Subjek : Kepimpinan dan pengurusan gereja
(2 jam kredit).
Nama
Pelajar: Manuel Bin Akiun.
Program : Bachelors Divinity (BD)
Tarikh : 23/9/2020.
Pengajar : Pdt Francis Danil.
Tugasan menyiapkan markalah: Bincangkan ideologi
kepimpinan dan pengurusan gereja anda.
Pendahuluan
Ideologi menurut
Kamus Dewan Bahasa bermaksud; fahaman, ajaran dan dicita-citakan. Gereja juga
mempunyai ideologi tersendiri dalam kepimpinan dan pengurusan gereja. Secara
keseluruhannya ideologi wujudnya gereja untuk mendirikan kerajaan Allah di
dunia, supaya semua manusia boleh dijangkau oleh Injil (Pendapat peribadi).
Identiti
Diri.
Bagaimana anggota jemaat mengidentitikan dirinya dalam
gereja menentukan pembawaannya dalam gereja. Adakah dia benar-benar sudah percaya
kepada Yesus Kristus (Yohanes 3:16)? Adakah dia sudah yakin tidak akan terpisah
daripada kasih Kristus, walaupun ada waktu tertentu jatuh dalam dosa (Roma
8:38-39? Atau adakah dia yakin bahwa telah diberi hak sebagai anak-anak Allah
sebab percaya kepada Yesus Kristus (Yohanes 1:12) atau adakah dia percaya iman
kepada Yesus Kristus menyelamatkan dia dari hukum dan bukan perbuataan baiknya
(Roma 3:28) dan banyak lagi kebenaran perlu ditahui dan diyakini oleh anggota jemaat
dan para pemimpin gereja. Supaya mereka ada suka-cita melayani, bermotivasi,
kreatif dan sebagainya. Untuk mencapai idea tersebut pendidikan teologi perlu
selain khutbah hari minggu, perlu juga ada seminar atau kelas tertentu. Gereja
kami telah memulakannya dengan mengadakan bengkel atau seminar secara berkala.
Kita
Milik Kristus
Masih
ramai anggota jemaat membandingkan dirinya dengan kehidupan dan kejayaan orang
yang tidak beriman kepada Yesus Kristus. Mempersoalkan kenapa dia tidak sekaya,
berpengaruh atau berkuasa seperti mereka. Akhirnya dia meninggalkan iman dan
hidup mengejar kemewahan, pangkat dan kuasa sepanjang hidup. Sebab itu gereja
sekali lagi perlu mengajar tentang kehidupan orang percaya dan orang dunia
memang berbeza. Kemewahan, kuasa dan pangkat tidak semestinya dalam bentuk yang
dunia tawarkan. Walaupun ada orang Kristian yang kaya, berkuasa dan berpangaruh,
tetapi itu untuk kebaikan dan manafaat bersama. Ideologi kita adalah milik
Kristus perlu diterapkan dalam jemaat dengan mengadakan seminar, bengkel atau
kursus dari masa kesemasa, kami sudah mula melakukannya.
Rasa
Kepemilikan.
Gereja yang matang boleh dilihat dengan tingginya rasa
kepemilikan oleh anggota jemaatnya. Seperti rasa kepemilikan terhadap rumah
kita sendiri, tidak perlu orang lain mengarah kita agar melakukan sesuatu
tetapi inisiatif.
Bagaimana
cara kami memupuk rasa kepemilikan anggota jemaat, sudah tentu bermula daripada
pemimpin dan cara pengurusan gereja. Hubungan yang erat dengan anggota jemaat,
tanpa menghalang kerinduan angota jemaat untuk terlibat dalam pelayanan,
memberi sumbangan, memberi idea, diberi peluang terlibat dalam membuat
keputusan walaupun dia bukan ahli jawatan kuasa dan berkongsi dengan anggota
jemaat rancangan gereja pada masa akan datang.
Aktiviti
seperti bergotong-royong, makan bersama, berkelah dan sebagainya boleh juga
membantu memupuk rasa kepemilikan.
Memberi
Dengan Suka-cita (2 Korintus 9:7)
Memberi
dengan suka-cita bermaksud bukan dipaksa, bukan diugut atau rasa bersalah kalau
tidak memberi, bukan dipengaruhi dan sebagainya. Sekali lagi pemimpin memainkan
peranan penting untuk mewujudkan iklim memberi dengan suka-cita. Kami sebagai
pemimpin jemaat tidak pernah mengesah anggota jemaat memberi lebih daripada
wang persembahan biasa semasa kebaktian umum. Setiap kali ada aktiviti
pembangunan kami tidak meminta sumbangan tetapi melaporkan dengan jelas berapa
lagi baki wang gereja selepas membuat pembelian. Biasanya ada saja anggota
jemaat yang memberi sumbangan untuk aktiviti tersebut, penerimaan wang persembahan
juga ada peningkatan. Sebaliknya kalau gereja tidak ada aktiviti penerimaan
wang persembahan pun statik atau berkurangan.
Jemaat
Yakin Pengurusan Wang Gereja.
Bukan asing
cerita pemimpin mengelapkan wang gereja sehingga menyebabkan kemunduran gereja
berkenaan. Semua gereja terdedah dengan pengurusan kewangan yang bermasalah.
Insiatif gereja kami untuk mengurangkan pengelapan wang dengan berusaha memberi
laporan kedudukan kewangan semasa setiap minggu dan setiap bulan laporan kedudukan
kewangan keseluruhan. Kelihatan amat berkesan kepada anggota jemaat, tiada lagi
yang khabar berlega di kalangan anggota jemaat mempersoalkan aliran wang
gereja.
Meningkatkan Ekonomi
Selain gereja mengajar tentang harta surgawai, harta
duniawi perlu juga diajar demi
kelangsungan hidup anggota jemaat. Kami berusaha memberi pengetahuan dan
kesedaran tentang penerokaan sumber baharu, kemahiran baharu, mencipta sesuatu
yang baharu dan sebagainya. Menggalakan pemikiran anggota jemaat berkembangan
dengan memberi pendedahan melalui kursus, seminar, bengkel dan sebagainya. Suasana
perkampung sendiri boleh dimajukan supaya menjadi tarikan orang luar untuk
berkunjung sekiranya ada sesuatu yang menarik perhatian, seperti yang sedang
kami usahakan aktiviti hiking, memancing dan rumah panjang tradisi. Tahun lepas
kami telah diwawancara oleh RTM untuk rancangan Penorama.
Kebenaran,
Keadilan dan Kejujuran
Ideologi kepimpinan dan pengurusan gereja kami berpaksikan
kepada ajaran Alkitab antaranya tentang kebenaran, keadilan dan kejujuran
(Amsal 1:3). Apa saja yang kita lakukan untuk gereja mesti jujur, adil dan
benar menurut kebenaran Alkitab bukan sebab terpaksa atau dipaksa atau takut
hukuman Tuhan. Sebab kami percaya apa yang kita tabur itu juga yang kita tuai
(Galatia 6:7). Menabur dengan kebenaran menuai kebenaran, menabur keadilan
menuai keadilan dan menabur kejujuran menuai kejujuran.
Kesimpulan
Banyak lagi ideologi kepimpinan yang telah kami buat dan
sedang kami rancang. Gereja tidak boleh ketandusan idea apa lagi kalau sampai tiada
aktiviti selain mengadakan kebaktian umum hari minggu. Walaupun begitu perlu
kita ingat gereja milik Kristus dan untuk Kristus, apa saja idea yang muncul
semuanya demi kemulian Kristus. Sebab
segala sesuatu adalah dari Dia, dan oleh Dia, dan kepada Dia: Bagi Dialah kemuliaan sampai selama-lamanya (Roma 11:36)
SEKIAN.
Comments
Post a Comment