Subjek
: Surat-surat Paulus 3 jam kredit.
Nama
Pelajar: Manuel Bin Akiun.
Tarikh:
20/6/2020.
Pengajar:
Martina Usor.
Tugasan: Ulasan pembacaan buku Dr. Daniel Gloor “Tujuh
Surat Paulus”. Tentang isi kandungan dan ajaran-ajaran utama yang disampaikan. 3-5
muka surat.
________________________________________________________________________
Pengenalan
Buku Tujuh Surat Paulus ditulis oleh Dr. Daniel Gloor
mengandungi 168 muka surat. Membahas tujuh surat yang tidak dipertikaikan
kepenulisan Paulus untuk surat surat tersebut. Surat pertama Tesalonika, surat
pertama dan kedua Korintus, Galatia, Roma, Filipi dan Filemon. Tumpuan utama
buku memberi penerangan sebanyak mungkin tentang latarbelakang sejarah ketujuh
tujuh surat. Buku ini sangat sesuai sebagai bahan menambah pengetahuan
berkenaan keadaan jemaat yang menerima surat surat Paulus. Stuktur penulisan
yang seragam untuk semua surat, memudahkan pembaca menghayati idea penulis.
Penulis juga membahasa persoalan teologi Paulus dalam
setiap surat kecuali surat Filemon. Bagi saya pembahasan perosalan teologi
sangat menarik perhatian dan menjadi tarikan buku ini dan mungkin boleh
dikembangkan lagi.
Isi
kandungan dan ajaran utama surat pertama Tesalonika.
Pembukaan (1:1-10) menerangkan siapa penerima dan ucapan
syukur Paulus.
Cara hidup Paulus di Tesalonika (2:1-12). Bekerja siang
dan malam mencukupkan biaya penginjilan.
Ucapan syukur Paulus terhadap kesetian jemaat Tesalonika
(2:13-16). Ucapan syukur kerana orang Tesalonika menerima Injil.
Misi Timotius (2:17-3:13), Paulus mengutus Timotius ke
Tesalonika untuk menguatkan hati dan menasihatkan iman jemaat Tesalonika.
Perintah untuk menjadi suci (4:1-8), hidup bekenan kepada
Allah, menjauhi percabulan, memiliki isteri yang sah, tidak hidup dalam keinginan
hawa nafsu, memperlakukan saudara dengan baik tidak memperdayakannya dan
menjauhkan kecemaran.
Kasih
terhadap terhadap saudara-saudara (4: 9-12). Paulus mengesa jemaat Tesalonika
supaya lebih bersungguh-sungguh mengasihi.
Penyelamatan untuk orang-orang mati dan hidup (4:13-18)
Paulus mengajar bahawa orang yang telah mati ada harapan, mereka akan
dibangkitkan semula bersama Kristus pada hari kedatangan Tuhan Yesus
(parousia).
Perintah untuk berjaga-jaga terhadapa kedatangan Tuhan
(5:1-11). Hidup dengan berbajuzirahkan iman dan kasih dan berketopongkan
pengharapan keselamatan. Cara hidup yang saling mengalakkan antara satu denga
yang lain.
Penutup (5:12-28). Beberapa gesaan secara rambang (hidup
dalam damai dan bersukacita sentiasa), ucapan damai sejahatera, permintaan doa,
ucapan selamat dan berkat.
Isi
kandungan dan ajaran utama surat pertama Korintus.
Pembukaan (1:1-9). Menerangkan siapa penerima surat dan
ucapan syukur Paulus
Perpecahan-perpecahan dalam Jemaah (1:10-4:21) jemaat
Korintus terbahagi kepada empat kumpulan. Paulus mengajar mereka semua satu
dalam tubuh Kristus, tidak boleh terpecah pecah.
Hikmat Allah dan hikmat dunia (1:18-2:16). Bagi hikmat
dunia pemberitaan Injil adalah suatu kebodohan tetapi bagi hikmat Allah Injil telah
menyelamatkan orang yang percaya Injil.
Pelayanan rasul-rasul (4:1-21). Para rasul umpama telah
dijatuhkan hukuman mati sebab memberitakan Injil. Dihina, lemah, lapar, haus,
dimaki, dianiaya dan hidup dalam kekurangan.
Kehidupan moral (5:1-6:20). Paulus menegur perbuatan
sumbang muhrim, pelacuran dan tindakan penyelesaian perselisihan dikalangan
anggota jemaat.
Ajaran tentang perkawinan (7:1-24) berkawin atau tidak
bukan persoalan tetapi menghindari perzinaan melalui hubungan yang sah dalam
perkawinan.
Persembahan berhala (8:1-11:1). Boleh atau tidak makan
makanan yang telah dipersembahkan kepada berhala? Sekali lagi bukan soal boleh
atau tidak tetapi tentang iman seseorang perlu dijaga, jangan sampai orang
kehilangan iman sebab makanan.
Ketertiban dalam ibadah (11:2-14:40). Hiasan dan
tingkalaku kaum wanita dalam ibadah, sikap terhadap Perjamuan Kudus dan
karunia-karunia rohani perlu dijaga ketertibannya supaya tidak mengganggu dan
boleh membangun iman jemaat, pentingnya kasih dalam jemaat.
Penutup (16:1-24), Paulus menghimbau tentang sumbangan
kewangaan untuk jemaat Yerusalem, Rancangan lawatan ke Korintus, tentang
pelayanan Apolos, Paulus memaklumkan Apolos belum lagi mahu berkunjung ke
jemaat Korintus. Nasihat yang terakhir berjaga jaga dalam iman dan melakukan
dengan kasih. Ucapan selamat dan berkat.
Isi
kandungan dan ajaran utama surat pertama Korintus.
Pembukaan (1:1-2:13), menerangkan siapa penerima surat,
ucapan berkat dan laporan peribadi
tentang penderitaan Paulus dan rakan rakan di Asia Kecil.
Hujah
pembelaan pelayanan Paulus dan nasihat nasihat (Fasal 2- fasal 6 dan fasal 10
dan 11):
1.
Pelayanan untuk kemuliaan Allah, pelayanan dalam penderitaan, pelayanan sebagai
perdamaian dan kemuliaan.
2. Amaran terhadap orang yang tidak percaya (6:14-7:4)
Jangan menjadi pasangan suami isteri yang tidak siiman.
3. Berdamai dengan Jemaah di Korintus (7:5-16) Paulus
mendapat khabar gembira dari Titus tentang jemaat di Korintus telah berdamai
dengan Paulus semula.
Bantuan kewangan untuk jemaat di Yerusalem (8:1-24) Ia
adalah pelayanan kasih.
Penutup, Paulus bercadangan akan membuat lawatan ketiga
kepada jemaat Korintus (12:14-13:10). Gesaan (13:11), ucapan selamat dan berkat
(13:12-13).
Isi
kandungan dan ajaran utama surat Galatia.
Pembukaan (1;1-10), menerangkan siapa penerima surat
Galatia dan alasan surat ditulis.
Laporan
riwayat hidup Paulus, membahas tentang kemerdekaan Injil dan kerasulannya
(1:11-2:21);
1.
Asal Injil yang diterima Paulus
(1:11-2:21), merupakan penyataan terus daripada Yesus Kristus.
2.
Paulus sebagai seorang Farisi (1:13-14).
3.
Panggilan dan pengutusan Paulus
(1:15-16a), dipilih sejak dalam kandungan ibunya oleh kasih karunia Allah.
4.
Misi Paulus ke tanah Arab (1:16b-17).
5.
Lawatan Paulus yang pertama ke Yerusalem
(1:18-20).
6.
Misi Paulus ke Syria dan Kilikia (1:
21-24).
7.
Lawatan Paulus yang kedua ke Yerusalem
dan menghadiri persidangan (2:11-14).
8.
Pertikaian antara Paulus dengan Petrus
di Antiokia (2:11-14).
Paulus
membahas iman dan kitab Taurat.
1.
Pembenaran melalui iman (2:15-21).
2.
Iman dan kitab Taurat (3:1-5:1).
3.
Perbandingan di antara Roh Kudus dan
daging (3:1-5).
4.
Tentang Abraham (3:6-18), dibenarkan
kerana percaya.
5.
Kemerdekaan di bawah pemimpinan Roh
Kudus.
Penutup,
gesaan (6:1-17) dan berkat (6:18).
Isi
kandungan dan ajaran utama surat Roma.
Pembukaan
(1:1-15) menerangkan siapa penerima surat Roma dan ucapan syukur.
Teologi
Pembenaran (Fasal 1 sehingga fasal 11).
1.
Injil adalah kuasa pembenaran Allah
(1:16-17)
2.
Kemurkaan Allah (1:18-3:20).
3.
Kemurkaan Allah terhadap orang-orang
kafir (1:18-32).
4.
Kemurkaan Allah terhadap orang-orang
Yahudi (2:1-3:8).
5.
Kemurkaan Allah terhadap manusia
(3:9-20).
6.
Penyataan pembenaran Allah (3:21-4:25).
7.
Penyataan kebenaran Allah dalam Yesus
Kristus (3:21-4:25).
8.
Abraham adalah bukti pembenaran alkitab
(4:1-25).
9.
Pelepasan daripada kuasa kematian dan
dosa (5:1-21, 6:1-23).
10.
Pelepasan daripada perhambaan di bawah
kitab Taurat (7:1-25).
11.
Pelepasan anak-anak Allah yang dalam
kuasa Roh (8:1-39).
12.
Masa depan Isarel (9:1-11:36).
13.
Misteri keselamatan (11:1-36).
Kesan
pembenaran Allah untuk kehidupan orang Kristian (fasal 12 sehingga fasal 15).
1.
Dalam kehidupan harian orang Kristian
(12:1-13:14).
2.
Pembaharuan hidup orang Kristian
(12:1-2).
3.
Orang Kristian dan pihak berkuasa
kerajaan (13:1-7).
4.
Etika kehidupan Kristian bersifat
eskatologi (13: 11-14).
5.
‘Orang lemah’ dan ‘orang yang kuat’
dalam umat Kristian (14:1-15:13).
Penutup
(15:14-16:24). Rancangan perjalan Paulus ke Roma, dorongan. Catatan tambahan
Paulus menyebut tentang dasar tulisannya. Senarai ucapan selamat yang panjang
kepada nama nama yang disebut dan pujian.
Isikandungan
dan ajaran utama surat Filipi
Pembukaan
(1:1-11), menerangkan siapa penerima surat dan ucapan syukur.
Kesan pemenjaraan Paulus (1:12-26).
1.
Pengisytiharan Injil (1:12-14).
2.
Ada golongan yang memberitakan Injil
untuk kepentingan sendiri (1:15-18a).
3.
Bagi Paulus mati dan hidupnya dia dalam
penjara demi kepentingan Injil (1:18b-26).
Kesatuan
Jemaah (1:27-2:18)
1.
Gesaan-gesaan 1(1:27-30), 2(2:1-5) dan 3
(2:12-18). Hidup berpadanan dengan Injil, satu roh sehati dan sejiwa.
Menganggap orang lain lebih utama daripada diri sendiri.
2.
Syair mengenai Kristus (2:6-11), Kristus
mengosongkan diriNya, taat sampai mati di kayu salib.
Keadaan
Timotius dan Epafroditus (2: 19-30). Paulus akan mengutus Timotius ke jemaat
Filipi dan Epafroditus pula diutus oleh jemaat Filipi untuk membantu Paulus.
Guru-guru
Palsu (3:1-4 :1). Paulus menyebut mereka adalah anjing-anjing, pekerja-pekerja
yang jahat dan penyunat-penyunat palsu (3:2), Paulus tidak berbangga dengan
latarbelakang Yahudinya (3:4-14). Paulus mengesa agar jemaat Filipi
mencontohinya (3:15-4:1) memberitakan Injil bukan kepentingan peribadi atau
mengharap balasan.
Penutup
(4:2-23), gesaan-gesaan (4:2-9) Saling menolong dalam pelayanan, jangan kuatir
tentang apa juga cabaran yang mendatang, tetap dalam doa dan bersuka-cita sebab
hari Tuhan sudah dekat. Arahkan fikiran tentang yang benar, mulia, adil,
kesucian, manis didengar dan kebajikan.
Isikandungan
dan ajaran utama surat Filemon
Pembukaan
(1-7), menerangkan siapa penerima dan ucapan syukur Paulus
Rayuan
bagi pihak Onesimus (8-21) agar Filemon menerima dan mengampuni hambanya yang
bernama Onesimus.
Penutup (22-25),
rancangan Paulus ingin melawat di rumah Filemon, ucapan selamat dan ucapan
berkat.
Comments
Post a Comment