Subjek
: Kepimpinan dan pengurusan gereja (2 jam kredit).
Nama
Pelajar: Manuel Bin Akiun.
Program:
Bachelors Divinity (BD)
Tarikh:
15/9/2020.
Pengajar:
Pdt Francis Danil.
Tugasan: Laporan pembacaan buku.
Pendahuluan
Saya membaca buku Kevin G. Harney dan Bob Bouwer (2011) yang
bertajuk The Uturn Church. Mempunyai
204 muka surat, dibahagikan kepada tiga bahagian dalam setiap bahagian
mempunyai beberapa bab. Penulis berkongsi pengalaman mereka ketika menjadi
gembala gereja di Amerika Syarikat.
Penulis membuka persoalan dengan pertanyaan apakah yang anda
lakukan sekiranya anda menyedari tersesat jalan? Sudah tentu membuat pusingan
balik (Uturn) supaya boleh kembali kejalan sebenar. Gereja setempat juga perlu
segera melakukan pusingan balik sekiranya menyedari telah tersalah jalan.
Gereja setempat mungkin telah tersalah jalan apabila
tidak lagi berjalan atas kebenaran firman Tuhan dan mula merasakan gereja
adalah milik perseorangan bukan lagi milik Kristus.
Bahagian
pertama
Memulihkan pujian dan penyembahan kepada Bapa, Anak dan Roh
Kudus dalam gereja. Menanam sikap kesegeraan (urgency) dalam melakukan sesuatu
untuk gereja. Visi gereja yang jelas dan difahami oleh gembala, pemimpin,
pelayan dan anggota jemaat. Semua aktiviti gereja untuk mencapai visi tersebut.
Percaya kepada kuasa doa. Berdoa secara teratur dan tetap sama ada bersua muka
dan atas talian. Ada pasukan pendoa.
Bahagian
Kedua
Alkitab adalah
rujukan untuk semua kegiatan gereja dan rujukan secara peribadi para pemimpin
gereja. Pembaharuan dalam penggunaan muzik disesuaikan dari masa kesemasa.
Dekorasi luar dan dalam gereja perlu diambil perhatian supaya menarik dan
mengujakan. Latihan (Biblical) berterusan dalam gereja untuk anggota jemaat dan
para pelayan dan para pemimpin. Menyelesaikan konflik secara bersua muka tanpa
rasa bersalah. Jalur kepimpinan yang jelas elak pertindihan tugas dan
tanggungjawab. Pengurusan harta dan kewangan gereja yang teratur dan tulus.
Mengharapkan sesuatu di luar jangkauan kewangan dan kemampuan semasa gereja. Program
pelayanan menjangkau sejauh yang boleh. Ada hubungan yang mendalam dalam gereja
supaya tiada yang merasa tersisi. Tidak takut mengambil risko membawa gereja
maju setapak lagi. Bekerja, berkomunikasi dan meraihkan setiap kejayaan.
Menghargai kesaksian anggota jemaat sebagai suatu kekuatan gereja. Sentiasa
mencapai sesuatu sehingga orang berkata WOW luar biasa!
Bahagian
Ketiga
Sekali kali jangan akhiri perjalanan gereja anda, bawa
gereja anda terus berkembang, tidak
salah membuka cawangan gereja baru serata tempat. Dana sentiasa ada bila kita
memerlukannya percayalah gereja milik Kristus yang kaya bukan milik manusia yang
miskin.
Kesimpulan
Buku yang mudah difahami, idea yang sangat praktikal.
Saya sangat diberkati. Sekian.
Comments
Post a Comment