Subjek:
Surat-surat Paulus 3 jam kredit.
Nama
Pelajar: Manuel Bin Akiun.
Tarikh:
27/6/2020.
Pengajar:
Martina Usor.
Tugasan: Pertanyaan Berdasarkan Nota Kuliah Surat
Roma.
1. Paulus menggunakan sifat berdosa dalam dunia
(1:18-32). Apakah gambaran-gambaran tentang manusia yang berdosa yang sukar dan
senang diterima dalam budaya anda hari ini? Kenapa?
Paulus mengambar manusia berdosa seperti berikut (Roma
1:18-32), menggenal Allah tetapi tidak memuliakan Allah atau mengucap syukur
kepada-Nya (ayat 21).
Mereka seolah-olah mempunyai hikmat tetapi sebenarnya
bodoh, mereka menggantikan kemuliaan Allah dengan imej burung-burung,
binatang-binatang berkaki empat atau binatang menjalar. Mereka menggantikan
kebenaran Allah dengan dusta dan memuja dan menyembah makhluk lain yang dicipta
oleh Allah (ayat 22-25).
Moral yang sangat memalukan, berhubungan seks dengan
bukan isteri, melakukan kemesuman, laki-laki dengan laki-laki. Memikirkan
perkara yang terkutuk dan tidak sepatutnya (ayat 26-28).
Hati yang penuh kelaliman, kejahatan, keserakahan, busuk,
dengki , pembunuh, perselisihan, tipu muslihat dan kefasikan. Pengumpat,
pemfitnah, pembenci Allah, kasar /kurang ajar. Sombong, tidak taat kepada
ibubapa, tidak setia, tidak penyayang dan tidak berbelas kasihan (ayat 29-31).
Mereka mengetahui perubatan itu tidak wajar tetapi mereka
melakukan dan mewajarkan perilaku sedemikian (ayat 32).
Gambaran manusia berdosa yang sukar diterima dalam budaya
masyarakat tempatan seperti hubungan seks sesama jenis, hubungan seks dengan
bukan isteri sendiri, pembunuhan dan penyembahan kepada imej binatang. Mungkin
latarbelakang masyarat tempatan yang mempunyai adat moral yang sangat ketat
yang sudah berakar dalam fikiran sejak dari nenek moyang sehinggalah hari ini.
Sedikit sebanyak banyak membantu pembentukan moral menolak dosa seperti itu di
kalangan anggota jemaat yang ada sekarang. Boleh dikatakan dosa seperti itu agak
terpencil atau mungkin tidak ada. Begitu juga menyembah imej binatang tidak ada
sebab tidak pernah ada kisah penyembahan seumpama itu diamalkan sejak dari
agama lama. Membunuh juga tidak diterima sama sekali, sejak dari dulu sampai
hari ini. Seingat saya tidak pernah berlaku pembunuhan dikalangan masyarakat
tempatan.
Gambaran manusia berdosa yang mudah diterima dan masih
dilakukan dalam masyarakat Kristian tempatan hari ini seperti busuk hati,
dengki, perselisihan, tipu muslihat, pengumpat, pemfitnah, kasar /kurang ajar,
sombong, tidak taat kepada ibubapa, tidak setia, tidak penyayang. Tidak pasti kenapa
masih berlaku, mungkin dipelajari dari ibubapa atau rakan rakan di sekolah,
kolej, universiti, di tempat kerja dan sebagainya. Mungkin juga pengaruh
politik yang tidak sihat, mencari kesalahan pihak lawan supaya sokongan berpihak
padanya. Paling membimbangkan sikap tersebut masih lagi dilakukan oleh para
pemimpin gereja sendiri, apabila ada
pemilihan kepimpinan. Mungkin tanpa sedar saya sendiri pun terikut sama
mengumpat. Saya perlu banyak berdoa untuk hal ini supaya tidak terjurumus
dengan sifat manusia berdosa seperti yang disebut Paulus.
2.
Senaraikan dan jelaskan apakah
perdebatan teologi yang terdapat di dalam Roma 1-8 dan topik-topik penting yang
dijaawab oleh Paulus dalam Roma 9-11.
Persoalan teologi injil adalah kekuatan Allah (Roma
1:16-17). Injil adalah kekuatan Allah yang menyelamatkan setiap orang yang
percaya, pertama-tama orang Yahudi, tetapi juga orang Yunani (Roma 1:16).
Paulus menjelaskan bahawa melalui Injil semua orang berpeluang diselamatkan,
kalau mereka percaya kepada khabar Injil itu. Walapun manusia berterusan
melakukan berdosa tetapi Allah tetap bersabar supaya manusia ada peluang untuk
bertaubat (Roma 1: 4). Itulah keadilan Allah untuk semua orang sebelum Dia
menghukum manusia (Roma 1:1). Mungkin Paulus sedang menjawab persoalan dan
perdebatan tentang apa gunanya Injil itu disebar luaskan, atau apa maksud Injil
yang sedang disampaikan oleh Paulus.
Persoalan teologi manusia dibenarkan kerana Iman (Roma
3:21-31). Persoalan teologi paling mengegar dunia pada zaman itu. Bagi Paulus
Taurat sama sekali tidak dapat membenarkan orang Yahudi dihadapan Allah, Taurat
hanya membuatkan orang Yahudi mengenal dosa (Roma 3:20). Iman yang dimaksudkan
oleh Paulus adalah percaya bahwa Kristus Yesus ditentukan Allah sebagi jalan perdamaian
oleh darah-Nya, mati untuk menebus manusia daripada hukuman dosa (Roma 3:25).
Walaupun begitu iman tidak membatalkan Taurat tetapi meneguhkan Taurat (Roma
3:31), maksudnya orang Yahudi yang mengamalkan Taurat serta beriman kepada Yesus
Kristus ia sebenarnya diteguhkan amalan Taurat mereka. Mungkin Paulus sedang
menjawab persoalan dan perdebatan orang Yahudi tentang Taurat dan Injil. Ramai
yang mengatakan untuk mendapat keselamatan perlu melakukan Taurat.
Persoalan teologi mati dan bangkit dengan Kristus (Roma
6: 1-14). Ramai yang hanya mahu membaca fasal 3-5 teologi pembenaran Paulus,
tetapi fasal 6 biasanya diabaikan. Seseorang yang sudah dibenarkan kerana iman
mesti memperlihatkan sifat baru mereka iaitu sifat Kristus dalam hidup mereka,
bukan sebaliknya sesuka hati melakukan dosa kerana berfikir dibenarkan kerana
iman dan bukan perbuatan (Roma 6: 1). Bagi Paulus babtisan yang diterima dalam
nama Tuhan Yesus membawa maksud seseorang telah bersatu dengan Kristus dalam
kematian dan kebangkitan. Dalam kematian maksudnya sifat manusia berdosa telah
dimatikan. Kemudian dibangkitkan semula bersama Kristus bermaksud telah menjadi
manusia baru yang memilik sifat Kristus (Roma 6: 4-22). Babtisan bukan sekadar
menyebut nama Tuhan Yesus tetapi diterjemahkan dalam kehidupan seseoarang. Mungkin
Paulus sedang menjawab persoalan dan perdebatan tentang seseorang boleh
melakukan apa sahaja sebab dia sudah dibenarkan oleh iman dan bukan melakukan
ketaat kepada hukum Allah. Atau dengan kata lain cukup ada iman tidak perlu ada
perbuatan yang baik dan mungkin juga Paulus sedang menjawab persoalan dan
perdebatan tentang maksud babtisan.
Persoalan teologi hidup oleh Roh (Roma 8: 1-17). Memilik
sifat baru yang serupa dengan Kristus tidak berakhir disitu saja, tetapi Paulus
memperkenalkan lagi teologi hidup dalam Roh. Paulus membahas bahawa hidup dalam
Roh membolehkan seseorang dimerdekan daripada hukuman dosa, sebab itu Paulus
mengatakan tiada lagi penghukuman bagi mereka yang ada di dalam Kristus Yesus
(Roma 8:1) kerana telah memilik Roh dan hidup dalam Roh, tidak lagi hidup
menurut keinginan daging (Roma 8: 3). Mungkin Paulus sedang menjawab persoalan
dan perdebatan tentang maksud hidup dalam Roh dan hidup dalam daging.
Sangatlah
tidak adil kalau hanya membaca “...tidak
ada penghukuman bagi mereka yang ada
di dalam Kristus Yesus.” (Roma 8:1) kalau tidak membaca ayat seterusnya.
Mungkin sebab inilah ramai orang Kristian terus menerus melakukan dosa kerana membaca Roma 8:1 sahaja.
Tanpa sedar mereka sedang hidup dalam daging,
sebab mereka yang masih hidup dalam daging menentang/perseteruan dengan kehendak
Allah (Roma 8:7) mereka tidak mungkin berkenan kepada Allah (Roma 8:8). Sepatutnya
kita yang beriman kepada Yesus Kristus memiliki Roh Kristus dan hidup dalam
Roh, Roh yang kita miliki itulah yang membenarkan dan memberi hidupan kepada
kita (Roma 8:10). Mungkin Paulus menjawab persoalan dan perdebatan tentang
keyakinan bahawa tiada lagi penghukuman dalam Kristus.
Roh
itu jugalah yang memimpin kita dan mengajar kita memanggil Allah adalah Bapa
kita, kita pun menjadi anak anak Allah (Roma 8: 14-16). Menjadikan kita ahli
waris yang berhak menerima janji-janji Allah bersama dengan Kristus (Roma 8:
17). Mungkin Paulus menjawab persoalan dan perdebatan maksud memanggil Allah adalah
Bapa kita.
Persoalan
teologi Israel diselamatkan kerana keturunan Abraham (Roma 9:1-33). Oleh sebab
kebanyakan orang Israel menolak Yesus bagaimanakah mereka diselamatkan? Adakah
Allah telah memungkiri kata-kata-Nya sendiri bahwa “…Israel ialah anak-Ku, anak-Ku yang sulung;” Keluaran 4:22. Tetapi
firman Allah tidak mungkin gagal, walupun begitu bagi Paulus bukan semua orang
yang berasal dari Israel adalah orang Israel (Roma 9: 6) dan bukan semua
terhitung keturunan Abraham adalah anak Abraham sebab hanya yang berasal dari
Ishak saja yang disebut keturunan Abraham (Roma 9: 7, bandingkan dengan
Kejadian 21:12). Abraham mempunyai anak-anak yang lain tetapi anak itu bukan anak
yang dijanjikan oleh Allah kepada Abraham, maksudnya bukan anak-anak menurut keinginan
daging adalah anak-anak Allah, tetapi anak yang dijanjian (Roma 9: 7-8). Mungkin
Paulus menjawab persoalan dan perdebatan tentang semua orang Israel adalah
keturunan Abraham.
SEKIAN.
Comments
Post a Comment