Tugasan: Wawancara kanak-kanak.
Pelajar:
Manuel Akiun
Program:
BD
Tarikh:
26.5.2021.
Subjek:
Pelayanan Kanak-Kanak dan Remaja.
Pensyarah:
Dr. Joy Saik.
Pengenalan
Tugasan
mewawancara kanak-kanak yang berumur 3-5 tahun dua orang, berumur 8-9 tahun dua
orang dan 11-12 tahun dua orang. Kemudian membandingkan teori perkembangan Jean
Piaget dan meneroka implikasinya untuk pelayanan kanak-kanak.
Dialog perbualan
kanak-kanak pertama berumur 11-12 tahun.
Seorang
budak perempuan, namanya Praysie, budak ini saya kenal sebab anak kepada
anggota jemaat gereja kami, berumur 11 tahun, latarbelakang perbualan di halaman
luar gereja selepas habis kebaktian hari minggu.
Topik
Tentang
berdoa.
Saya:
Hai Praysie?
Praysie:
Hai (Tersipu malu, tenugan mata tidak tetap).
Saya:
Apa kamu buat?
Praysie:
Tiada main-main dengan kawan.
Saya:
Seronok bermain?
Praysie:
Ya (Tersipu malu dan bahasa tubuh yang kurang fokus).
Saya:
Ada pergi sekolah minggu tadi?
Praysie:
Ada.
Saya:
Apa kamu buat?
Praysie:
Menyanyi, berdoa..
Saya:
Praysie pandai berdoa?
Praysie:
Pandai bah (bahasa tubuh yang agak yakin).
Saya:
Bagus, bagus,..Siapa kamu sebut bila berdoa?
Praysie:
Yesus (Tenungan mata tepat kearah mata saya).
Saya:
Pandai… (Sambil tersenyum tanda ikhlas memuji).
Saya:
Kenapa kita perlu berdoa?
Praysie:
Tidak tau? (bahasa tubuh yang tidak yakin).
Saya:
Berdoa itu seperti berbual dengan TUHAN atau meminta sesuatu kepada TUHAN.
Praysie:
Tidak berkata, tenungan mata tidak tetap.
Saya:
Pernah Praysie meminta sesuatu kepada TUHAN?
Praysie:
Ada.
Saya:
Apa yang Praysie minta?
Praysie:
Tiada (Sambil tersipu malu).
Saya:
Jadi apalah Praysie cakap kepada TUHAN semasa berdoa?
Praysie:
Tiada.
Saya:
Mesti tidak pernah berdoa inikan?
Praysie:
Tidak menjawab.
Saya:
Kalau begitu boleh saya ajar Praysie berdoa?
Praysie:
Boleh bah.
Saya:
Berdoa itu perlu sebab salah satu cara kita berbual-bual dengan TUHAN, seperti
kita berbual-bual dengan kawan-kawan, adik beradik dan ibu bapa kita. Kita
boleh bercakap kepada TUHAN dengan cara kita sendiri. Bayangkan kalau kawan
Praysie tidak berbual atau bercakap dengan kamu apa perasaan Praysie?
Praysie:
Tidak mahu berkawan dengan dia.
Saya:
TUHAN pun begitu juga tidak mahu berkawan dengan kita, kalau tidak berdoa
kepada-Nya. Praysie mahu berkawan dengan TUHAN?
Praysie:
Mahu bah.
Saya:
Kalau begitu praysie mesti selalu berdoa.
Praysie:
Tidak menjawab (Tenungan mata tidak tetap).
Saya:
OK..Mari kita berdoa kepada TUHAN, Praysie berdoa dalam hati dan saya pun berdoa
dalam hati, bila saya cakap Amin, doa kita selesai (Kami pun berdoa).
Saya:
AMIN. Praysie ada berdoa tadi kepada TUHAN?
Praysie:
Ada.
Saya:
Seronok berdoa kepada TUHAN?
Praysie:
Ya.
Saya:
Mau berdoa lagi kepada TUHAN?
Praysie:
Ya (Kelihatan tegas dan yakin).
Saya:
Terima kasih Praysie sebab sudi berbual dengan saya. Sekarang Praysie boleh
bermain semula dengan kawan-kawan kamu.
Praysie:
OK (Terus beredar dan kembali bersama kawan-kawannya).
Wawancara
selesai.
Perbandingan
respon kanak-kanak dengan teori Jean Piaget.
Menurut
teori Jean Piaget budak yang berumur 11-12 tahun berada dalam peringkat 4 iaitu
Operasi Formal. Budak yang saya wawancara memberi respon sesuai dengan teori perkembangan
akal Jean Piaget, sebab dia tahu berfikir secara abstrak apabila ditanya berdoa
itu berbual dengan TUHAN seperti berbual dengan kawan-kawannya.
Implikasi dalam
pelayanan kanak-kanak.
Guru
sekolah minggu boleh mengajar menggunakan pendekatan perumpamaan / abstrak yang
mudah sebab kanak-kanak berumur 11 tahun boleh memahaminya.
Dialog perbualan
kanak-kanak kedua berumur 11-12 tahun.
Seorang
budak perempuan, namanya Esther, budak ini saya kenal sebab anak kepada anggota
jemaat gereja kami, berumur 11 tahun, latarbelakang perbualan di halaman luar
gereja selepas habis kebaktian hari minggu.
Topik
Tentang
berdoa.
Saya:
Hai Esther! Boleh kita berbual sekejap?
Esther:
Boleh.
Saya;
Esther buat apa tadi?
Esther:
Dari sekolah minggu (Muka selamba).
Saya:
Apa kamu buat di sekolah minggu?
Esther:
Kami berlajar menyanyi, dengar firman TUHAN (Tidak bercakap banyak).
Saya:
Ada kamu berdoa?
Esther:
Ada.
Saya:
Ester pandai berdoa?
Esther:
Tersenyum dan tidak menjawab, tatapan mata tidak tetap.
Saya:
Mesti tidak pandai inikan?
Esther:
Kelihatan malu-malu, tidak menjawab.
Saya:
Cuba Esther bagi tau saya kenapa kita perlu berdoa?
Esther:
Supaya TUHAN sayang kita (Ringkas tapi kelihatan yakin).
Saya:
Pandai Esther. Kalau begitu mari kita berdoa.
Esther:
Boleh bah..
Saya:
AMIN (Doa kami selesai). Terima kasih Esther sebab sudi berbual dan berdoa
dengan saya. Sekarang Esther boleh pergi (Esther berjalan ke arah
kawan-kawannya).
Wawancara
selesai.
Perbandingan
respon kanak-kanak dengan teori Jean Piaget.
Menurut
teori Jean Piaget budak yang berumur 11 tahun berada dalam peringkat 4 iaitu Operasi
Formal. Budak yang saya wawancara memberi respon sesuai dengan teori perkembangan
akal Jean Piaget sebab dia tahu kenapa perlu berdoa.
Implikasi dalam
pelayanan kanak-kanak.
Guru
sekolah minggu boleh mengajar menggunakan pendekatan bertanya soalan yang
berbentuk soalan terbuka (Jawapan bukan YA atau TIDAK).
Dialog perbualan
kanak-kanak pertama berumur 8-9 tahun.
Seorang
budak lelaki, namanya Biren, budak ini saya kenal sebab anak kepada anggota
jemaat gereja kami, berumur 9 tahun, latarbelakang perbualan di halaman luar
gereja selepas habis kebaktian hari minggu.
Topik
Tentang
Tuhan Yesus
Saya:
Hai Biren! Apa kamu buat?
Biren:
Tiada, main-main (Jawapan selamba).
Saya:
Kamu tidak pergi sekolah minggu.
Biren:
Tidak, malas (Sambil tersenyum tidak berminat berbual dengan saya)
Saya:
Kenapa malas pergi sekolah minggu?
Biren:
Tidak tau…
Saya:
Di sekolah minggu Biren belajar tentang Tuhan Yesus. Biren pernah dengar Tuhan Yesus?
Biren:
Pernah.
Saya;
Bagus.. Biren bagi tahu saya siapa Tuhan Yesus?
Biren:
(Tersenyum, dengan muka yang agak tidak pasti) Tuhan Yesus itu Tuhanlah…
Saya:
Ok…Tuhan Yesus itu memang Tuhan. Biren tahu Tuhan Yesus suka berkawan dengan
kanak-kanak?
Biren:
Tidak (Muka yang kelihatan hairan).
Saya:
Tuhan Yesus memberkati dan sayang kanak-kanak, Dia juga sayang Biren.
Biren:
Tidak menjawab, matanya menatap saya.
Saya:
Kalau Biren pergi sekolah minggu nanti guru-guru mengajar tentang Tuhan Yesus.
Biren janji dengan saya minggu depan Biren pergi sekolah minggu.
Biren:
OK janji. Sambil tersenyum.
Saya:
Terima kasih Biren, sekarang Biren boleh pergi.
Biren:
Berjalan ke arah kawan-kawannya yang sedang bermain.
Wawancara
selesai.
Perbandingan
respon kanak-kanak dengan teori Jean Piaget.
Menurut
teori Jean Piaget budak yang berumur 9 tahun berada dalam peringkat 3 iaitu
Operasi Konkrit. Budak yang saya wawancara memberi respon sesuai dengan teori perkembangan
akal Jean Piaget, sebab boleh memberi jawapan siapa Tuhan Yesus walaupun sangat
terbatas jawapanya.
Implikasi dalam
pelayanan kanak-kanak.
Guru
sekolah minggu boleh mengajar menggunakan pendekatan bertanya soalan yang memerlukan
jawapan ringkas. Contoh siapa ibu Tuhan Yesus? Apa nama kampung Tuhan Yesus? Berapa
ramai murid Tuhan Yesus? dan sebagainya.
Dialog perbualan
kanak-kanak kedua berumur 8-9 tahun.
Seorang
budak perempuan, namanya Samantha, budak ini saya kenal sebab anak kepada
anggota jemaat gereja kami, berumur 8 tahun, latarbelakang perbuatan di halaman
luar gereja selepas habis kebaktian hari minggu.
Topik
Tentang
ibu
Saya:
Hai siapa nama kamu?
Samantha:
Samantha.
Saya:
Berapa umur kamu.
Samantha:
8 tahun (Sambil dia memandang kepada ibunya).
Saya:
Siapa ini? (Saya memandang ibu Samantaha).
Samantha:
Mama saya.
Saya:
Kamu sayang ibu?
Samantha:
Sayang.
Saya:
Kenapa kamu sayang ibu?
Samantha:
Tidak menjawab sambil memandang ibunya.
Saya:
Kalau saya ambil ibu kamu, kamu marah?
Samantha:
Tidak boleh ambil. Ibu saya ini.
Saya:
O..yakah..bah. Tuhan Yesus pun sayang Samantha sama macam sayang ibu Samantah.
Samatha tahu Tuhan Yesus sayang kamu?
Samantha:
Tidak menjawab (Mata memandang ke bawah)
Oleh
sebab ibu Samantha kelihatan bergegas mahu pulang, perbulan kami berhenti
sampai di sini saja.
Saya:
Terima kasih Samantha sebab sudi berbual dengan saya (Sambil saya tersenyum dan
memberi tanda terima kasih kepada ibu Samantha).
Samantha:
Pergi bersama ibunya.
Wawancara selesai.
Perbandingan
respon kanak-kanak dengan teori Jean Piaget.
Menurut
teori Jean Piaget budak yang berumur 8 tahun berada dalam peringkat 3 iaitu
Operasi Konkrit. Budak yang saya wawancara memberi respon sesuai dengan teori perkembangan
akal Jean Piaget, sebab boleh memberi jawapan sayang atau tidak ibunya dan tidak
mahu ibunya diambil. Budak itu memberi jawapan sesuai perkembangannya, jawapan
ringkas tetapi sesuai.
Implikasi dalam
pelayanan kanak-kanak.
Guru
sekolah minggu boleh mengajar menggunakan pendekatan bertanya soalan yang
memerlukan jawapan ringkas. Contoh kamu sayang ibu kamu? Kamu rajin tolong ibu
kemas rumah? Kamu suka menonton kartun? dan sebagainya.
Dialog perbualan
kanak-kanak pertama berumur 3-5 tahun.
Seorang
budak lelaki, namanya Owen, budak ini saya kenal sebab anak kepada anggota
jemaat gereja kami, berumur 4 tahun, latarbelakang perbualan di halaman luar
gereja selepas habis kebaktian hari minggu.
Topik
Tentang
bapa
Saya:
Hai siapa nama kamu?
Owen:
Owen.
Saya:
Mana bapa kamu?
Owen:
Sana rumah.
Saya:
Apa dia buat di rumah?
Owen:
Main telefon.
Saya:
O yakah (Saya tersenyum, dalam hati saya berkata terbongkar kerja bapanya yang
tidak sembayang sebab asik main telefon).
Saya:
Owen sayang bapa?
Owen:
Sayang.
Saya;
Kenapa Owen sayang?
Owen:
Dia beli mainan saya.
Saya:
Apa mainan dia beli?
Owen:
Kereta-kereta.
Saya:
Owen sayang Tuhan Yesus?
Owen:
Sayang bah..(Sambil menatap saya)
Saya:
Tuhan Yesus itu pun sayang kepada Owen, dia bagi apa saja yang Owen minta
termasuk mainan.
Owen:
Bagusnya (Muka yang gembira)
Saya:
Memang bagus, itu sebab kita datang ke gereja bertemu Tuhan Yesus.
Owen:
Tidak menjawab sambil memandang kepada saya.
Saya:
Ok Owen kita berjumpalah minggu depan. Bye.. (Sebenarnya saya yang kelangkabut
balik sebab ada perkara mahu dibuat).
Owen:
Bye..(Owen berlalu pergi sambil berlari-lari)
Perbandingan
respon kanak-kanak dengan teori Jean Piaget.
Menurut
teori Jean Piaget budak yang berumur 3 tahun berada dalam peringkat 2 iaitu
Pra-operasi. Budak yang saya wawancara memberi respon sesuai dengan teori perkembangan
akal Jean Piaget, sebab tahu bapanya berada di mana walaupun tidak kelihatan
pada masa itu, dia juga mula berfikir tentang kasih sayang, walaupun kasih
sayang bukan objek yang kelihatan.
Implikasi dalam
pelayanan kanak-kanak.
Guru
sekolah minggu boleh mengajar menggunakan pendekatan bertanya soalan yang
memerlukan jawapan ringkas. Contoh di mana bapa kamu sekarang? Apa kamu buat
sekarang? Kenapa kamu sayang bapa kamu? dan sebagainya.
Dialog perbualan
kanak-kanak kedua berumur 3-5 tahun.
Seorang
budak perempuan, namanya Jennie, budak ini saya kenal sebab anak kepada anggota
jemaat gereja kami, berumur 4 tahun, latarbelakang perbuatan di halaman luar
gereja selepas habis kebaktian hari minggu.
Topik
Tentang
bapa
Saya:
Hai Jennie, pergi mana itu?
Jennie:
Tiada (Muka malu-malu)
Saya:
Ada pergi sekolah minggu?
Jennie:
Ada tapi sekejap.
Saya:
Kenapa sekejap?
Jennie:
Tersenyum malu, tidak menjawab.
Saya:
Mesti mau bermain itukan?
Jennie:
Ya kami main jadi-jadi.
Saya:
Siap yang paling kuat lari?
Jennie:
Saya.
Saya:
Mana bapa kamu?
Jennie:
Tidak tau, dia jalan dengan kawan dia.
Saya:
Pergi mana?
Jennie:
Memancing.
Saya:
Macam mana kamu tau bapa kamu pergi memancing?
Jennie:
Dia bawa pancing dia.
Saya:
O..Kamu suka memancing?
Jennie:
Tidak tau.
Saya:
Bah nanti kita memancing kanak-kanak yang tidak pergi sekolah minggu.
Jennie:
Diam tidak faham apa yang saya cakap.
Saya:
Memancing kanak-kanak itu maksudnya mengajak kanak-kanak pergi sekolah minggu.
Jennie:
O..(Kelihatan masih tidak faham).
Saya:
Jennie mesti rajin pergi sekolah minggu sebab Tuhan Yesus datang dengan mata
pancing (Sambil saya tersenyum sebab saya tahu Jennie tidak faham maksud saya).
Jennie:
Tidak menjawab bahasa badan kelihatan tidak faham apa yang saya sedang cakap.
Saya:
Ok.. Jennie boleh bermain dengan kawan sekarang..Bye…
Jennie:
Bye..(Berlalu pergi dengan berjalan perlahan).
Perbandingan
respon kanak-kanak dengan teori Jean Piaget.
Menurut
teori Jean Piaget budak yang berumur 4 tahun berada dalam peringkat 2 iaitu
Pra-operasi. Budak yang saya wawancara memberi respon sesuai dengan teori Jean
Piaget, sebab boleh mengagak bapanya pergi memancing dengan mengaitkan membawa
joran dan memancing. Walaupun begitu fikiran abstrak yang kompleks masih belum
difahami sebab tidak dapat mengiatkan memancing dengan sekolah minggu, ini pun
sesuai dengan terori Jean Piaget.
Implikasi dalam
pelayanan kanak-kanak.
Guru
sekolah minggu boleh mengajar menggunakan pendekatan bertanya soalan yang
memerlukan jawapan ringkas, Contoh di mana bapa kamu sekarang? Bapa kamu buat
apa? Bapa kamu kerja apa? dan sebagainya.
SEKIAN.
Comments
Post a Comment