlah mistik Eckhart. Jawapan: Bagi Eckhart Allah sahaja yang sebenarnya ada, makhluk lain tidak ada, tidak ada keberadaan (tidak wujud). Tetapi manusia ada sedikit keberadaan ilahi iaitu hati nurani. Manusia perlu mengosongkan diri supaya sedar keberadaan Allah. 6. Apakah ertinya kalau dikatakan bahawa Bernhard, Eckhart dan kawan-kawan menjauhi panteisme? Jadi, bagaimana pandangan mereka corak hubungan antara jiwa dengan Allah? Jawapan: Sebab mereka masih aggota gereja yang setia, mengaku sakramen dalam gereja ialah saluran anugerah dan mengaku Alkitab firman Allah dan paus ialah wali Kristus. 7. Mengapakah dikatakan bahawa pada umumnya mistik bersifat dualistic dan asketis (apakah ertinya kedua istilah ini?). Jawapan: Sebab mereka membahagikan dunia ini kepada dua, Allah yang ilahi dan dunia yang fana (dualistic) dan jiwa perlu dibebaskan daripada tubuh yang jahat (fana) supaya dapat bersama Allah yang ilahi (asketis). 8. Apakah gambaran Erasmus mengenai suasana Gereja Lama sesuai dengan kenyataan Gereja Lama itu sendiri (bnd. Bab II,V). Jawapan: Erasmus mengajar bahawa orang Kristian perlu melakukan kebaikan bukan melakukan bermacam-macam upacaya keagamaan dan tahyul. Mempelajari Alkitab dan mengikut teladan Tuhan Yesus rendah diri dan melayani sesama manusia. Erasmus mahu mengembalikan ajaran Gereja Lama sebab dia berpendapat Injil lebih bersinar pada zaman Gereja Lama. 9. Mengapakah dikatakan bahwa untuk seorang yang telah mengamati Allah secara langsung, sakramen, Alkitab dan gereja tidak begitu penting lagi? Jawapan: Menurut ajaran Mistik dalam gereja, pertemuan dengan Kristus ialah kemuncak (tujuan akhir) seorang Kristian, sakramen, Alkitab dan gereja hanyalah jalan menuju kepada pertemuan dengan Allah yang ilahi. 10. Nyanyian Rohani 147 (bnd. Kidung Jemaat 367) berasal dari kalangan mistik (abad ke-17). Carilah ciri-ciri yang bersifat mistik dalam nyanyian itu. Jawapan: Mistik ajaran Bernhard mencium mulut antara pasangan kekasih adalah gambaran hubungan Kristus dengan jiwa manusia yang bersatu. Bab 14 1. Pada tahun berapa Luther diangkat menjadi guru besar di Wittenberg? Berapa umurnya pada masa itu? Jawapan: Pada tahun 1512 pada usia 29 tahun. 2. Apakah erti Roma 1: 16-17 menurut pandangan Abad Pertengahan? Jawapan: Pandangan pada Abad Pertengahan Allah adalah hakim yang membebaskan dan menghukum manusia tidak ada rahmat untuk membebaskan manusia dari hukuman itu. 3. Apakah erti Roma 1: 16-17 menurut Luther? Jawapan: Bagi Luther pula rahmat Allah yang menyelamatkan manusia daripada hukuman itu melalui Injil diterima dengan iman (Percaya rahmat Allah itu). 4. Apakah sebabnya hati Luther tidak senang sesudah mengaku dosanya? (bacaan 2). Jawapan: Sebab syarat-syarat yang dikenakan oleh para imam yang menerima pengakuan dosanya. 5. Mengapa justeru teologi Augustinus asik dipelajari oleh orang di Wittenberg? Mengapa Aristoteles dan teologi Skolastik ditolak? Jawapan: Teologi Augustinus mengajar rahmat Allah yang mahu mengampuni orang berdosa. Teologi Arstoteles dan Skolastik ditolak sebab ajaran mereka dipengaruhi oleh filsafat Roma-Yunai. 6. Gambaran orang-orang Kristian Barat mengenai Allah dalam Abad Pertengahan ternyata dipengaruhi oleh filsafat helenistis, sehingga di dalam gambaran itu terdapat unsur-unsur yang asing bagi Alkitab. Pada pandangan saudara adakah cara orang Malaysia menghayati dan menggambarkan Allah dan hubungan mereka dengan Dia juga dipengaruhi dari luar Alkitab? Agak-agak dari mana dan apa akibatnya? Jawapan: Tidak ada sebab gereja di Malaysia adalah teologi refomasi, teologi sebelum reformasi tidak sempat berkembang. Unsur luar Alkitab sudah dibuang atau pun di konteksualisasikan menjadi milik Kristus. 7. Cara Luther berkata-kata mengenai Kristus (dalam pasal 4, alinea kedua, dan dalam bacaan 5, baris terakhir) meningatkan kita kepada cara yang dipakai bapa yang tertentu. Siapa dia ini (bnd. Bab IV)? Jawapan: Yustinus Martir. Bab 15 1. Apakah buku dogmatika dalam buku etika Prostestan yang pertama? Jawapan: Loci Communes (Pokok-pokok Teologi, 1521). 2. Sakramen-sakramen apakah yang ditolak oleh Luther? Jawapan: 1. Baptisan yang dianggap menghapus dosa keturunan. 2. Konfirmasi, uskup menumpang tangan kepada anak yang berumur 7 tahun. Ia menumpangkan tangannya ke atas anak itu sambil memohon turunnya Roh Kudus ke atasnya. 3. Pengakuan dosa. 4. Misa atau Ekaristi, dianggap benar-benar tubuh dan darah Kristus (transsubstansiasi). 5. Peminyakan, minyak suci untuk orang-orang sakit yang akan meninggal. 6. Nikah, supaya hal yang “jasmani” itu diangkat ke tingkat “rohani”. 7. Penabisan Iman, imam manjadi pengantara yang dipakai Tuhan untuk menyampaikan anugerah-Nya kepada manusia. 3. Apakah yang dimaksudkan kalau dalam pasal 2 bab ini dikatakan: “dan yang sekaligus menunjukkan jalan lain”? Jawapan: Maksudnya seseorang diselamatkan melalui iman bukan lagi melakukan sakramen. 4. Apa itu “tradisi gereja”? Apakah ertinya kalau dikatakan: “tradisi harus takluk kepada Alkitab? Jawapan: “Tradisi gereja” ialah anggapan-anggapan dan kebiasaan-kebiasaan yang sudah muncul dan dipelihara sejak berabad-abad: “tradisi harus takluk kepada Alkitab maksudnya semua tradisi yang tidak ada kekuatan dalam Alkitab perlu dihapuskan. 5. Gereja apakah di Malaysia yang masih tetap memakai tata kebaktian gaya Luther? Apakah sebabnya? Jawapan: Tidak ada, tetapi mirip tata kebaktian gaya Luther ada seperti gereja PCS. Sebab para misinori gereja PCS berasal dari Jerman. 6. Cuba jelaskan mengapa masuk akal bahawa dalam kebaktian Protestan diberi tempat yang lebih besar pada khutbah daripada dalam tata kebaktian Katolik-Roma. Jawapan: Khutbah diberi perhatian lebih dalam kebaktian Protestan sebab tidak mementingkan sakramen seperti amalan dalam kebaktian Katolik-Roma. 7. Apakah tepat kalau orang-orang Katolik-Roma mencela seakan-akan Luther mengajarkan: Tuhan menebus orang-orang yang beriman tidak dengan mengubah jiwanya? (bnd. Bacaan 2). Jawapan: Tidak tepat sebab Luther mengajar bahawa walaupun seseorang diselamatkan melalui iman dia perlu mengawal nafsu yang melawan kehendak Allah. Melalui iman Allah menyucikan jiwa manusia yang digerakkan mengasihi Allah. 8. Menurut Luther, apakah yang tidak boleh merupakan tujuan perbuatan-perbuatan baik? Tujuan-tujuan apakah yang wajar menurut Luther? (bacaan 2). Jawapan: Perbuatan baik yang bertujuan untuk diselamatkan oleh Allah tidak wajar, perbuatan baik yang wajar ialah melakukannya sebab digerakan oleh kasih kepada Allah dan sesama manusia. 9. Dengan cara bagaimana gereja saudara mempertikkan asas bahawa “mereka (= tukang sepatu, pandai besi dst. ) dapat dipilih pula untuk bertindak sebagai imam dan uskup”? Jawapan: Kalau di gereja kami latarbelakang seseorang tidak penting, sekiranya mereka ada panggilan untuk melayani mereka akan ditawarkan belajar di seminari yang dibiayai oleh gereja sendiri. Tetapi mengangkat seseorang terus jadi pendeta tanpa melalui proses pembelajaran di seminari atau melalui pengalaman pelayanan yang panjang masih tidak dapat dilakukan. Bab 16 1. Sebutkanlah tulisan-tulisan Luther yang judulnya terdapat dalam buku ini (6 buah). Jawapan: 1. Kebebasan seorang Kristian, 2. Melawan orang orang Turki, 3. Katekismus Kecil. 4. Katekismus Besar, 5.?, 6.?. 2. Sebutkanlah dua tokoh abad ke-16 yang menolak ajaran Luther maupun maupun gereja Katolik. Jawapan: Thomas Munzer dan Raja Henry VIII. 3. Apakah perbezaan antara Eckhart dan Munzer? Jawapan: Eckhart menafsir kemiskinan ialah kemiskinan rohani tetapi Munzer menafsir sebagai kemiskinan harta di dunia. 4. Mengapakah Luther mengecam pemberontakan tersebut? Jawapan: Sebab pemberontakan kaum petani bermotif menghapuskan orang kaya, sebab mereka berfikir orang miskin ialah umat pilihan Allah dan golongan kaya orang fasik yang perlu dihapuskan. 5. Mengapakah Munzer tak dapat tidak menaruh simpati kepada pemberontakan para petani? Jawapan: Munzer berpendapat pemberontak para petani wajar sebab untuk membasmi orang fasik iaitu golongan kaya. 6. Bagaimana pendapat saudara mengenai sikap Luther terhadap Perang Suci/Salip? Jawapan: Saya setuju dengan Luther sebab gereja tidak wajar mengangkat senjata untuk melawan bangsa lain demi mempertahankan agama tetapi kalau untuk mempertahankan negara wajar. 7. Bnd. Pendapat Luther tentang pernikahan dengan pandangan Katolik Abad Pertengahan (bnd XI, 8, dan bacaan 5 di atas ini). Jawapan: Bagi Luther perkawinan ialah karunia Allah, hubungan yang suci dan membahagiakan. Sedangkan pandangan Katolik Abad Pertengahan perkawinan menghalang seseorang menjadi suci untuk bersama TUHAN yang esa. 9. Apa kesamaan dan apa perbezaan antara Reformasi di Jerman dan di Inggris? Jawapan: DI Inggris disebut gereja Anglikan ajaranya bercorak Protestan (Luther) tetapi tata gereja (peraturang gereja) berciri episcopal. Bab 17 1. Cuba jelaskan apa yang dimaksud dengan “teokrasi” Jawapan: Kekuasaan Allah dalam seluruh kehidupan. 2. Sebutkanlah beberapa perbezaan antara pemikiran teologi Luther dan Calvin. Jawapan: Calvin menekankan penyucian, orang Kristian yang ikut perjamuan kudus harus suci. 3. Pemikiran Calvin tentang teokrasi mengingatkan kita kepada Bapa gereja yang mana? Jawaoan: Bapa gereja Augustinus.. 4. Ada satu gereja Protestan yang besar di Malaysia yang dalam tata ibadahnya tidak mengikut Calvin. Gereja apa? Adakah terdapat pengaruh Calvin dalam gereja itu juga? Dalam hal apa? Jawapan: Gereja Basel, masih ada pengaruh seperti pembacaan Mazmur, pembacaaan sepuluh hukum, khutbah dan perjamuan kudus. 5. Sebutkanlah kedua ciri khas sistem presbiterial. Jawapan: 1. Pemerintahan gereja dari bawah ke atas (orang awam yang memilih pemimpin gereja), 2. Pemerintah negara tidak terlibat dalam urusan gereja. Bab 18 1. Apakah kedua tujuan kontra-reformasi? Jawapan: Gerakan gereja Roma yang melawan pembaharuan gereja yang dipelopori oleh Martin Luther. 2. Apakah tujuan utama seorang Yusuit? Bandingkan dengan tujuan utama Calvin. Jawapan: Tujuan utama seorang Yusuit ialah menarik orang protestan dengan pelbagai cara seperti mendirikan sekolah, memikat dengan gedung-gedung gereja yang indah-indah, menganjurkan kesalehan yang menarik. Berbading dengan Calvin yang mengutamakan anggota gereja yang kudus dan berusaha mengawal anggota supaya hidup kudus. 3. Bagaimana hubungan antara Alkitab dan tradisi dalam gereja Katolik Roma? Bagaimana dalam teologi Luther? Bagaimana dalam praktik kehidupan gereja saudara sendiri? Jawapan: Bagi gereja Katolik Roma tradisi gereja juga ada wibawa seperti Alkitab. Sedangkan teologi Luther menolak wibawa tradisi dalam pengajaran hanya Alkitab saja dipakai. Di gereja kami hanya Alkitab saja digunakan untuk mengajar anggota jemaat. 4. Bandingkan pendapat Luther, Calvin (XVII, bacaan 2), Gereja Katolik Roma dan Locke mengenai tugas negara dalam hal agama. Bagaimanakah pendapat saudara sendiri? Jawapan: Luther berpendapat bukan tugas negara dalam hal agama, Calvin pula negara wajip melindungi gereja dan ajarannya, gereja Katolik Roma pula negara tunduk kepada gereja dan Locke pula berpendapat negara tidak mencampuri urusan gereja selagi gereja tidak menyelewang hukum negara. Pendapat saya pula gereja dan negara ada peranan masing-masing tidak boleh mencampuri urusan masing-masing selagi gereja tidak menentang negara dan sebaliknya selagi negara tidak menentang gereja. 5. Rumuskanlah pengertian “toleransi” dan “intoleransi”. Jawapan: “Toleransi” bermaksud gereja memberi kebebasan seseorang mempercayaai sesuatu ajaran. “ Intoleransi” bermaksud gereja tidak memberi kebebasan seseorang mempercayai sesuatu ajaran. 6. Bandingkan alasan untuk toleransi yang diberikan oleh Luther dengan alasan kaum humanis. Apakah perbezaannya? Manakah yang lebih memuaskan saudara? Jawapan: Toleransi oleh Luther semua orang dipanggil sebagai imam (imamat), setiap orang bertanggungjawap atas hati kecilnya percaya atau tidak percaya, tiada yang dapat memaksa seseorang untuk mempercayai atau melakukan ini dan itu bagi pihaknya. Pemerintah tidak mendesak dengan kekerasan sebab kepercayaan adalah kebebasan seseorang. Bagi kaum humanis pemerintah perlu bersikap neutral tidak memihak mana-mana, membiarkan gereja dengan urusannya dan pemerintah dengan urusannya selagi gereja tidak menyelewang hukum pemerintah. Bagi saya dalam hal ini saya lebih suka pendapat Luther. Bab 19 1. Apakah kedua tahap dalam misi Katolik Roma abad ke-16? Cuba sifatkan dua tahap itu. Jawapan: Tahap pertama mereka menempatkan para imam dalam kapal untuk menjaga kerohanian para anak kapal. Tahap kedua para imam memberitakan Injil kepada penduduk di mana kapal mereka berlabu. 2. Apakah ketiga tujuan dari perjalanan-perjalanan orang Spanyol/Portugis untuk menemukan jalan laut ke Asia? Jawapan: Untuk mendapat keuntungan perdagangan (rempah-rempah di Maluku) dan meneruskan perang salip dan Kontra- Reformasi. 3. Cuba rumuskan perbezaan dalam hal hasil misi antara daerah kekuasaan Spanyol dan Portugis, dan sebutkanlah sebab-sebab perbezaan itu. Jawapan: Orang-orang Spanyol menjajah seluruh daerah yang ditemuinya dan mereka menemukan agama-agama suku yang tidak mampu bertahan dengan kehadiran orang-orang Spanyol. Orang Portugis pula mereka hanya mendirikan bebeapa bentang pertahanan di kawasan daerah yang mereka temukan dan daerah baru yang mereka temukan telah menganut agama yang kuat seperti Islam, Hindu dan Buddha. 4. Apa perbezaan sikap Ricci/De Nobili dan Xaverius terhadap upacara agama bukan Kristian? Jawapan: Ricci/De Nobili berpandangan agama dan budaya mereka perlu dihormati agama mereka adalah persiapan untuk ajaran agama Kristian. Xaverius pula agama suku perlu ditinggalkan. 5. Apakah kiranya di daerah saudara ada gejala-gejala yang dapat dipandang sebagai unsur-unsur agama yang sebenarnya berlawanan dengan agama Kristian? Gejala-gejala apakah? Jawapan: Ada juga seperti upacara memberi korban binatang kepada roh-roh yang menjaga sesuatu tempat apabila seseorang jatuh sakit. 6. Bagaimanakah pendapat saudara tentang unsur-unsur yang demikian Mengapa? Jawapan: Saya sependapat dengan Ricci/De Nobili agama suku ialah persiapan kepada ajaran Kristian, contoh memberi persembahan korban kepada roh-roh yang menguasai satu-satu tempat ia umpama persiapan pengajaran tentang teologi penebusan Kristus kepada manusia dari kuasa kematian (dosa). 7. Apakah sebab-sebabnya usaha misi di Maluku dan di tempat-tempat lain lebih berhasil sesudah kedatangan Xaverius? Jawapan: Xaverius tidak mencampur adukkan urusan negara Portugal dengan urusan misi penginjilan, dia belajar bahasa Melayu. Dia juga menggunakan cara menakutkan orang dengan seksaan api neraka bagi orang jahat. 8. Apakah sebab-sebabnya kemunduran misi di Indonesia pada bagian terakhir abad ke-16? Jawapan: Sebab kemunduran kekuasaan Portugis kemudian dihancurkan oleh pihak Belanda dan Protestan, selain daripada itu serangan orang Islam yang berlaku diserata tempat. 9. Apakah ertinya kutipan pada akhir pasal 2 di atas ini: “Orang-orang Portugis dst.”? Jawapan: Orang-orang Portugis telah datang ke sana dengan salib di satu tangan dan dengan pedang di tangan lain. Maksudnya mereka menggunakan kekerasan ketika menginjil. Ketika mereka mendapat keuntungan (emas) seketika itu juga menyembunyikan salib (Injil). Maksudnya mereka tamak harta tidak benar-benar jujur memberitakan Injil. 10. Apakah barangkali praktik misi, iaitu untuk membaptis orang agak cepat, mempunyai hubungan dengan ajaran Katolik Roma mengenai baptisan? (bnd. Bab V, XII). Bagaimanakah praktik Protestan dalam hal baptisan orang-orang yang masuk Kristian? (bnd. Bab XX, XXII-XXIII). Jawapan: Ada kaitan dengan praktik ajaran Katolik Roma yang percaya baptisan menyelamatkan seseorang daripada siksaan dari TUHAN. Tetapi bagi orang Prostestan pemahaman seseorang tentang Kristus penting supaya seseorang boleh percaya dan beriman kepada Kristus, sebab iman yang menyelamatkan bukan baptisan. Bab 20 1. Apa cita-cita Calvinis mengenai hubungan gereja dan negara? Apakah cita-cita itu terwujud di Indonesia pada zamanVOC? Jawapan: Berjaya diwujudkan sebab VOC umpama negara dan menguasai agama, seperti cita-cita Calvin supaya negara menyokong gereja sepenuhnya. 2. Sebutkanlah beberapa kegiatan Pendeta Danckaerts. Jawapan: Ia membuka sekolah prasekolah dan sekolah untuk para guru untuk sekolah dan jemaat gereja. Dia juga menubuhkan majlis agama yang pertama di kota tempat dia melayani di Jakarta. 3. Sebutkanlah beberapa orang yang mengusahakan penerjemahan Alkitab ke dalam bahasa Indonesia. Jawapan: Frederik de Houtman, Ruyl, Melchior Leijdecker dan Valentijn. 4. Apakah kebetulan kalau orang-orang Protestan pada zaman itu lebih memperhatikan terjemahan Alkitab ke dalam bahasa daerah (Melayu, Portugis) daripada orang-orang Katolik Roma? Jawapan: Tidak kebetulan sebab mereka ada niat untuk mengembangkan Injil kepada semua bangsa. 5. Apakah saudara menganggap kenyataan bahawa VOC membiayai seluruh kehidupan gerejawi menguntungkan atau merugikan gereja? Jawapan: Tidak menguntungkan gereja sebab VOC mengawal gereja, memasukan semua unsur politik, mencari keuntungan dan ada kuasa melantik dan memecat para pendeta kalau tidak mengikut kemahuna pemerintah VOC. Gereja tidak dapat berfungsi sebagai gereja yang memberitakan Injil dan kasih Kristus. 6. Apakah dalam gereja saudara terdapat gejala-gejala yang mengingatkan kita kepada cara pelayanan sakramen dan pendapat-pendapat tentang sakramen pada zaman VOC? Jawapan: Dalam gereja kami unsur politik dari kerajaan tidak ada, tetapi sikap para pendeta sendiri yang berpuak-puak demi menguatkan pengaruh mereka supaya mendapat jawatan tertinggi dalam gereja. Tentang pelayanan sakramen tidak ada isu. 7. Apakah yang nyata dalam bacaan-bacaan di atas ini? Jawapan: VOC tidak banyak membantu penyebaraan Injil, malahan menjadi penghalang. Gereja tidak dapat berfungsi sebagai gereja yang sebenar yang membawa khabar gembira kepada masyarakat di Indonesia, malahan mereka diperlakukan secara kasar. 8. Sebutkanlah kesamaan dan perbezaan antara metode pI Katolik (yang digambarkan dalam bab XIX) dan metode Protestan (yang digambarkan dalam bab ini). Jawapan: Persamaan mereka saling menyerang antara Katolik dan Protestan, Calvinis (Protestan) sama-sama mengharapkan sokongan pemerintah untuk menyokong misi penginjilan. Bab 21 1. Sebutkanlah beberapa tokoh Pencerahan. Jawapan: Rene Descartes, John Locke, John Toland, Voltaire, Tom Paine. 2. Sebutkanlah beberapa tokoh Pietisme / Revival. Jawapan: August Hermann Francke, Zinzendorf, John Wesley 3. Bagaimana pandagan Pietisme/Revival mengenai bentuk yang seharusnya dipunyai gereja? Jawapan: Mereka mahu gereja dihidupkan kembali, menghayati kembali iman dan membenihi hidupnya yang dunawi, para teolog menelusuri kembali rahmat TUHAN dalam hati manusia dan belajar teologi secara sistematik dan ilmiah. 4. Apakah di daerah saudara ada golongan-golongan Kristian yang kritiknya terhadap gereja serupa dengan kritik Pietisme/Metodis terhadap gereja pada zamannya? Jawapan: Tidak ada. 5. Cuba gambarkan akibat-akibat gerakan Piestime/Revival bagi masyarakat umum. Bagaimana penilaian saudara mengenai akibat-akibat itu? Jawapan: Masyarakat lebih terbuka dalam hal beragama, tidak lagi menerima bulat-bulat ajaran gereja tanpa dicernah terlebih dahulu. Bagi saya sangat sesuai dengan cara berfikir zaman sekarang yang mempersoalkan semua perkara yang berlaku dalam lingkungan mereka. 6. Laporan Wesley mengenai pertaubatannya dalam beberapa hal meningatkan kita riwayat hidup Luther. Mengapa? Apa unsur-unsur khas pietis (kebangunan) dalam laporan itu? Jawapan: Wesley juga bertaubat dari surat Roma seperti Luther tentang rahmat TUHAN melalui Kristus bukan lagi atas usahnya menjadi suci bagi TUHAN, dai juga banyak mengalami cabaran dalam pelayananya diusir dari gereja Angelikan kemudian dia mendirikan gereja Metodis. Unsur-unsur khas pietis dalam laporan itu ialah iman dan rahmat TUHAN. 7. Mengapa Ny. Wolff-Bekker disebut termasuk golongan Pencerahan moderat? Bagaimana pendapat saudara mengenai iman Kristian yang dianutnya? Jawapan: Sebab dia menerima Iman Kristian selagi Iman membawa pertaubatan yang menghasilkan buah kebajikan. 8. Berdasarkan apa Paine disebut sebagai seorang penganut sayap radikal Pencerahan? Jawapan: Sebab dia menolak /tidak percaya ajaran gereja, agama Yahudi, gereja Roma, gereja Yunani / Ortodoks Timur dan ajaran Turki (Islam), bagi dia bantinnya ialah gerejanya. 9. Bagaimana kita dapat mengenai Allah menurut Paine? (bnd.bacaan 2). Bagaimana pendapat saudara mengenai tanggapan Paine itu? Jawapan: Menurut Paine melalui firman Allah yang kita lihat di sekeliling kita, Allah menyatakan diri-Nya melalui alam ciptaan-Nya. Saya setuju dengan Paine manusia boleh mengenal Allah melalui alam ciptaa-Nya, walaupun begitu Alkitab dan hati nurani manusia juga digunakan Allah untuk memperkenalkan diri-Nya. 10. Apakah saudara mengenal ketiga ciri gereja-rakyat dalam gereja di daerah saudara sendiri? Jawapan: Ya. Bab 22 1. Sebutkanlah keempat “pangkat” yang terdapat dalam GPI pada abad yang lalu. Jawapan: Jemaat-jemaat memilih majelisnya, majelis-majelis mengutus wakil-wakilnya ke rapat klasis dan klasis memilih wakil ke senoda. 2. Cuba sifatkan pengaruh kalangan Hernhut atas diri Kam. Jawapan: Dia sangat berminat memberitakan Injil. 3. Apa kedua keputusan yang pada tahun 1935 diambil oleh Pemerintah Hindia Belanda / GPI? Jawapan: Pertama mereka melepaskan GPI dengan hubungan dengan pemerintah dan yang ke dua GPI bebas mentadbir gereja sendiri beratonomi keatas wilayah GPI. 4. Cuba sebutkan beberapa gereja di Indonesia, di samping HKBP, yang merupakan “gereja-gereja rakyat”. Jawapan: GPM, GMIM dan GMIT 5. Cuba tunjukkan beberapa persamaan antara keadaan gereja di Indonesia selama paroan pertama abad ke-19 dengan keadaan pada zaman VOC. Jawapan: Gereja dengan negara ada hubungan erat seperti pada zaman VOC, pelayanan luar gereja lumpuh dan para pelayan bertindak sebagai pegawai negara/kerajaan. 6. Apakah maksudnya kalau dikatakan: “corak hierarkis tetap berpengaruh juga”? (pasal 8). Apakah perkataan ini berlaku untuk gereja-gereja lain di Indonesia juga? Jawapan: “corak hierarkis tetap berpengaruh” Sebab isu pengajian para pendeta, jemaat setempat masih tidak mampu membayar sebab itu perlu pemusatan (central) gereja untuk membayar gaji mereka. 7. Apakah tindakan Kam dalam hal melayankan sakramen sesuai dengan suasana Revival/Piestisme? Mengapa (tidak)? Jawapan: Sesuai dengan suasana Revival/Piestisme sebab dia sangat bersemangat, walaupun begitu pengajaran kurang ditekankan. 8. Sebutkanlah ciri-ciri khas dalam surat edaran Joseph Kam (bacaan 1). Jawapan: Ada nama pengirim pada pendahuluan surat, penerima surat ialah semua orang Kristian dalam negeri. Berisi peringatan supaya berbuat baik supaya tidak dihukum oleh Yesus Kristus. Bab 23 1. Ada perbezaan antara strategi Nommensen dengan strategi pekhabar-pekhabar Injil yang sudah ada di Taman Batak, sewaktu ia tiba? Jawapan: Nommensen tidak mengendahkan larangan pemerintah memasuki pedalaman, malahan dia memulakan penginjilan di pedalaman bukan dari luar / pinggir. 2. Cara-cara apakah yang dipilih Nommensen untuk memperkuat iman dan semangat orang-orang Kristian yang baru? Jawapan: Orang-orang Kristian harus turut serta memyebarkan Injil, mereka sendiri membiayai keperluan gereja dan secepat yang boleh mendidik tenaga pelayan dikalangan orang Batak sendiri. 3. Apakah artinya bila dikatakan: “Nommensen tidak mengikut corak pietis” (pasal 3). Jawapan: Nommensen tidak mementingkan kesalehan seseorang sebelum diangkat menjadi pelayan, pemberita Injil dan pelayanan sakramen perjamuan kudus. 4. Apa ketiga “bukti” bahawa suatu gereja telah berdiri sendiri betul-betul ? Jawapan: Gereja ada ciri “self-support”, “self-government” dan “self-extension” 5. Sifatkanlah perbezaan antara metode pI Bapa Emde dan metode Coolen. Jawapan: Bapa Emde berpendapat seseorang yang menjadi Kristian mesti mengikuti budaya Eropa, berpakian dan belajar bahasa Balanda seboleh yang mungkin. Coolen pula menolak budaya Eropa, termasuk sakramen perjamuan kudus dan baptisan sebab dia berpendapat itu ala Eropa. Coolen mengekalkan budaya Jawa dalam kehidupan orang Kristian. 6. Apa alasan pemerintah Hindia Belanda untuk merintangi pekhabar Injil yang dijalankan Paulus Tosari? Jawapan: Sebab Paulus Tosari bercirikan Coolen dalam mempemberitaan Injil. 7. Apa kedua alasan untuk menyusun Pengakuan Iman HKBP? Jawapan: Untuk menyatakan iman dan menolak ajaran-ajaran sesat. 8. Agama-agama apakah yang ditolak dalam pasal 1 Pengakuan Iman itu? Perkataan-perkataan apakah yang mengacau pada masing-masing agama itu? Jawapan: Menolak agama tradisi di Jawa iaitu kepercayaan menyebut Allah “Nenek” (ompung), kepercayaan berkat berasal dari roh-roh nenek moyang, pemilihan hari-hari baik, ramalan dan penglihatan suratan tangan seseorang. Bab 24 1. Apa kedua “muka” sikap pemerintah Hindi-Belanda terhadap Zending? Jawapan: Bermuka dua sebab pada sisi lain melarang pihak Zending menyebarkan Injil dan pada sisi lain memberi sokongan secara politik dan biaya kewangan secara tidak langsung. 2. Apakah sebab-sebabnya Revival / Pietisme kurang memperhatikan persoalan-persoalan tata gereja? Jawapan: Mereka lebih mementingkan kewujudan orang Kristian, memadai kalau ada yang boleh mengedalikan kebaktian. Tata gereja / pembangunan mampan tidak diberi perhatian. 3. Peristiwa-peristiwa politis apakah yang mempengaruhi perkembangan gereja-gereja di Indonesia sejak tahun 1942? Jawapan: Tercetusnya Perang Dunai II yang mencetuskan kebangkitan orang tempatan untuk menuntut kemerdakaan, sikap ini juga berlaku dikalangan pemimpin gereja yang mahu mandiri dari kekuasaan penginjil Eropa. 4. Sebutkanlah beberapa unsur adat istiadat lama di daerah saudara yang telah ditolak oleh Zending / gereja. Mengapa unsur-unsur itu ditolak? Apakah saudara setuju dengan penolakan itu? Jawapan: Unsur yang ditolak oleh gereja ialah mempersembahkan babi, ayam, makanan tertentu kepada roh-roh yang menguasai tempat-tempat tertentu seperti hutan, tanah berair, pokok besar, batu besar, lubang tanah dan sebagainya. Saya setuju sebab kepercayaan dan ritual inilah yang menyebabkan suku kami tidak berani membuka tanah atau membina rumah yang lebih kukuh dan menjauhi pembangunan sebab perlu berpindah dari satu tempat ke satu tempat untuk menghindari tempat kediaman roh-roh penguasa itu. 5. Bagaimanakah pendapat rasul Paulus pada umumnya tentang persoalan hubungan antara adat-istiadat tertentu dengan iman Kristian? (bnd. Pasal 4). Jawapan: Rasul Paulus dan para rasul lain sependapat bahawa ada unsur budaya yang perlu dijauhi oleh orang Kristian, konteks zaman itu mereka melarang memakan makanan yang telah dipersembahkan kepada berhala-hala, daging yang mati dicekik dan darah binatang selaian daripada itu menjauhkan diri dari perzinaan yang dianggap biasa pada zaman itu di kuil berhala mereka. 6. Cuba cari beberapa alasan yang menyebabkan orang-orang yang baru masuk Kristian tidak menyenangi usaha-usaha untuk memakai unsur-unsur adat-istiadat mereka sendiri dalam kebaktian dan sebagainya? Jawapan: Sebab adat-istiadat mereka berkaitan dengan unsur agama tradisi, mereka berfikir kalau unsur itu dibawa dalam gereja dengan sendirinya unsur agama tradisi masih tidak ditinggalkan. 7. Apakah di daerah / gereja saudara ada upaya untuk menghayati agama Kristian dalam wadah kebudayaan sendiri? Bagaimana penilaian saudara terhadap upaya itu? Jawapan: Memang ada seperti pakian tradisi sekarang sudah lazim dipakai dalam ibadah, perayaan tradisi juga mula dirayakan oleh gereja seperti Kaamatan dan Magahau. Saya berpendapat selagi tujuan budaya tradisi dibawa dalam gereja untuk memuliakan Tuhan Yesus tidaklah menjadi masalah. 8. Bagaimanakah pendapat saudara sendiri tentang upacara-upacara yang berhubungan dengan penguburan / peringatan orang-orang mati / nenek moyang, dilihat dari sudut iman Kristian? Jawapan: Tidak wajar kalau berunsur mahu berhubugan dengan orang mati sebab bertentangan dengan ajaran Kristian yang melarang berhubungan dengan dunia orang mati. Walaupun begitu kebaktian penghiburan selama tiga hari masih wajar dalam kontek gereja PCS. 9. Peristiwa politik apa yang memainkan peranan paling besar dalam mempercepatkan kemandirian banyak gereja di Indonesia? Jawapan: Berakhirnya perang dunia II, gerakan kemerdekaan Indonesia dari Belanda semakin kuat, gereja juga ikut serta mahu mandiri dari kekuasaan Belanda. 10. Sebutkanlah beberapa teolog Indonesia yang mendapat pendidikan di STT Jakarta. Jawapan: P.D. Latuihamallo, Ihromi, W.J. Rumambi. 11. Yang manakah dari ketiga persoalan di atas (pasal 2-5) yang penting dalam sejarah GKJW? Jawapan: Hubungan antara Injil dengan budaya Eropa dan budaya peribumi (Jawa) 12. Yang manakah dari ketiga persoalan di atas (pasal 2-5) yang penting dalam sejarah HKBP? Jawapan: Hubungan antara Injil dengan budaya Eropa dan budaya peribumi (Batak) Jawapan: Hubungan antara Injil dengan budaya Eropa dan budaya peribumi (Jawa) 13. Bagaimana pendapat saudara tentang uraian J.W. Gunning? (bacaan 1). Jawapan: Saya setuju dengan pendapat J.W. Gunning para pengkhabar Injil dari Eropa bersikap pandang rendah dengan pribumi di tempat mereka mendarat dengan sewenang-wenangnya memusnahkan ada istiadat dan agama pribumi tanpa berusaha menyesuaikan dengan ajaran Alkitab. 14. Bagaimana pendapat saudara mengenai penjabaran asas kebebasan seorang Kristian yang terdapat dalam bacaan 2? Jawapan: Saya setuju dengan pendekatan Zending (gereja) terhadap budaya orang Toraja yang berkaitan dengan orang mati, upacara penguburan, berkabung, menyembelih kerbau dan sebaginya boleh dilakukan tetapi bukan sebab untuk roh simati sebagi bekalan ke dalam alam baka tetapi untuk menjamu jemaat yang datang di rumah simati. 15. Siapakah menurut J. Hovius (bacaan 3) yang menentukan apakah sesuatu gereja sudah sunguh-sungguh layak mandiri? Apa yang menjadi faktor penentu dalam kenyataan sejarah gereja di Indonesia? Jawapan: Gereja ada ciri “self-support”, “self-government” dan “self-extension”. Faktor penentu pula gereja / Zending mengajar anggota jemaat belajar mendiri sendiri, memberi kebebasan dan kuasa penuh keatas gereja mereka. Bab 25 Ketiga dogma apakah yang secara resmi ditetapkan dalam Gereja Roma sesudah abad ke-16? Jawapan: Pertama Maria tak bernoda, kedua Maria diangkat ke surga secara badani pada saat kematiannya, ketiga Maria turut menyelamatkan. 2. Kelemahan-kelemahan apakah yang menyebabkan kemunduran misi pada abad ke-18? Jawapan: Kelemahan-kelemahan yang menyebabkan kemorosotan misi pda abad ke-18 sama dengan perkhabaran Injil di pihak Protestan pada zamanVOC. 3. Jelaskanlah bahwa kelemahan-kelemahan yang sama terdapat dalam Gereja Protestan di Indonesia pada zaman VOC. Jawapan: Kelemahan membina jemaat supaya dapat mandiri sendiri, alkitab tidak diterjemah dalam bahasa pribumi, tata kebaktian mesti sama dengan kebaktian di Roma tidak ada unsur-unsur pribumi, bilangan imam peribumi terlalu sedikit dan para misinori Eropa yang mengurus semua yang berkaitan dengan gereja. 4. Apa sebabnya orang-orang Kristian pada umumnya dan orang-orang Katolik Roma pada khusunya lebih kecil jumlahnya di Asia daripada di Afrika? Jawapan: Sebab kurang tenaga pelayan, jemaat tidak dipelihara dan tidak cukup ketahanan rohani. 5. Ordo apa yang memelopori usaha-usaha misi di Indonesia? Jawapan: Orang-orang Yesuit. 6. Mengapakah misi memandang sebagai kewajipannya bekerja juga dalam lingkungan orang-orang Protestan? Jawapan: Mereka (Katolik) berpandangan bahawa kesatuan dan persefahaman antara protestan. 7. Sebutkanlah salah satu tanda bahawa akhir-akhir ini hubungan antara orang-orang Protestan dan orang-orang Katolik Roma di Indonesia sudah menjadi lebih baik. Jawapan: Dapat bekerja sama di ladang pelayanan dan telah menetapkan batas pelayanan antara satu dengan yang lain, gereja Katolik juga mula mengabungkan jemaat Protestan dalam pelayanan mereka (dilayani seperti jemaat Katolik) 8. Dapatkah saudara menjelaskan bahawa perbaikan yang dimaksudkan di atas ini sesuai dengan perubahan suasana Gereja Katolik pada umumnya? Jawapan: Ya sesuai memandangkan Gereja Katolik mula terbuka dengan golongan Protestan. Bab 26 1. Siapakah yang pada zaman Carey sudah aktif mengambarkan Injil (lihat bab XXI, 6)? Jawapan: Zinzendorf. 2. Mengapa Carey tidak boleh menetap di Calcutta? Jawapan: Untuk mengelakkan berlakunya ketegangan akibat pemberitaan Injil di kawasan yang dikuasai oleh EIE di Calcutta. 3. Bagaimana pendapat saudara tentang soal kasta? Adakah dalam daerah / gereja saudara persoalan-persoalan yang serupa dengan soal kasta di India? (bnd. Bab XX1V,3). Jawapan: Gereja saya tidak ada isu tentang kasta atau sikap membeza-bezakan kedudukan tahap sosial anggot jemaat. 4. Sebutkanlah keempat asas pI menurut Carey. Jawapan: 1. Menterjamah Alkitab kepada pelbagai bahasa sebanyak yang boleh. 2. Secepat yang boleh memandirikan jemaat di daerah penyebaran Injil. 3. Secepat yang boleh memberi pendidikan kepada anggot jemaat untuk dilantik menjadi pendeta-pendeta. 4. Mempelajari sedalam yang boleh tentang alam pemikiran suku-suku pribumi. 5. Apakah perbedaan metode kerja Hudson Taylor dan Timothy Richard? Jawapan: Hudson Taylor mengenakan pakaian ala pakian masyarakat tempat dia memberitakan Injil (China). Timothy Richard pula berminat mempelajari budaya dan pendidikan tinggi di tempat dia memberitakan Injil (China) 6. Di mana terdapat kesamaan dan keadaan gereja di Indonesia Timur pada zaman yang sama? Jawapan: Pengaruh syarikat dari Eropa di Indonesia VOC di tempat lain seperti di India EIE, syarikat ini tidak mahu ada ketegangan di kawasan mereka akibat penyebaran Injil. 7. Carilah kesamaan antara situasi gereja di Muangthai / Myanmar dan di Indonesia. Jawapan: Penganiayaan dari pihak pemerintah. Bab 27 1. Di bahagian Afrika apakah Gereja Kristian didirikan mula-mula? Jawapan: Afrika Utara. 2. Di negeri-negeri manakah masih terdapat sisa-sisa kekristianan lama itu? Jawapan: Mesir dan Etiopia. 3. Apakah sebabnya pI di pedalaman Afrika baru mulai dijalankan sesudah pertengahan abad ke-19? Jawapan: Sebab mereka tidak berjaya menerobosi gurun Sahara. 4. Apakah sebabnya pI di Afrika pada umumnya lebih berhasil daripada di Asia? (bnd. VIII, 2 XX, 2). Jawapan: Tidak ada halangan dari pihak VOC, EIE dan pemerintah. 5. Tunjukkanlah pengaruh lingkungan dalam sikap para pekhabar Injil kebangsaan Eropa terhadap kedudukan orang-orang Barat dan kebudayaan Barat di Afrika (bnd. Juga XXIV 2). Jawapan: Mereka berkeyakinan bahawa kebudayaan mereka lebih tinggi (superior) berbanding dengan orang Afrika, sebab itu mereka berfikir patut orang Eropa membimbing orang Afrika ke depan supaya lebih baik keadaan mereka. 6. Mengapakah angka-angka statistic yang diberikan dalam pasal 4 harus digunakan dengan hati-hati? Jawapan: Ramai orang Afrika yang sudah melepaskan diri dari Kristian sebab mereka menganggap agama Kristian telah merosakkan nilai asli orang Afrika. Statistik jumlah bilangan Kristian tidak menunjukkan keadaan sebenar. 7. Apakah di Indonesia / Malaysia sudah terdapat orang yang memandang agama Kristian (dan agama-agama pada umumnya) sebagai sesuatu yang sudah tidak relevan lagi? Jawapan: Sepengetahuan saya tidak ada lagi kalau di Malaysia, kalau pun mereka tidak menerima Kristian mereka masih menganut agama tradisi dan masih terikat dengan agama mereka. 8. Apakah situasi kerohanian di kota-kota besar yang terdapat di Afrika tampak juga di Indonesian / Malaysia? Jawapan: Ada contohnya mementingkan penyembuhan, pewahyuan dan krismatik. 9. Apakah di Indonesia / Malaysia ada kelompok-kelompok yang telah memisahkan diri (pada zaman kolonial) dari gereja-gereja yang dipimpin oleh zendeling-zendeling dengan alasan bahawa peranan orang-orang kulit putih di dalamnya terlalu besar? Jawapan: Di Malaysia belum ada. 10. Mengapakah gerakan Zionis di Afrika disifatkan sebagai gerakan sinkretistis? Apakah di Indonesia terdapat kelompok-kelompok yang serupa? Jawapan: Sebab mereka memasukkan kepercayaan tradisi dalam ajaran gereja mereka. Bab 28 1. Unsur-unsur apa yang tergabung dalam ajaran dan tata gereja Anglikan? Jawapan: Ajaranya bercorak Protestan dan tata gereja episkopal, raja Inggris menjadi ketuanya. 2. Apakah erti nama “Puritan” ? Manakah ketiga golongan yang tergabung dalam aliran Puritan itu? Jawapan: “Puritan” bermaksud Pure: murni atau alkitabiah mereka ialah golongan Kristian di Inggris yang tidak setuju dengan gereja Angelikan, mereka masih setia dengan paus dan mahu menyucikan gereja dari ajaran Angelikan. Ada tiga golongan Puritan Presbyterian, Kongregationalis dan Baptis. 3. Apa cita-cita Williams dan Penn? Jawapan: Menolak menggunakan kekerasan untuk kepentingan apa pun. 4. Cuba sifatkan pentingnya karya Edwards. Jawapan: Edwards membawa kebangunan rohani (The Great Awakening) di Amerika, dia berjaya menyatukan teologi dan ilmu pengetahuan pada zaman itu, persoalan-persoalan tata gereja diindahkan semula. Dia pembela ajaran Calvinis menurutnya melalui kuasa rahmat pengampunan Allah diberikan kepada manusia tanpa memilih manusia. 5. Unsur-unsur apa dari teologi Edwards yang diambil-alih oleh Finney, dan unsur-unsur apa yang tidak? Jawapan: Finney mengambil semangat The Great Awakening tetapi dia tidak menyatukan ilmu pengetahuan dalam ajaran gereja, menolak semua ajaran yang bukan dari Alkitab. Kesucian harus nampak dalam kehidupan setiap orang Kristian yang bertaubat. 6. Cuba sifatkan tujuan Social Gospel (lihat juga bacaan). Jawapan: Memperjuangkan pembaharuan manusia secara individu dan susunan masyarakat. Mereka mahu membenteras kemalaratan kaum buruh, pengemis dan pelbagai kemiskinan dalam masyarakat Amerika pada masa itu. 7. Apa persamaan-persamaan antara gerakan Pentakosta dengan Kebangunan Rohani yang kedua? Jawapan: Mereka percaya pertaubatan yang mendadak dan disertai “baptisan Roh” 8. Cuba sebutkan beberapa faktor yang menyebabkan Kemah Injil dan banyak kelompok Pentakosta di Indonesia tidak mau masuk menjadi anggota PGI. Jawapan: Sikap mereka (Kemah Injil) menghina gereja-gereja rakyat, menekankan pertaubatan secara individu dan displin gereja yang keras. Bab 29 1. Manakah kedua tentangan yang dihadapi oleh gereja-gereja Eropa pada abad ke-19? Jawapan: Perkembangan pemikiran moden dan perkembangan sosialisme. 2. Apakah panteisme itu? Mengapakah panteisme berlawanan dengan ajaran Kristian? Jawapan: Paneisme percaya roh manusia sama dengan Roh Allah yang menjiwai alam semester dan segala isinya. Bertentangan sebab roh manusia tidak sama dengan Roh Allah menurut ajaran Kristian. 3. Apakah yang merupakan tujuan teologi Schleiermacher? Jawapan: Teologi Schleiermacher menyusun teologi campuran Injil dan filsafat baharu. 4. Bagaimanakah pendapat Kierkegaard mengenai pemikiran Hegel dan Schleiermacher? Jawapan: Kierkegaard berpendapat tidak mungkin iman Kristian bersatu dengan filsafat baharu dia tidak setuju dengan pemikiran Hegel dan Schleiermacher. 5. Schleiermacher mengingatkan kita kepada tokoh teologi siapa dari Amerika? Jawapan: Phillipp Spener. 6. Teologi Barth lebih dekat dengan siapa: Schleiermacher atau Kierkegaard? Jawapan: Kierkegaard. 7. Cuba cari persamaan antara lingkungan kerja dan pekerjaan Fransiskus dari Assisi (bab XI) dan William Booth. Jawapan: Mereka menempatkan diri dikalangan orang miskin yang disisihkan oleh gereja pada masa itu. 8. Apakah yang merupakan keberatan-keberatan gereja yang mengaku terhadap ideologi dan tindakan nazi? Jawapan: Idiologi mereka “kuat memakan yang lemah”, nilai Kristian yang terungul bukan kasih tetapi kepahlawanan, membasmi golongan lemah seperti orang sakit dan orang gila dibunuh begitu saja, menolak bangsa Yahudi dan kitab Perjanjian Lama, Tuhan Yesus pada pandangan mereka bukan orang Yahudi. Bab 30 1. Apa itu teokrasi? Apakah di Indonesia / Malaysia ini ada golongan yang menganjurkan teokrasi? Jawapan: Negara bersama rakyat menjadi alat Tuhan dalam usaha membina masyarakat Kristian. Tidak ada. 2. Bagaimana penilaian saudara terhadap kebijakan pemerintah Belanda dalam abad ke-17 berhadapan dengan keinginan gereja untuk menegakkan teokrasi? Apakah dalam hal ini terdapat kesamaan antara Negeri Belanda dalam abad ke-17 dengan Indonesia / Malaysia sekarang? Jawapan: Sekurang-kurang Belanda menjadi tempat pelarian para pemikir dari negara lain akibat pandangan mereka tidak diterima oleh negara mereka, cita-cita gereja yang mahu mewujudkan teokrasi akhirnya padam. Bagi saya kebijakan seumpama ini wajar bagi mengelakkan negara digunakan oleh gereja untuk memaksa kehendak mereka kepada rakyat, kita tahu bukan semua keinginan gereja menguntungkan rakyat sebaliknya banyak menindas seperti yang terjadi di negara Itali. Tidak ada kesamaan dengan negara Malaysia dipihak gereja tetapi dipihak Islam ada gerakan yang cuba menggunakan negara sebagai alat mencapai cita-cita agama mereka. 3. Mengapakah disebut tidak kebetulan kalau justeru menjelang tahun 1800 mulai ada kegiatan pI di Negeri Belanda? Jawapan: Tidak kebetulan sebab tepat pada waktunya selepas VOC dibubarkan. 4. Sebutkanlah beberapa cita-cita kaum ortodoks di Nedeland dalam abad ke-19. Jawapan: Mereka berusaha mengembalikan Gereja Hervormd pada organisasi dan ajaran abad ke-17 tetapi tidak berjaya, kemudian membentuk gereja baharu dengan nama Gereja-gereja Gereformeerf. 5. Apakah sekularisasi sudah masuk ke Indonesia / Malaysia? Jawapan: Sudah masuk dalam pemikiran masyarakat, tetapi dalam gereja tidak ketara, ajaran gereja masih dihormati dan diikuti contohnya dalam perkawinan gereja masih tempat mengupacarakan perkawinan. 6. Sebutkanlah tiga hal yang menandai pendekatan kembali antara Gereja Hervornd dan Gereja-gereja Gereformeerd. Jawapan: Pembaharuan tata gereja yang baharu, Muncul angkatan baharu yang berniat dalam ilmu teologi dan dalam praktik gereja yang lebih banyak menaruh perhatian kepada dunia di luar gereja dan muncul gerakan menuju penyatuan kembali NHK dan GKN. Bab 31 1. Gereja-gereja apa yang dihasil kan oleh perpecahan sesudah Chalcedon? (bnd. Bab VI, VIII) Jawapan: Gereja Ortodoks Timur, Gereja Katolik Roma dan Gereja Protestan 2. Apa itu suatu denominasi? Gereja saudara termasuk denominasi apakah? Jawapan: Denominasi ialah pecahan dari gereja Protestan. Denominasi gereja saya ialah Lutheran. 3. Apa cara yang hendak dipakai oleh Calvin untuk mempersatukan gereja? Mengapakah Gereja Katolik Roma belum dapat menyetujui cara ini? Jawapan: Melalui dialog (pembicaraan) firman Tuhan antara gereja. Sebab mereka tidak berani meneruskan rancangan itu. 4. Apa perbezaan yang utama antara usaha-usaha oikumenis yang dilakukan dalam abad ke-19 dengan yang berlangsung dalam abad ke-20? Jawapan: Pada abad ke-19 usaha oikumenis hanya di kalangan anggota-anggota gereja tidak melibatkan antara gereja. Pada abad ke-20 usaha oikumenis dilakukan oleh antara gereja di pringkat dunia. 5. Cuba gambarkan hubungan antara kegiatan pI dengan gerakan oikumene dalam sejarah gereja? Jawapan: kegiatan oikumene pI adalah gerakan oleh individu atau gereja tertentu atau suatu persyarikatan, merekalah yang mula-mula mengusahakan oikumene dikalangan pI yang berlainan gereja. Bermula dari idea itu gereja-gereja sedunia mula menaruh perhatian idea oikumene di antara gereja pula. Akhirnya berlakulah oikumene dengan tertubuhnya kesatuan gereja sedunia, Asia, Afrika dan sebagainya. 6. Bagaimana pendapat kebanyakan gereja di Indonesia / Malaysia tentang ketiga pokok teologi yang disebut dalam pasal 4? Jawapan: Masih menjadi halangan untuk menyatukan gereja sebab setiap gereja mempunyai pandangan sendiri. 7. Sebutlah tiga jenis lembaga kerja sama oikumenis. Jawapan: Dewan Gereja Sedunia (DGD), Christian Conference of Asia (CCA), Pacific Conference of Churches (PCC) 8. Apa yang menjadi motivasi pI menurut Perjanjian Lausanne? Jawapan: Kembali memberi tempat pada kegiatan sosial dalam teori pekhabaran Injil. 9. Dalam kalimat-kalimat mana tampak unsur baru dalam Perjanjian Lausanne dibandingkan dengan wawasan Evangelikal tentang pI sebelumnya? Jawapan: Tentang keadilan dan perdamaian di seluruh masyarakat manusia serta membebaskan manusia dari semua bentuk penindasan.

Comments

Popular posts from this blog