Pembentukan Teologi Malaysia
Aspek Ekonomi
Pengenalan
Kalau kita memperkatakan tentang
ekonomi banyak faktor yang menjadi isu yang berkaitan tentang ekonomi. Gereja
juga tidak dapat tidak perlu memainkan peranan sebagai intiti sosial dalam
sesebuah negara, sebagai agen perubahan landskap ekonomi.
Antara faktor yang menjadi isu dalam
ekonomi adalah kemiskinan, jurang pendapatan antara bandar dan luar bandar, kemudahan asa seperti jalanraya, bekalan
air dan elektrik, liputan internet dan sebagainya.
Apabila isu isu ekonomi tidak dapat
ditangani dengan bijak akan menyebabakan hidup rakyat akan terbelenggu.
Contohnya tiadanya kemudahan jalan raya, menyebabkan rakyat setempat tidak
dapat berhubung dengan dunia luar. Hidup mereka umpama terpenjara dan terpisah.
Definisi Ekonomi
Ekonomi berasal daripada perkataan
Greek/Yunani 'oikos' bermaksud 'rumah', 'nemo' bermaksud 'peraturan'. Secara
harafia ekonomi bermaksud 'mengurus rumah tangga'. Mengurus ekonomi seperti
mana kita mengurus rumah tangga. Bezanya
maksud ekonomi yang kita perkatakan adalah ekonomi negara Malaysia
keseluruhan iaitu ekonomi makro.
Faktor faktor yang menjadi isu dalam
ekonomi kalau tidak diurus dengan bijaksana akan memudaratkan rakyat. Kuasa
membeli lemah, peluang pekerjaan tidak mencukupi, lambakan bekalan dalam
pasaran, tawaran gaji yang rendah atau terlalu tinggi sehingga tidak mampu
diberikan, menyebabkan kebergantungan tenaga kerja dari luar yang
lebih murah.
Faktor Kepada Isu Ekonomi
Faktor luaran dan dalaman merupakan
faktor yang boleh menyebabakan isu ekonomi kepada individu dan masyarakat.
Sikap individu adalah faktor utama ekonomi seseorang
bermasalah. Seperti kisah 7 suku Isarel yang bermalas malasan merebut tanah
perjanjian, menyebabkan mereka tidak dapat menikmati hidup yang lebih selesa.
(Yosua 18:3). Kuncinya adalah jangan malas.
Faktor kedua ialah tidak berani
melakukan sesuatu yang baru, selesa dalam keadaannya walaupun hidup melarat,
tidak mahu memajukan diri sendiri dan lebih suka mengharap bantuan kerajaan
atau pihak ketiga.
Faktor ketiga ialah tidak ada sasaran
untuk memperbaiki keadaan ekonomi. Tidak penah menabur dan tidak mungkin akan
menuai. Sebab apa yang kita tabur itu yang kita tuai ( Galatia
6:7). Jadi paling tidak menaburlah sesuatu yang memberi manafaat kepada ekonomi
diri sendiri dan keluarga, esok lusa akan menuai hasil yang diharapakan.
Faktor luaran pula antaranya adalah
dasar kerajaan yang tidak adil kepada semua. Contoh kemudahan asas yang tidak
diberikan kepada kawasan tertentu sebab faktor geografi, politik dan populasi
penduduk. Biasanya kemudahan asas lebih tertumpu dikawsan bandar dan pinggir
bandar sebab populasi yang ramai berbanding di luar bandar. Faktor politik pula kawasan pembangkang
dipinggirkan.
Peranan Gereja
Seperti mana maksud ekonomi itu
sendiri iaitu mengurus rumah,
kunci
mengatasi masalah ekonomi adalah kebijiksanaan mengurus rumah
sendiri. Kalau kita mampu mengurus keperluan rumah tangga, kita sudah berjaya
mengurus masalah ekonomi. Jadi sangatlah perlu ada pengetahuan mengurus rumah
tangga yang boleh diajar oleh gereja kepada anggota jemaatnya. Supaya anggota
gereja dapat mengubah masalah menjadi peluang. Peluang memberitakan Injil,
pembangunan, kebajikan, pemuridan, hak-hak asasi dan kesejahteraan
bersama.
Yesaya 41:18 Aku akan membuat
sungai-sungai memancar di atas bukit-bukit yang gundul, dan membuat mata-mata
air ditengah dataran; Aku akan membuat padang gurun
menjadi telaga dan memancarkan air dari tanah kering.
Ayat ini memberi gambaran bahwa Allah
mampu mengubah keadaan yang menjadi lebih baik daripada sebelumnya. Begitu juga
tentang isu ekonomi yang kita hadapi, Allah mampu melakukan sesuatu yang terbaik dan
memerdekakan kita daripada belenggu isu isu ekonomi seperti kemiskinan.
Mengurus ekonomi bermula dari diri
kita sendiri, sisihkan sedikit sebagai simpanan, walaupun hanya sesen.
Berbelanja mengikut keperluan. Kemudian barulah berbelanja yang lain.
Berbelanja pun ikut kemampuan dan bukan keingin sehingga terjemak dengan
hutang.
Selain daripada itu tambahkan
kemahiran yang berkaitan dengan kehidupan sehari hari, contoh bertukang buat
rumah sendiri, buat perabot sendiri, membaiki paip bocor, menyelenggar kereta
dan sebagainya tidak perlu
membayar upah pekerja untuk penyelengaran atau membuat sesuatu yang asas. Gereja boleh menganjurkan
kursus kemahiran yang berkaitan, kepada anggota gereja dan
masyarakat umum.
Gereja juga boleh memikirkan inisiatiif menjana ekonomi anggota
jemaat dengan menghasilkan produk tertentu seperti kraftangan, pakian tradisi,
hiasan dan sebagainya.
Apabila ekonomi kita semakin
meningkat, kuasa beli kita pun meningkat dan kita tidak lagi terpenjara dalam
kemiskinan.
Gereja boleh menjadi jambatan menyampaikan
suara rakyat
kepada pemimpin politik berkaitan dengan isu isu ekonomi
rakyat. Gereja tidak hanya tertumpu dengan hal
hal 'latreia' dan mengabaikan tanggungjawab sosial.
Teologi Malaysia
Teologi Malaysia perlu memerhatikan
isu isu ekonomi dalam negara Malaysia, agar pelayanan kita secara holistik dan
inklusif kepada semua. Dengan
harapan memerdekakan rakyat daripada belenggu isu isu ekonomi.
Comments
Post a Comment