Kelas:
Pentateukh (3 jam kredit).
Nama
Pelajar: Manuel Bin Akiun.
Program:
Bachelors Divinity (BD)
Tarikh:
17/10/2020.
Pengajar:
Pdt. Kusam Yontok.
Tugasan: Kajian Eksegesis.
Teks
kajian: Ulangan 22:13-30
Pendahuluan
Perikop Ulangan
22:13-30 menceritakan tentang beberapa hukuman berkaitan dengan perlaku
seks dan perkawinan dikalangan umat Israel;
Ayat
13-21 tentang meragukan keperawanan isteri kalau tidak benar si suami harus
membayar seratus syikal perak kepada bapa gadis dan dihajar / dipukul oleh
tua-tua kota. Tetapi kalau benar si gadis tidak lagi perawan dia perlu dihukum
mati dengan cara dilempari batu oleh penduduk kota.
Ayat
22 tentang lelaki yang meniduri seorang perempuan yang mempunyai suami, kedua-duanya
harus dihukum mati.
Ayat
23-27 tentang lelaki yang meniduri perempuan di dalam kota yang sudah bertunang
kedua-dua harus dihukum mati dengan dilempari batu, sebab gadis itu tidak
menjerit ketika dia diperkosa. Tetapi kalau lelaki menidurinya ketika bertemu
di padang (tempat sunyi), lelaki itu sahaja yang harus dihukum mati sebab
walaupun perempuan itu menjerit tetapi tiada yang dapat mendengar dan menolong
dia ketika diperkosa.
Ayat
28-29 tentang lelaki yang meniduri gadis yang masih perawan kalau kedapatan
mereka perlu berkawin, lelaki itu pula perlu membayar lima puluh syikal perak
kepada bapa gadis itu.
Ayat
30 tentang tidak boleh mengambil isteri bapa sendiri (bapanya mempunyai lebih
daripada satu isteri) dan tidak boleh menyikap puncak kain bapa sendiri.
Latarbelakang
Perikop Ulangan
22:13-30 rentetan ucapan perpisahan Musa yang panjang lebar kepada umat
Israel sebelum mereka memasuki tanah Kanaan, ketika umat Israel berkemah di
dataran Moab (Ulangan 1:5) tempat
yang bernama Kadesh-Barnea (Ulangan 1:2)
sebelum umat Israel memasuki tanah Kanaan dibawah pimpinan Yosua (Yosua 1:1-3).
Musa
sekali lagi mengingatkan bangsa Israel tentang hukum-hukum yang pernah dia
sampaikan ketika mereka berada di gunung Sinai. Musa menggunakan gaya bahasa berkhutbah
/ homilitik supaya lebih menarik perhatian para pendengarnya.
Musa
memberi nafas baharu hukum-hukum yang telah diucapkannya TUHAN sendiri kepada
Musa kemudian Musa menyampaikan kepada umat Israel (Keluaran 20:19). Musa juga membaharui
janji yang telah dibuat di gunung Sinai (Ulangan
29:1) selepas empat puluh tahun. Bukan hukum baharu hanya gaya bahasa penyampaian
yang berbeza sesuai pendengar pada masa itu, mereka merupakan generasi baharu
menggantikan generasi yang pernah mendengar ucapan Musa di gunung Senai yang
telah meninggal selepas mengembara empat puluh tahun di padang gurun. Generasi
pertama yang keluar dari Mesir mereka semua mati kerana dihukum oleh TUHAN sebab
mempercayai hasutan sepuluh pengintai ketika mereka pulang daripada mengintai
negeri Kanaan, para pengintai itu mengatakan “… kita tidak dapat maju menyerang bangsa itu, kerana mereka lebih kuat daripada kita” (Bilangan
13:31). Sebab itu TUHAN tidak membenarkan generasi pertama yang berumur dua
puluh tahun keatas kecuali Yosua bin Nun dan Kaleb bin Yefune mereka berdua
termasuk kedua belas pengintai itu. Mereka berdua saja dibenarkan masuki tanah
Kanaan (Bilangan 13:29-30).
Selepas
empat puluh tahun generasi yang berumur dua puluh tahun keatas telah berlalu
kini generasi kedua yang belum mendengar atau belum memahami ucapan hukum
ketika di gunung Senai. Sebab itu Musa perlu mengulangi ucapan hukum dengan
cara yang berbeza walaupun hukum yang sama.
Dalam
perikop Ulangan 22:13-30 Musa mengembangkan
hukum “… Jangan Berzinah …” (Ulangan 5:18) salah satu yang disebut dalam “Kesepuluh
Friman” dengan membahas lebih dalam lagi tentang kesan dan hukuman orang
berzinah dikalangan bangsa Israel. Walupun “Sepuluh Firman” ringkas tetapi Musa
menguraikan hukum itu dengan sangat teliti dan panjang lebar.
Musa
tidak memberi hukum yang baharu tetapi menguraikannya dengan lebih dalam sesuai
konteks kehidupan orang Isarel. Sudah tentu konteks pada zaman kita berbeza dan
hukuman pun berbeza mengikut undang-undang negara masing-masing atau budaya
setempat. Bagi saya apa yang ditekankan oleh Musa ialah tentang larangan jangan
berzinah dan hapuskan perilaku dan pelaku zinah dalam masyarakat Israel. Begitu
juga dalam masyarakat kita zinah perlu dihapuskan.
Tuhan
Yesus sendiri mempunyai penjelasan tentang zinah, Dia mengatakan seseorang
telah pun berzinah apabila timbul niat dihati mengingini seseorang (Matius 5:28). Bolehkah zinah dihapuskan dalam masyarakat? Kalau mengikut
tafsiran zinah seperti yang dikatakan Tuhan Yesus memang susah kecuali orang
itu tidak ada lagi keinginan seks.
Walaupun
begitu kita perlu perhatikan konteks kata-kata Tuhan Yesus pada masa itu, mungkin
juga Tuhan Yesus sedang mengajar penguasa agama Yahudi yang menganggap mereka
benar dan tidak berdosa, dengan kata-kata itu, Tuhan Yesus memberi gambaran
bahawa mereka juga tidak terlepas daripada hukuman TUHAN kalau mereka tidak
bertaubat. Begitu juga dengan kita semua.
Musa
juga telah membahas pelbagai peraturan sebelum perikop ini, tentang cara
berpakian, seorang lelaki jangan memakai pakian perempuan (Ulangan 22:5). Musa mungkin sedang mengajar tentang menghormati
jantina yang TUHAN sudah berikan. Sebab TUHAN memang menciptakan laki-laki dan
perempuan (Kejadian 1:27). Atau
dengan kata mudah kalau lelaki biarlah jadi lelaki sejati dan kalau perempuan
biarlah perempuan sejati. Mungkin juga pada zaman itu sudah ada kecelaruan
identiti jantina seperti yang berlaku pada zaman kita. Lelaki menyerupai
perempuan dan perempuan menyerupai lelaki.
Tentang
anak atau telur burung, induk burung tidak boleh diambil hanya anak burung
boleh diambil (Ulangan 22: 6-7). Mungkin
bermaksud orang Isarel tidak boleh berlaku kejam kepada ciptaan yang lain dan
menjaga kelangsungan hidupan yang lain.
Tentang
mendirikan rumah, sotoh rumah (bumbung rumah yang rata) mestilah dipagari untuk
mengelakan orang terjatuh dan mati (Ulangan
22: 8). Musa mengajar tentang bahaya dan mengelakkan bahaya. Rupanya pada
zaman itu sudah bermula kesedaran tentang bahaya pada bangunan.
Tentang
kebun anggur Musa melarang menanam dua jenis benih (Ulangan 22:9). Mungkin Musa mengajar tentang menjaga keaslian
anggur atau juga simbolik larangan kawin campur dengan bangsa lain demi mengelakkan
iman tercemar dan kesetiaan berubah daripada Tuhan YAHWEH.
Tentang
larangan tidak menggunakan lembu dan keledai bersama-sama ketika membajak (Ulangan 22:10) mungkin ini pun simbolik
jangan bercampur-gaul dengan bangsa asing.
Tentang
larangan memakai pakaian yang dijahit dengan dua bahan yang berbeza (Ulangan 22:11). Sama juga mungkin
simbolik memelihara kekudusan umat TUHAN.
Tentang
menggunakan tali terbaik dijadikan tali pengikat tubuh (Ulangan 22:12). Mungkin maksud tali ini seperti tali pinggang,
supaya tidak mudah putus, untuk mengelak dipermalukan di tempat umum akibat
tali baju terputus dan terlihatlah badan seseorang. Tidak pasti konteks sebenar
yang dimaksudkan oleh Musa pada masa itu. Mungkin juga membahas tentang kualiti
pakian perlu dijaga. Dikatakan pakian dan kasut orang Israel tidak rosak selama empat puluh
tahun mereka mengembara di padang pasir (Ulangan
29:5). Kualit sangat bagus dan mukjizat TUHAN.
Tujuan
dan skop
Perikop ini sedikit sebanyak memberi panduan kepada umat
Israel cara menghukum pelaku zinah supaya zinah dihapuskan di dalam masyarakat
mereka apabila memasuki tanah Kanaan.
Selain daripada itu untuk mengajar tentang perkawinan itu
suci tidak boleh dicemari dengan perzinaan dan kebencian.
Ikatan perkawinan berlaku selama hidup lelaki dan
perempuan yang telah disatukan, tidak boleh dibatalkan setelah disatukan.
Menghormati bapa sendiri tidak boleh mencemarkan
kehidupan peribadi bapa dalam perkawinan dan perilaku moral.
Genre
Jenis genre untuk perikop Ulangan 22:13-30 ialah pidato atau khutbah / homilitik panjang
lebar daripada Musa. Ditulis dalam bentuk prosa. Tegas dan berterus terang.
Mungkin Musa sudah biasa dengan ketegasan Firaun dan para pengawainya ketika
Musa membesar di istana Firaun sehingga dia dewasa (Keluaran 2:11), sebelum dia melarikan diri dari Firaun (Keluaran 2:15).
Struktur
Ayat 13-21 membahas tentang tuduhan si suami menuduh
isterinya tidak ada lagi tanda-tanda keperawanan ketika diambil menjadi isteri.
Hukuman kepada si suami kalau tidak benar tuduhan kepada isteri dan hukuman
kepada isteri kalau benar dia bukan gadis perawan.
Ayat 22 membahas tentang orang yang berzinah dengan
isteri orang lain dan hukumannya.
Ayat 23-27 membahas tentang perzinaan dengan gadis yang
sudah bertunang di dalam kota dan di luar kota tempat yang sunyi dan
hukumannya.
Ayat 28-29 membahas tentang perzinaan antara lelaki dan
perempuan yang masih perawan kalau kedapatan apa hukumannya.
Ayat 30 membahas tentang larangan mengambil isteri ayah
sendiri dan tidak boleh menyingkap puncak kain bapa sendiri.
Tema-tema
Teologi
Allah
Allah menginginkan perkawinan yang suci bebas daripada
noda zinah dan kebencian. Allah menuntut pertanggungjawaban daripada laki-laki
dan perempuan yang melakukan hubungan seks, sama ada mereka boleh disatukan
menjadi suami isteri atau mereka dihukum mati. Nyawa mereka sendiri
dipertaruhkan.
Allah serius terhadap hubungan seks antara laki-laki dan
perempuan, tidak boleh dilakukan diluar perkawinan yang sah. Tiada kompromi
hukuman mati menanti si pelaku.
Menceraikan isteri tanpa alasan hanya kerana benci dan
tuduhan yang kurang senonoh tidak boleh dilakukan sebarangan. Allah menuntut pertanggungjawaban
dairpada si suami. Hukuman menanti tetapi bukan nyawa jadi taruhan untuk suami.
Allah menghukum setelah dibuktikan oleh manusia sendiri.
Seperti laki-laki yang menuduh isterinya tidak perawan lagi, Allah boleh saja
terus menghukum gadis yang tidak perawan tanpa perlu pembuktian oleh manusia.
Tetapi Allah tidak bertindak demikian. Allah menghukum menggunakan pembuktian
manusia sendiri menurut hukum yang Allah telah berikan iaitu “Jangan berzinah” (Keluaran 20:14).
Allah
berbelas kasihan tidak menghukum manusia yang tidak sepatutnya dihukum akibat
kesalahan orang lain. Seperti gadis yang diperkosa di tempat sunyi tidak
dihukum mati sebab gadis itu tidak dapat meminta tolong. Tuhan Yesus juga
berbelas kasihan kepada gadis yang melakukan zinah (Yohanes 8:11).
Allah menuntut anak-anak menghormati bapa mereka. Memberi
gambaran kita pun dituntut untuk menghormati Allah sebab Dia juga Bapa Surgawi
kita seperti yang diajarkan oleh Tuhan Yesus (Matius 6:9).
Perkawinan
Keperawanan
seorang gadis yang berkawin merupakan harga nyawanya, sebab sekiranya didapati
tidak lagi perawan ia akan dihukum mati dengan cara dilempari batu oleh
penduduk kota. Kita dapat bayangkan perkawinan pada zaman itu bukanlah perkara
mudah bagi seorang perempuan, ia umpama nyawa dihujung tanduk. Di satu sisi
kebahagiaan dan satu sisi lagi kematian.
Pada
zaman kita tidak mungkin cara menghukum seperti ini dilakukan sekiranya gadis
yang dikawini itu tidak lagi perawan. Mungkin sebab keperawanan tidak lagi
penting lagi dalam masyarakat kita. Keperawanan tidaklah memberi apa-apa nilai
tambah dalam perkawinan, kesetiaan kepada isteri dan suami itulah yang penting
dalam perkawinan. Ketabahan mengharungi hidup ketika dalam keadaan susah dan
senang, menjaga antara satu dengan, saling menghormati dan menghargai, menerima
seadanya dan saling mengampuni dan sebagainya merupakan kekuatan hubungan suami
isteri dalam perkawinan mereka bukan semata-mata keperawanan gadis yang
dikawini. Yusuf contoh lelaki yang tidak mahu menghukum gadis yang bukan saja
tidak perawan tetapi mengandung sebelum berkawin, Yusuf sama sekali tidak
berniat menghukum Maria tunangnya (Matius
1:18-19). Sebelulm diberi tahu oleh malaikat tentang kandungan Maria (Matius 1:20).
Konteks
zaman sekarang agak berlainan konteks zaman Musa yang kelihatannya lebih
menitik beratkan pelaksanaan hukum, seolah-olah manusia untuk hukum dan bukan
hukum untuk manusia. Inilah yang berlaku dalam masyarakat Israel sehingga pada
zaman Tuhan Yesus. Tuhan Yesus sendiri dituduhan melanggar hukum Sabat (Matius 12:1-7), belas kasihan, keadilan
dan kebajikan dilupakan, sebab pelaksanaan hukum yang dititik beratkan. Seperti
yang katakan oleh nabi Yesaya “belajarlah
berbuat baik; usahakanlah keadilan, kendalikanlah orang kejam; belalah hak
anak-anak yatim, perjuangkanlah perkara janda-janda!” (Yesaya 1:17).
Perkawinan
asal mulanya daripada TUHAN sendiri ketika Dia menciptakan manusia, Dia
menciptakan laki-laki dan perempuan kemudian diberi perintah untuk memenuhi
bumi dan beranak cucu (Kejadian 1:27-28).
Kemudian pada zaman Tuhan Yesus diteguhkan lagi bahwa suami dan isteri adalah
satu tubuh dan tidak boleh dipisahkan oleh manusia (Matius 19:5-6).
Dalam
upacara pemberkataan perkawinan dalam gereja ungkapan “hanya maut yang dapat
memisahkan” menjadi sumpah setia pasangan yang diberkati. Saya masih ingat
ketika kami diberkati ketika ungkapan “hanya maut yang dapat memisahkan” oleh
pendeta yang memberkati kami, saya sangat sebak, sebab sedar hanya kerana kasih
anugerah TUHAN yang telah menyatukan kami dan hanya TUHAN saja yang dapat
memishkan kami maksudnya kematian. Perkawinan suatu janji sehidup semati bagi
lelaki dan perempuan yang mahu disatukan dalam perkawinan.
Perkawinan
juga diumpamakan kedatangan Tuhan Yesus kedua kali, dikatakan perjamuan kawinan
itu “
… dihadiri himpunan orang banyak seperti desau air bah seperti deruh guruh yang
hebat ada sorak-sorai” (Wahyu 19:6-7).
Dikatakan juga “… berbahagia mereka yang
diundang ke perjamuan kawin Anak Domba…” (Wahyu 19:9).
Pengantin
perempuan ialah kota yang kudus Yerusalem yang turun dari Surga daripada TUHAN (Wahyu 21:9-10). Kota itu digambarkan
oleh Yohanes “Kota itu penuh kemuliaan
Allah dan cahayanya sama seperti permata yang paling indah, bagaikan permata
yaspis, jernih seperti Kristal” (Wahyu 21:11).
Siapakah
yang diundang dan dapat tinggal dalam kota yang kudus Yerusalem yang turun dari
Surga itu?“Tetapi tidak akan masuk ke
dalamnya sesuatu yang najis, atau oang yang melakukan kekejian atau dusta,
tetapi hanya mereka yang namanya tertulis di dalam kitab kehidupan Anak Domba
itu” (Wahyu 21:27). Versi Perjanjian Lama pula mereka yang dapat masuk kota
kudus Yerusalem ialah “… sebab tidak
seorang pun yang tak bersunat atau yang najis akan masuk lagi ke dalammu”
(Yesaya 52:1).
Perkawinan
dalam Alkitab boleh membawa maksud penyatuan lelaki dan perempuan secara sah
dan juga bersifat rohani yang membahas tentang kedatangan Tuhan Yesus kali kedua
sebagai mempelai laki-laki dan kota Yerusalem baharu kota yang kudus turun dari
Surga daripada TUHAN sendiri adalah mempelai perempuan.
Perzinaan
Menyebut saja pun sudah terbayang jijiknya perbuatan zinah.
Tetapi zinah jugalah yang selalu dilakukan oleh manusia sejak awal sejarah
manusia sampai hari ini. Musa berulang kali mengingatkan bangsa Israel untuk
menjauhi zinah dan menghapuskan perlakuan zinah dikalangan masyarakat Israel.
Mungkin Musa masih trauma mengenang peristiwa
ketika bangsa Israel terjebak dalam dosa melakukan zinah dengan perempuan Moab (Bilangan 25:1-18) yang akhirnya telah
mengorbankan dua puluh empat ribu orang akibat murka TUHAN (Bilangan 25:9). Agaknya lebih ramai lagi akan terkorban kalau
murka TUHAN tidak surut pada masa itu. Mujurlah Pinehas anak Eleazar anak imam
Harun telah menyurutkan murka TUHAN pada masa itu dengan membunuh pasangan yang
berzina orang Israel dan perempuan asing (Bilangan
25:7-11). Murka TUHAN surut ketika ada darah tercurah. Tipoligi darah Tuhan
Yesus yang menebus manusia dan diperdamaikan semula dengan Allah (Roma 3:24-25).
Dalam kepercayaan suku kaum Rungus sebelum mengenal
Kristus ada kepercayaan pencurahan darah binatang untuk menyejukkan kutuk dosa
perzinaan yang disebut “Sogit” menurut kepercayaan itu kalau “Sogit” tidak
dilakukan masyarakat akan jatuh sakit dan tanaman padi tidak menjadi. Ritual
mencurahkan darah korban binatang atas tanah “Sogit” akan menyejuk semula kepanasan
yang diakibatkan oleh zinah. Korban binatang tipologi Yesus Kristus sebagai
anak domba Allah (Yohanes 1:29).
Raja Daud sendiri pernah jatuh dalam perzinaan dengan isteri
askarnya sendiri (2 Samuel 11:1-4). Kalau raja Daud hidup
pada zaman Musa mungkin sudah lama dia dilempari batu. Walaupun begitu hukuman
TUHAN masih berlaku. TUHAN menghukum Daud dan keluarganya dengan akan ada
pertumpahan darah dikalangan anggota keluarga raja Daud sampai selamanya (2 Samuel 12:10). Absalom anak raja Daud
telah membunuh Amnon anak raja Daud (2
Samuel 13:29). Kemudian Absalom sendiri terbunuh ketika pemberontakannya
kepada raja Daud ayahnya sendiri (2
Samuel 18:17). Raja Salomo anak
raja Daud juga telah membunuh Adonia anak raja Daud (1 Raja-raja 2:24-25). Sekali
lagi zinah harganya nyawa manusia atau darah manusia sendiri.
Perzinaan membawa musibah kepada diri sendiri dan keluarga
malahan satu bangsa atau negara boleh terjembak musibah. Seperti yang berlaku
pada bangsa Israel dan keluarga raja Daud.
Perzinaan tidak mengira status sosial, boleh berlaku
kepada siapa sahaja. Para pemimpin gereja dan para pendeta pun boleh terjembak.
Kesanya sangat buruk, menghancurkan keharmonian keluarga dan terasing dalam
masyarakat sebab rasa malu yang bukan kepalang.
Perzinaan juga bukan semata-mata hubungan seks luar
pernikahan tetapi menyembah TUHAN lain selain YAHWEH juga merupakan perbuatan
zinah bagi bangsa Israel. Seperti yang digambarkan oleh TUHAN kepada nabi
Yehezkiel tentang dua adik beradik yang bernama Ohola dan Oholiba yang berzina.
Ohola ialah Samaria ibu kota kerajaan Israel dan Oholiba ialah Yerusalem ibu
kota kerajaan Yehuda (Yehezkiel 23:4)
TUHAN mengatakan Ohola adalah milik-Nya tetapi sangat
berahi kepada kekasih-kekasihnya orang Asyur, menajiskan dirinya dengan
berhala-hala kekasihnya, malahan ketika berada di Mesir pada masa mudanya pun
sudah menjadi sundal (Yehezkiel 23:5-8).
Walaupun Oholiba melihat perbuatan zinah dan persundalan
kakaknya Ohola dia tidak menjauhkan perbuatan itu, malahan dia lebih berahi dan
persundalannya melebihi kakaknya Ohola (Yehezkiel
23:11).
Bagi TUHAN menyembah tuhan yang lain sama dengan perbuatan
zinah dan persundalan, sangat jijik di mata TUHAN. Sebab itu kedua-dua kota dan
kerajaan milik TUHAN telah diserahkan kepada musuh dan dimusnahkan, kerajaan
Yehuda dimusnahkan oleh orang Kasdim (2
Raja-raja 25:8-11) dan kerajaan Israel dimusnahkan oleh Asyur (2 Raja-raja 17:6).
Sebenarnya bukan saja bangsa Israel yang telah jatuh
dalam dosa menyembah tuhan yang lain selain YAHWEH tetapi semua bangsa di dunia
dan patut dihukum mati oleh TUHAN.
Bukan
saja yang telah melakukan zinah secara seks luar perkawinan tetapi semua orang
yang pernah memandang perempuan atau laki-laki dan timbul berahi dalam hatinya itu
pun sudah berzinah (Matius 5: 27-28).
Sebab itu semua orang telah berbuat zinah dan patut dihukum mati.
Ketika
Tuhan Yesus berhadapan dengan perempuan yang kedapatan berbuat zinah dan
didesak untuk melempari batu kepada perempuan itu Dia tidak melakukan, Tuhan
Yesus berkata “…Barangsiapa di antara
kamu tidak berdosa, hendaklah ia yang pertama melemparkan batu kepada perempuan ini” (Yohanes 8:7). Tetapi tidak
seorang pun yang berani melempari batu
kepada perempuan itu, kemudian Tuhan Yesus berkata kepada perempuan itu “… Aku pun tidak menghukum engkau. Pergilah,
dan jangan berbuat dosa lagi mulai dari sekarang” (Yohanes 8:11).
Tuhan
Yesus datang untuk menyelesaikan masalah dosa termasuk dosa perzinaan dikalangan orang Yahudi dan manusia sejagat,
tidak mungkin manusia terlepas daripada hukuman dosa dan dosa perzinaan. Semua
orang telah berbuat dosa dan di bawah kuasa dosa tidak ada seorang pun yang
benar (Roma 3:9-12).
Sebab
itu kita memerlukan belas kasih Tuhan Yesus supaya menebus kita daripada dosa dan
termasuk dosa perzinaan. Tuhan Yesus telah pun menyelesaikan masalah dosa
manusia di kayu salib (Yohanes 19:30).
Tinggal lagi manusia bertaubat dengan menerima penebusan yang Tuhan Yesus sudah
sediakan.
Bukan
itu saja Tuhan Yesus telah memberikan Roh Kudus kepada kita untuk mengajar dan
mengingatkan kita tentang ajaran ajaran Tuhan Yesus (Yohanes 14:26). Roh Kudus juga memberi kita keinginan dan fikiran
yang menurut fikiran dan keingnan Roh (Roma
8:4) Semua orang yang dipimpin oleh Roh adalah anak Allah (Roma 8:14). Kita tidak lagi dalam
hukuman sebab kita di dalam Yesus Kristus (Roma
8:1). Begitulah cara Tuhan Yesus menyelesaikan masalah dosa termasuk dosa zinah
dalam diri manusia sejagat.
Kehormatan
bapa
Dalam masyarakat Rungus ada satu istelah yang disebut
“Kovusung” bermaksud hukuman seseorang kerana melihat kemaluan ibu atau bapanya
sendiri secara sengaja atau tidak sengaja atau seseorang menyebut nama ibu
mertua atau bapa mertua atau mengawini seseorang yang berstatus makciknya. “Kovusung”
boleh menyebabkan seseorang jatuh sakit atau usahanya seperti membuka ladang,
kebun, ternak dan sebagainya tidak menjadi.
Musa juga memberi
peringatan tentang menjaga kehormatan bapa sendiri supaya anak-anak tidak
dijatuhkan hukuman seperti yang disebut dalam Imamat 20:11 “Bila seorang laki-laki tidur dengan seorang isteri
ayahnya, jadi ia melanggar hak ayahnya, pastilah keduanya dihukum mati, dan
darah mereka tertimpa kepada mereka
sendiri” dan dalam Ulangan 27: 20
“Terkutulah orang yang tidur dengan isteri ayahnya, sebab ia telah menyingkap punca kain ayahnya. Dan seluruh
bangsa itu haruslah berkata: Amin!”.
Musa berulang
kali mengingatkan bangsa Israel untuk menjaga kehormatan ayah sendiri, supaya mereka
tidak dikutuk. Seperti yang terjadi dengan Ruben anak Yakub, apabila dia
meniduri gundik ayahnya (Kejadian 35:22)
hak kesulungan telah diambil daripadanya (Kejadian
49:3-4). Begitu juga yang berlaku kepada anak bongsu Nuh yang bernama Ham
yang melihat aurat ayahnya ketika Nuh mabuk, Ham tidak menutup aurat ayahnya
malahan menceritakan kepada kedua abangnya (Kejadian
9:21-22). Setelah Nuh sedar dari mabuk dia mengutuk anaknya sendiri dan
juga cucunya sendiri anak Ham (Kejadian
9:25).
Begitulah dahsyatnya hukuman kepada anak yang tidak
menjaga kehormatan bapanya, boleh hilang hak kesulungan dan keturunanya
dikutuk. Sebab itu Musa berulang kali mengingatkan umat Israel supaya menjaga
kehormatan ayah sendiri.
Seperti dalam budaya suku kaum Rungus seseorang yang
tidak menjaga kehormatan ayahnya atau ibunya atau ibu mertua dan bapa mertua boleh
jadi terkutuk / “Ovusung”. Walaupun suku kaum Rungus telah menjadi Kristian
budaya menjaga kehormatan ibubapa dan ibubapa mertua masih dijaga. Semasa
upacara perkawinan dalam suku kaum Rungus ada upacara “Lumoput” tujuan upacara
ini untuk memperkenalkan menantu kepada ibu dan bapa mertua serta adik beradik
dan sepupuh dekat ibu dan bapa mertua dengan cara mengucapakan kata “Ivan”
kepada mereka ketika menghulurkan hadiah atau bekas sirih kepada mereka.
Selepas itu menantu tersebut tidak boleh menyebut nama mereka tetapi menggunakan
kata ganti nama “Ivan” atau nama lain tetapi bukan nama sebenar. Sebab kalau
menantu menyebut seberangan nama mertua “Kovusung”.
Sebenarnya
apa yang ditekan dalam adat “Kovusung” agar menghormati ibu dan bapa mertua.
Tidaklah sampai dikutuk atau jatuh sakit kalau melanggarnya.
Ini kisah benar, seorang Cina berkawin dengan gadis
Rungus, kebetulan saya panggil dia untuk membuat baik pulih rumah kawan saya di
Kota Kinabalu. Cerita punya cerita rupanya isterinya orang Rungus Kudat dan
berhampiran dengan kampung saya. Saya pun mahu tahu juga siapa bapa isteri
orang Cina. Saya tanya dia siapa nama bapa isterinya. Dia cakap “tidak boleh
sebut”, saya cakap “kita berdua saja di sini tiada orang lain”. Tetapi dia
tetap tidak cakap, saya suruh dia tulis di atas kertas, itu pun dia tidak mahu.
Mungkin dia takut “Ovusung”. Saya pun faham juga budaya orang Cina sangat takut
dengan kutukan. Seperti takut dengan nombor empat, tengok saja bangunan atau
apa saja milik mereka tidak akan ditulis nombor “4”. Sebab takut dengan
kutukan. Mungkin lebih kuang ketakutan bangsa Yahudi menyebut YAHWEH dan
masyarakat Kristian Eropah terhadap nombor “666”
Menghormati ibubapa dan ibubapa mertua perubatan yang
mulia, pada padangan tradisi kebanyakan masyarakat dunia dan juga Alkitab
sendiri. Lebih-lebih lagi masyarakat Kristian betapa penting menghormati
ibubapa dan ibubapa mertua, bukan takut kutukan tetapi untuk membuktikan kita
adalah peribadi yang telah mendapat keselamatan dan beriman kepada Tuhan Yesus.
Sikap menghormati dan menghargai orang lain apa lagi ibubapa sendiri dan
ibubapa mertua, sebab perbuatan seseorang membuktikan iman seseorang (Yakobus 2:18).
Penutup
Menjauhi zinah dan berkawin secara sah merupakan kesakian
hidup yang menjadi kekuatan seorang Kristian. Menjadi pemimpin atau pelayanan
di gereja pun kesaksian perkawinan dan tingkalau seks menjadi keutamaan (1 Timotius 3:2), walaupun ada cacat
celah di sisi lain.
Rasul
Paulus dalam suratnya berulang kali membahas tentang perlaku seks dan
perkawinan kepada jemaat pada masa itu. Salah satu pandangan rasul Paulus “… suami harus mengasihi isterinya sama
seperti tubuhnya sendiri: Siapa yang mengasihi isterinya mengasihi dirinya
sendiri” (Efesus 5:28). “Hai isteri-isteri, tunduklah kepada suamimu,
sebagaimana seharusnya di dalam Tuhan” (Kolose 3:18). Alkitab mengajar bahawa
perkawinan bukan hanya memuaskan keinginan seks atau menutup perlakuan zinah
tetapi perlu saling mengasihi selama hidup pasangan yang berkawin.
Kesimpulan
Laki-laki dan perempuan yang telah disatukan oleh TUHAN
tidak boleh dipisahkan oleh manusia (Markus
10:9), kecuali sebab ada perlakuan zinah pasangan masing-masing (Matius 5:32).
Jauhi zinah seks dan zinah penyembahan kepada tuhan yang
lain sebab boleh menyebabkan kita dihukum oleh TUHAN. SEKIAN.
Comments
Post a Comment