Tugasan: Jurnal Log. Wawancara seorang lanjut usia.

Nama Pelajar: Manuel Akiun

­­­­­­­­­­­­­­­­­­­­­­­­­­­­______________________________________________________________________________

Pendahuluan

            Menurut teori perkembangan psikososial Erik Erikson (1902-1990) lanjut usia berada diperingkat 8. Bermula dari umur 60 tahun sehingga umur 80 tahun. Pada peringkat ini seseorang  secara umumnya akan merasa diterima ada kepuasan dalam hidup atau merasa tidak diterima dan tidak ada kepuasan dalam hidup atau dengan kata lain tiada kebahagian. Selain itu akan ada keikhlasan atau kekecewan. Menurut teori ini lagi warga emas yang boleh menerima kegagalan atau kejayaan memiliki perasaan aman sebaliknya pula mereka yang tidak dapat menerima kegagalan dan pencapaian yang diraihinya akan hidup dalam  kekecewaan tidak gembira dan hidup dalam kepahitan dengan hayat yang masih ada.

            Wawancara saya dengan seorang lanjut usia sebagai perbandingan dengan teori perkembangan psikososial Erik Erikson.

Biografi warga emas

1.      Tahun kelahiran 1945

2.      Jantina lelaki.

3.      Umur 75 tahun.

4.      Status pelayanan: Seorang team pastor (Tumpuk), melayani secara sukarela sejak 30 tahun lepas.

5.      Status perkawian; Berkawin mempunyai 5 anak, semua sudah berkeluarga.

6.      Pekerjaan: Petani.

Pengalaman Pertemuan Dengan Warga Emas

            Saya memang mengenal warga emas ini sejak 18 tahun yang lepas sejak saya berkawin dengan isteri saya pada tahun 2002, sebab satu kampung dengan isteri  dan jiran terdekat kami. Walaupun begitu tidak pernah bertanya soalan yang lebih peribadi sebelum ini atau memerhati secara teliti tentang warga emas berkenaan.

            Pemerhatian tentang emosi; Emosi yang stabil, tenang tidak berubah ubah dengan cepat. Bertenaga tidak menunjukkan keletihan atau tercungap cungap ketika bercakap. Pada usia 75 tahun dia tidak merasakan ada apa apa yang kurang pada kekuatan fizikalnya, dia cakap kekuatannya sama seperti umur dia 40 tahun. Saya sempat bergurau dengan warga emas tersebut, “Umur anda sekarang sama dengan umur Abram ketika dipanggil Tuhan. Abram juga masih kuat malahan masih mampu berperangan dan memenangi peperangan dengan raja raja yang menawan Lot anak buahnya” (Kejadian 14:1-16), dia cakap anugerah Tuhan.         

Saya bertanya tentang penyakit yang dihidapi; Dia cakap tidak ada yang serius, hanya lutut dia saja yang selalu sakit sakit kalau seharian bekerja di sawah padi. Sakit lain tidak ada, demam dua tiga hari memang ada tetapi tidak selalu dalam setahun adalah sekali dua.

Perjuangan hidup warga emas: Dia menjadi Kristian hasil penginjilan para misinori pada tahun 1960 di kampungnya, 30 tahun kemudian dia menjadi pelayan gereja, sehinggalah sekarang. Dia kelihatan sangat puas dengan hidup yang dia milik sekarang.

Ditanya tentang apa lagi yang mahu dicapai dalam hidup; Dia mengatakan tidak ada apa apa lagi, dia hanya berdoa semoga Tuhan memberi kesihatan dan kekuatan supaya mampu ke gereja dan melayani. Soal harta dunia dia tidak berminta lagi untuk menambah apa yang dia milik, sekarang dia ada sebuah rumah dan sebuah motorsikal.

Saya tanya mungkin ada apa apa yang pengalaman yang membuat dia menyesal dan masih menghantuinya sehingga hari ini. Warga emas itu mengatakan tidak ada.

            Ditanya tentang iman; Dia hanya beriman kepada Tuhan Yesus Kristus, tidak lagi percaya atau berharap dengan kepercayaan lain, walaupun dia berlaterbelakang agama animisma. Dia melupakan semua itu setelah menerima Tuhan Yesus. Dia juga ada kesaksian bertemu Tuhan Yesus dalam mimpi, dalam mimpi tersebut dia dibawa oleh Tuhan Yesus membuka buku yang ada di pintu surga. Dia mendapati ada namanya tersenarai dalam buku yang akan masuk surga.

            Warga emas ini juga seorang yang murah hati, beberapa tahun yang lepas dia menderma sebuah ‘rostrum’ kepada gereja, tahun ini pula dia dermakan motosikal lamanya kepada gereja. Sebelum dia dermakan dia baiki dulu motorsikal tersebut, menurutnya dalam RM1000 juga dia belanja untuk baik pulih motosikal.

Perbandingan Dengan Teori Gerontologi Erikson

            Perkataan geronotos berasal dari perkataan Yunani yang bermaksud orang tua. Gerontologi pula bermaksud kajian saintifik usia tua dan masalah masalah khusus kepada orang tua. Menurut teori Gerontologi Erikson mereka yang berumur 80 tahun keatas tergolong dalam geronotos. Warga emas yang saya wawansara berumur 75 tahun belum mencapai peringkat 9 dalam teori perkembangan psikologi Erikson.

 Apa yang dikatakan oleh Erikson ada persamaan dengan warga emas yang saya wawancara. Erikson mengatakan tentang kepuasan hidup atau kekecewaan, memang ada ciri tersebut, dalam cerita warga emas yang saya wawancara dia ada kepuasan dalam hidupnya. Dia tidak menyesali perjalanan hidup yang sudah dilaluinya dan juga keputusan keputusan yang telah dia buat selama ini. Keputusan menjadi Kristian adalah keputusan yang telah mengubah hidupya dan dia merasakan itulah keputusan terbaik. Dia telah menemui makna hidup di dalam Yesus Kristus.

Warga emas yang saya wawancara dapat menerima semua yang berlaku dalam hidupnya, walaupun ada satu orang anaknya telah menjadi Islam, dia tidak menyalahkan dirinya atau anaknya. Bagi dia kehidupan perlu diteruskan dan terus melayani Tuhan sehingga akhir hayat.

Dia mempunyai perasaan yang aman tidak banyak bersungut-sungut, pemurah dan setia dengan pekerjaan dan pelayanan. Selama saya mengenal warga emas itu 18 tahun yang lepas sehingga kini, setiap tahun dia dapat mengusahakan sawah padi bersama isterinya tanpa pertolongan daripada anak anak mereka atau mengaji orang lain, mereka lakukan sendiri. Kebetulan sawah mereka bersebelahan dengan sawah padi kami. Berbanding dengan saya tidak pernah lagi saya usahkan sawah tersebut. Kami hanya sewakan kepada orang lain. Tetapi warga emas itu setia mengusahkan setiap tahun walaupun pada usia 75 tahun.

Penutup

            Menjadi tuah adalah satu anugerah sebab bukan semua yang manusia berkesempatan menjadi tua. Oleh sebab itu mari kita syukur dan raihkan masa tua dengan penuh kebahagian dan teruskan beraktiviti sesuai kemampuan seperti warga emas yang saya wawancara..

 “Rambut putih adalah mahkota yang indah yang didapat pada jalan kebenaran” (Amsal 16:31)

            Tuhan tidak pernah membiarkan kita bersendirian Dia tetap memelihara dan menjaga kita sehingga akhir hayat. “Samapi masa tuamu Aku tetap Dia dan sampai masa putih rambutmu Aku menggendong kamu” (Yesaya 46:4a).

           

 

Comments

Popular posts from this blog