Subjek: Pelayanan Dewasa (2 jam kredit).
Pengajar: Joy Saik Oy Mooi (Phd).
Pelajar: Manuel Akiun
Tarikh: 4hb Februari
sehingga 5hb Mei 2020
Tugasan: Refleksi peribadi Perjalanan Kedewasaan Anda.
Pengenalan
Saya
dilahirkan pada tahun 1974 di daerah Kudat dalam keluarga Kristian aliran
Lutheran, nama gereja kami Gereja Protestan di Sabah (PCS).
Teori
Daniel Levinson.
Pada
masa itu tiada kelas pra sekolah atau tadika. Terus masuk darjah satu apabila
berumur masuk 7 tahun. Saya mula masuk darjah satu pada tahun 1981, saya masih
ingat hari pertama persekolahan, didaftarkan oleh bapa saya di salah satu
sekolah di daerah Kudat, kami berjalan kaki bersama sama orang kampung yang
lain yang membawa anak mereka ke sekolah.
Saya langsung tidak
teruja memulakan hari pertama persekolahan. Perasaan malu menyelubungi diri saya,
malu dan takut berjumpa dengan budak budak dari kampung lain, sampai saja di
sekolah mahu balik sahaja rasanya.
Setelah
didaftarkan saya pun dibawa oleh guru ke kelas diiringi oleh bapa saya sambil saya
memegang tangan bapa saya. Agak ramai juga murid dalam kelas kami lebih kurang
30 orang. Saya duduk tertunduk malu seolah oleh semua murid memerhatikan saya.
Hari
kedua persekolahan saya tidak mahu ke sekolah. Ibu saya sangat marah, tetapi
bapa saya yang meredahkan keadaan, dia cakap “tidak apalah nanti tahun depan
barulah kamu bersekolah, nanti bapa sekolahkan kamu di sekolah lain yang tidak
ramai murid”
Tahun depan itulah yang
berlaku, saya bersekolah di sekolah lain dengan murid yang tidak ramai, dalam
kelas kami lebih kurang 10 orang sahaja. Saya sangat gembira, tidak malu, tidak
takut dan ada keyakinan diri.
Apa
yang sedang berlaku dengan saya, mengikut teori Daniel Levinson saya sedang
mengalami masa stabil iaitu sebelum memulakan persekolahan. Saya sangat gembira
berada di rumah (kami tinggal di rumah panjang pada masa itu), setiap hari
bermain dengan kawan kawan, kadang kadang dari pagi sampai kepetang bermain,
tidak ingat pulang untuk makan. Kami bermain di sungai, di ladang padi huma, di
kebun, di hutan dan makan apa saja untuk menghilangkan rasa lapar.
Masa
transisi saya apabila mula bersekolah, perubahan baru dalam hidup, rutin
berubah, kawan kawan baru, suasana baru. Cubaan pertama saya gagal pada tahun
pertama memulakan persekolah. Saya hanya mula bersekolah pada usia 8 tahun,
bersama dengan budak budak yang berumur 7 tahun.
Masa
perubahan saya apabila mula bersekolah diusia 8 tahun di sekolah lain, saya
mula menerima persekitaran baharu dan kawan kawan baharu, intah macam mana saya
sangat serasai dengan sekolah baharu dan kawan kawan baharu, mungkin usia sudah
meningkat satu tahun dan saiz badan saya lebih besar daripada murid lain sebab
saya tua setahun daripada mereka, mungkin juga bilangan murid yang tidak ramai lebih
mudah bergaul dan lebih fokus.
Saya
kembali lagi kestabilan setelah serasi dengan sekolah baharu dan kawan kawan baharu.
Keluarga kami pun berpindah di kampung baharu berdekatan dengan sekolah itu,
sebab bapa saya tidak mahu saya jauh berjalan kaki ke sekolah.
Model
Susan Withbourne (Assimilasi dan akomodasi)
Masuk
zaman remaja ketika berada di sekolah menengah, pada tahun 1998 umur saya pada
masa itu masuk 14 tahun. Berubah lagi suasana kehidupan, syukur pada masa itu
saya ada sepupuh yang sebaya dan dua tahun tua daripada saya yang menjadi kawan
selepas masa sekolah.
Saya bersekolah menengah
di bandar Kudat, menyewa rumah bersama dengan pelajar yang lain. Rumah sewa
kami masih ada sampai hari ini. Cabaran pelajar pada masa itu ialah
perbelanjaan untuk membeli makan dan minum, buku buku rujukan, sewa rumah dan
keperluan yang lain. Ramai juga pelajar yang tidak habis belajar sehingga
tingkat 5 sebab masalah kewangan. Pada masa telah menjadi kebiasan pelajar
berhenti sekolah dan balik kampung.
Kehidupan miskin dan pengaruh kehidupan bebas
tanpa bersekolah menjadi penyumbang kenapa ramai pelajar berhenti sekolah. Malahan
ada ibubapa yang mengambil anak mereka balik kampung, sebab bagi mereka
cukuplah pandai membaca dan menulis nama sendiri. Kehidupan di kampung sudah
cukup menyara hidup anak dan masa depan mereka.
Menurut
teori Suzan Withbourne saya boleh berassimilasi atau pun berakomodasi dengan
persekitaran. Kalau berassimilasi saya ikut saja kelaziman kawan kawan pelajar pada
masa itu, berhenti sekolah dan balik kampung, hidup berpoya poya, merokok dan
minum minuman keras dan kawin. Ada sepupuh satu kali saya yang seumur dengan
saya dia pun tidak habis tingkatan lima, berhenti sekolah dan kawin pada usia
16 tahun, ada juga kawan saya di tingkat 2 yang berhenti sekolah dan kawin. Pada
usia 30an sudah ada cucu sebab anaknya pun awal kawin.
Fikiran orang kampung
pada masa itu kebanyakanya berfikir untuk kawin dan mengusahakan kebun atau
ladang padi huma atau sawah padi yang penting cukup makanan tidak perlu
mengubah kehidupan supaya yang lebih maju.
Saya
tidak berassimilari cara kehidupan pada zaman itu. Sebaliknya saya
berakomodasi. Tidak lari dari kenyataan tetapi tidak mengikuti kebiasaan pada
masa itu. Bukan saya saja tetapi ramai juga berbuat demikian. Meneruskan
persekolahan sehingga habis tingkat 5 dan masuk universiti atau maktab
perguruan, kolej perubatan, maktab polis dan sebagainya.
Syukur keputusan SPM saya cukup cukup melayakan
saya masuk di kolej separa perubatan yang ditaja oleh Kementerian Kesihatan
Malaysia di Hospital Besar Kuala Lumpur pada tahun 1996. Pada masa itu belum
ada kolej perubatan (Kampus yang menempatkan para pelajar di satu tempat luar
dari hospital). Syukur sekali lagi sebab saya berjaya menamatkan pengajian dan
layak untuk dilantik kejawatan di bidang perubatan sebagai Jurupulih Perubatan
Carakerja (Occupational Therapist) sehinggalah hari ini. Begitulah saya
berakomodasi dengan persekitaran yang tidak mengalakan untuk memajukan diri.
Teori
Jack Mezirow
Masuk
alam pekerjaan tidak dapat dinafikan sangat menyeronokkan, sebab ada gaji yang
lebih daripada cukup untuk menyarah hidup sendiri. Walaupun begitu
tanggungjawab untuk menolong ibu bapa di kampung dan adik - adik yang masih
bersekolah perlu juga difikirkan, mahu tidak mahu perlu juga mengirim wang
setiap bulan kepada mereka.
Budaya
menyara keluarga dan adik beradik sangat kuat sehingga hari ini di Malaysia
terutama suku peribumi. Ada ibu bapa yang terang terangan mengatakan kepada
anak sulung mereka “kalau kamu sudah kerja kamulah yang memberi belanja kepada
adik - adik kamu” pada hal ibubapa tersebut masih kuat dan sihat. Ada juga yang
menyerahkan anak mereka kepada saudara terdekat untuk tinggal bersama mereka
dan ditanggung belanja persekolahan.
Bagi
saya inilah masalah paling besar dalam hidup saya. Tahun kedua bekerja saya pun
kawin sebab saya fikir inilah cara membina hidup sendiri, saya tidak tunggu sehingga
empat orang adik saya habis belajar. Bagi saya itu buang masa.
Masuk
alam perkawinan ada anak dan pada masa yang sama saya masih memberi belanja kepada
empat orang adik yang berlajar di kolej, bayangkan empat orang, seorang RM200
atau lebih, lebih kurang dalam RM900 juga setiap bulan itu belum termasuk
membeli laptop tiket kapal terbang dan perbelanjaan lain. Agaknya bila saya
boleh bernafas?
Menurut
teori Jack Mezirow orang dewasa belajar melalui 10 peringkat. Peringkat pertama
ketika menghadapi situasi yang tidak menyenangkan, seperti yang saya alami perlu menyarah persekolahan empat orang adik
sehingga di peringakat kolej. Peringkat kedua merasa sangat terbeban dan
merasakan tidak adil bagi saya.
Peringkat ketiga,
apabila saya mula berfikir secara matang dan melihat dari pelbagi sudut. Saya
mula berfikir kalau bukan saya siapa lagi, sebab keluarga saya tanggungjawab
saya. Bersyukurlah sebab saya masih diberi kemampuan dari segi wang dan kesihatan
untuk menjadi berkat kepada empat orang adik saya.
Peringkat
keempat berkongsi pengalaman, sekarang saya sedang berkongsi dalam tugasan ini
dan juga kepada kawan kawan yang sebaya melalui kisah yang sama apabila
berkumpul bersama.
Peingkat
lima membuat pilihan pilihan, sebenarnya saya tidak ada pilihan, mahu tidak
mahu saya perlu lakukan hanya sikap saja ada pilihan sama ada positif atau
negatif Akhirnya saya bersikap positif dengan menerima kenyataan dan percaya kepada
berkat TUHAN tidak akan habis (Matius 6:25-34).
Peringkat
6,7 dan 8 iaitu dapat keyakina baru, dapat merancang dan mengambil tindakan
baru. Saya terus bekerja seperti biasa, rajin dan konsisten, menyelesaikan
semua tugas dan arahan daripada pihak atasan, tanpa merungut. Dalam tempoh 10
tahun yang sukar itu saya telah dinaikkan pangkat sebanyak dua kali dan sekali
mendapat anugerah khidmat cemerlang, gaji saya telah dinaikan, dapatlah saya
menampung perbelanjaan bulanan yang banyk komitmen. Saya anggap itulah cara
TUHAN menolong supaya dapat memberkati empat orang adik saya.
Peringkat
9 dan 10. Dapat menstruktur kehidupan baru dan diterima dalam masyarakat.
Syukur saya dapat lalui masa sukar itu dan belajar bersabar, bertanggungjawab,
fokus dan banyak lagi, menjadikan saya lebih matang. Kini boleh hidup dengan
gembira dalam masyarakat, bekerja dan melayani dan boleh lagi mengikuti kelas
di seminari secara sambilan.
Teori
Jane Loevinger
Tahun
ini genap umur saya 46 tahun, syukur masih mampu meneruskan kehidupan,
menjalani hidup umpama naik tangga mahu tidak mahu perlu dan dipaksa melangkah
untuk mencapai tujuan. Saya setuju dengan teori Jane Loevinger, kedewasaan tidak
ditentukan oleh umur kronologi tetapi kedewasaan dibentuk oleh ‘ego’. Bukan
semua orang dewasa mencapai peringkat lapan yang boleh berdamai dengan diri
sendiri dengan orang lain dan kepada TUHAN.
Walaupun
begitu saya berpendapat setiap peringkat yang telah dilalui tidak ditinggalkan begitu
saja ia akan kekal dalam diri orang dewasa walaupun dia sudah mencapai
peringkat lapan sebab tanpa sedar itulah yang membentuk keperibadian seseorang.
Walaupun begitu orang dewasa tersebut boleh mengawal diri dan mampu
memposisikan dirinya untuk kebahagian diri, keluarga dan dengan masyarakat. Dia
juga tidak lagi terus menerus menyalahkan TUHAN tetapi boleh bersyukur dan
menikmati hidup yang dia ada.
Sekiranya semua naluri daripada
peringkat 1-7 hilang saya fikir orang dewasa itu dalam keadaan tidak berupaya
lagi, perlu pertolongan orang lain. Saya sendiri mengaku sudah berada
diperingkat 7-8 tetapi masih ada naluri
peringakat 1-7 secara terkawal dan secara harmoni.
Penutup
Bagi
saya kehidupan orang dewasa ditentukan oleh kesihatan fizikal, jiwa dan rohani.
Semua teori yang memperkatakan tentang orang dewasa boleh dicapai kalau memilik
kesihatan yang cukup. Contohnya pendemik Covid-19 kita tidak boleh keluar
rumah. saya sendiri dan ramai rakan - rakan sekerja di bidang perubatan
menjalani saringan Covid-19 dan kami terpaksa dikuarantin selama 14 hari sambil
menunggu keputusan saringan. Bagaimana kembangkan kedewasaan kalau terkurang
dalam rumah?
Apa lagi kalau
terlantar sakit sudah tentu tidak mampu mengembangkan kedewasaan. Syukur saya
masih sihat dan boleh mengembangkan kedewasaan secara sihat. Keputusan saringan
Covid-19 pun negatif j(16.5.2020).
Tidak perlulah
bertindak sangat berlainan dengan orang lain bagi saya cukuplah kita sihat dan
bahagia dengan apa yang kita lakukan.
Walaupun begitu perlu
juga ada keinginan dalam hidup, sebab itulah yang menjadikan siapa dan di mana
kita berada sekarang. Tiada yang berlaku secara kebetulan semua dipengaruhi
oleh keinginan masing - masing.
Saya percaya apa yang
akan berlaku dalam masa sepuluh atau dua puluh tahun akan datang ada kena
mengena dengan keinginan - keinginan kita sendiri. Saya pun masih menaruh
keinginan untuk diraih pada masa akan datang, salah satunya menulis buku.
Mungkin buku pertama saya akan dibukukan pada tahun depan berbentuk buku
renungan harian Kristian (Untuk simpan sendiri) saya sedang mengumpul bahan
sejak tahun 2018, bulan Jun 2020 sudah cukup bahan tinggal lagi diperbaiki.
Selain daripada itu
membuka resort untuk keluarga, itu pun sedang diusahakan, tanah sudah tersedia
tinggal lagi diusahkan. Sekarang sedang mengumpul duit dan sedang membuat
sesuai kemampuan semasa. Dalam perkiraan
saya apabila bersara dalam kerajaan akan diushakan secara penuh masa, sambil
sambil menikmati usia senja. Semoga manjadi kenyataan.
Sekali lagi sekiranya
ada kesihatan fizikal, jiwa dan rohani kemungkin untuk berjaya adalah sangat tinggi.
Tidak lupa juga dalam bidang teologi saya masih berharap boleh belajar selama yang boleh. SEKIAN.
Comments
Post a Comment