Kelas: Pejanjina Lama 2 (3 jam kredit).

Nama Pelajar: Manuel Bin Akiun.

Program: Bachelors Divinity (BD)

Tarikh: 17/10/2020.

Pengajar: Pdt. Kusam Yontok.

Tugasan:  Refleksi kelas.

­­­­­­­­­­­­­­­­­­­­­­­­­­­­­­­­­­­­­­­­­­­­­­­­­­­­­­­­­­­­

Pedahuluan

            Kelas “Pejanjian Lama 2” diadakan secara atas talian (online) sebab pandemik Covid-19 yang melanda negara Malaysia. Bukan saja di Malaysia tetapi dikatakan 180 buah negara di seluruh dunia terkesan dengan pandemik Covid-19.

            Ada pro dan kontra kelas atas talian, antaranya kalau liputan internet tidak stabil, pelajar tidak dapat mengikut sepenuhnya kelas yang sedang dijalankan. Kebaikkan kelas atas talian pula mudah untuk dihadiri sebab tidak perlu hadir kelas di seminari dan tidak mengharungi kesesakan jalan raya. Kos operasi pun banyak dijimatkan sebab tidak perlu menggunakan bilik kelas, tiada kos utiliti ditanggung oleh seminari sepanjang pertemuan kelas.

            Kalau diberi pilihan kelas atas talian atau kelas fizikal, saya lebih suka kelas atas talian. Walaupun begitu kalau keadaan mengizinkan sekali atau dua kali ada kelas fizikal supaya boleh bersua muka dengan pelajar lain dan pengajar kelas, bolehlah berkenalan dengan lebih dekat lagi.

Katakan kalau pandemik Covid-19 tidak surut dalam tempoh lima tahun atau tidak ada vaksin yang ditemui oleh manusia dalam tempoh terdekat, kita tiada pilihan mahu tidak mahu kelas atas talian pilihan terakhir.

Dapatan Dalam Kelas

            Kelas ini menarik sebab banyak membantu saya mempelbagai sudut pandang kitab kitab dalam Perjanjian Lama. Sebelum ini saya pernah mengikuti kelas Perjanjian Lama dengan pengajar lain, sudut pandang, penekanan dan cara mengola berbeza-beza.

Buku-buku bacaan yang diwajipkan dibaca oleh pelajar telah menyingkap apa itu kitab-kitab Perjanjian Lama menurut cara penulis mengupas kitab-kitab tersebut. Sedikit sebanyak membantu pelajar mengetahui latarbelakang budaya, tempat, masa penulisan, siapa penulis, tujuan dan kepada siapa kitab-kitab itu dialamatkan.

            Belajar kitab-kitab puisi yang terdiri daripada kitab Ayub, Mazmur, Amsal, Pengkhotbah dan Kidung Agung. Ciri penulisan kitab puisi ialah tidak memenuhi magin kertas, ada ragam yang ketara, bunyi yang diulang-ulang, maksud yang sama atau bertentangan, emosi sedih, gembira, romantik dan sebagainya dalam bentuk simbolik atau berterus terang. Dikatakan lebih enam puluh peratus isi Alkitab ditulis dalam bentuk puisi atau dengan kata lain adalah kitab puisi. Antara alasan kenapa puisi mendominasi Alkitab sebab puisi boleh menyentuh jiwa raga pembacanya, berbanding tulisan prosa yang hanya menyentuh fikiran pembaca.

Belajar kitab-kitab sejarah yang terdiri daripada kitab Yosua, Hakim-Hakim, Rut, 1 dan 2 Samuel, 1 dan 2 Raja-Raja, 1 dan 2 Tawarikh, Ezra-Nehemia dan kitab Ester. Kitab-kitab ini mencatat sejarah bangsa Israel bermula ketika mereka memasuki tanah Kanaan yang diceritakan dalam kitab Yosua. Selepas mereka memasuki tanah Kanaan bermulalah kehidupan mereka di tanah Kanaan yang diceritakan dalam kitab Hakim-hakim sehingga mereka menjadi sebuah kerajaan yang beraja.

Kerajaan Israel menjadi makmur selagi bangsa itu setia kepada Tuhan Yahweh.

Kemudian kerajaan terbahagi kepada dua kerajaan. Kerajaan Yehuda di selatan dan kerajaan Israel di utara. Kerajaan utara terdiri daripada sepuluh suku dan kerajaan selatan terdiri daripada dua suku, suku Yehuda dan suku Benjamin.

            Kerajaan utara terlebih dahulu meninggalkan iman mereka kemudian disusuli oleh kerajaan Yehuda. Akhirnya kedua-dua kerajaan dihukum dan dimusnahkan oleh Tuhan Yahweh sendiri dengan menghantar bala tentera Asyur dan bala tentera askar Kasdim. Diceritakan dalam kitab Samuel, Raja-Raja dan kitab Tawarikh.

Bangsa Israel hidup dalam tawanan dalam pembuangan selama tujuh puluh tahun, walaupun begitu mereka masih dibenarkan hidup dalam masyarakat sebagai orang yang bebas.  kitab Ester memberi sedikit gambaran keadaan mereka ketika dalam pembuangan.

Kemudian mereka kembali dari pembuangan di bawah pimpinan Ezra dan Nehemia. Mereka membangun semula tembok dan bait suci di Yerusalem. Kitab Ezra-Nehemia  mencatat kisah tersebut.

 Kenapa penting belajar kitab sejarah? Salah satu sebab sebagai bukti apa yang diceritakan dalam Alkitab benar-benar berlaku dalam sejarah, bukan khayalan atau rekaan semata-mata. Para pengkritik boleh membuat perbandingan dengan catatan di luar Alkitab tentang kewujudan kisah yang diceritakan dalam Alkitab.

            Belajar kitab nabi-nabi dan tulisan-tulisan. Mereka dikelompokkan mengikut zaman pelayanan mereka. Para nabi pada zaman Neo-Asyur ialah nabi Yunus, Amos, Hosea, Mikha dan Yesaya. Para nabi pada zaman Neo-Babilonia ialah Zefanya, Habakuk, Yeremia, Nahum, Yehezkiel, Obaja dan kitab Ratapan. Para nabi pada zaman Persia ialah Daniel, Hagai, Zakharia, Yoel dan Maleakhi.

Pelayanan para nabi sesuai dengan zaman dan tempat mereka berada, tujuan utama pelayana mereka supaya umat Israel dan bangsa lain bertaubat, kalau mereka tidak bertaubat hukuman yang dinubuatkan oleh para nabi akan terjadi.

Sekolah Nabi

            Saya tertarik dengan sekolah nabi yang diasaskan oleh Samuel. Sekolah itu telah melahirkan para nabi yang melayani di Israel. Walaupun bukan semua nabi asal mulanya dari sekolah nabi tetapi sekurang-kurangnya ada juga golongan yang memperkatakan tentang firman Tuhan dari masa kesemasa pada zaman itu. Pada zaman sekarang seminari menyambung legas sekolah nabi. Dalam gereja Protestant di Sabah (PCS) sendiri sudah ramai lulusan seminari, mereka melakukan pelayanan sebagai gembala penuh masa atau bukan sebagai gembala. Tidak dapat dinafikan pelayan mereka banyak membantu kelangsungan ajaran firman Tuhan, sebab mereka ada pengaruh yang besar sehingga boleh membentuk pemikiran teologi masyarakat masa kini.

Saya fikir tanpa pelayanan mereka, semakin jauhlah masyarakat daripada kebenaran firman Tuhan akibatnya kejahatan meningkat dan berleluasa. Seperti yang berlaku pada zaman Hakim-Hakim, masyarakat pada masa itu melakukan apa yang benar menurut pandangan masing-masing. Sebab tiada yang mengajar mereka tentang hukum Taurat.

Puisi

            Saya juga tertarik dengan kepentingan kitab-kitab puisi dalam kehidupan, rupanya firman Tuhan juga berbicara dalam bentuk puisi dan bukan hanya dalam bentuk penceritaan. Saya teringat lagu-lagu puisi dalam masyarakat Rungus, seperti “Mongondi”, “Modihohoi”, “Sambatan” dan “Bahul” yang mula dilupakan masyarakat Rungus pada zaman sekarang. Walhal boleh digunakan sebagai alat menyampaikan kebenaran firman Tuhan sebab puisi dikatakan boleh menyentuh perasaan dan jiwa seseorang.

Saya cuba menggunakan “Sambatan” (Perumpamaan) Rungus dalam status “Facebook” saya, ramai juga yang memberi respon, kelihatannya mereka terhibur, tersentuh dan diingatkan agar tidak terjerumus dalam kejahatan yang ada disekeliling. Kalau saya menggunakan perkataan biasa sudah tentu saya dikecam sebab memberi nasihat secara terbuka. Sebaliknya kalau mengunakan “Sambatan” (Perumpamaan) dengan mengangkat cerita rakyat Rungus mereka tidak tersinggung sebab pembaca menafsir sesuai pemahaman dan konteks mereka masa kini.

            Saya akui kelas ini telah membuka fikiran saya tentang teologi puisi, sebelum ini saya belajar tentang teologi dalam budaya, teologi dalam kemasyarakat dan teologi dalam penjagaan alam sekitar. Sebab itu saya akui kelas ini telah memperkayakan pengetahuan saya.

            Lepas ini bolehlah saya berjinak jinak menulis puisi yang berunsurkan kebenaran friman Tuhan dengan mengangkat puisi puisi suku kaum Rungus yang unik itu.

Penutup

            Berada dalam kelas “Perjanjian Lama 2” memperkayakan pengetahuan sebab pengajar berjaya membawa pelajar menerokai zaman Perjanjian Lama dengan jayanya, seolah-olah saya berada pada zaman itu.  Tidaklah teraba-raba ketika berkongsi firman Tuhan selepas ini.

Kesimpulan

            Perjanjian Lama sangat menarik kalau kita tahu latarbelakang dan tujuan penulisannya. Hidup kita pun menarik kalau minda kita terbuka dengan kebenaran firman Tuhan walaupun terpisah dengan keluarga sebab pandemik Covid 19. SEKIAN.

Comments

Popular posts from this blog