SEMINARI
TEOLOGI SABAH
Nama Pelajar: Manuel Akiun
Program: Bachelor of Divinity
Subjek: Gereja dan Masyarakat
Tugasan membuat esei:
Tajuk:
“Gereja dan kemiskinan”
Tarikh: 24.10.19
Tarikh: 24.10.19
Pengajar: Dr. Judy Berinai
PENGENALAN
Kemiskinan merupakan isu sejagat yang
tidak pernah berakhir, seiring dengan wujudnya manusia di muka bumi sejak diusir
dari taman Eden, Kejadian 3: 23-24. Kemiskinan juga seiring dengan kekayaan,
dimana ada kekayaan disitu ada kemiskinan. Kota-kota metropolitan seperti New
York, Paris, Soul, Kuala Lumpur, Jakarta dan kota lain di dunia masih wujud penduduk
yang miskin.
Menurut CNN Indonesia 22/6/2015 mengatakan bahawa 1 daripada 3 anak yang
tinggal di kota New York Amerika Syarikat adalah miskin pada usia di bawah 13
tahun. Negara paling maju di dunia pun masih bergelut dengan kemiskinan, apa
lagi negara membangun seperti Malaysia.
Tidak
dapat dinafikan di Malaysia dan khususnya di negeri Sabah kemiskinan masih wujud
di mana mana. Rumah rumah usang merupakan pemandangan yang biasa apabila kita
melalui jalan di serata tempat. Walaupun begitu untuk mentakrifkan mereka
miskin perlu ada standard bagi mengukur kemiskinan seseorang atau keluarga,
supaya kita tidak hanya bermain persepsi. Berikut adalah takrifan miskin.
Menurut bank dunia sesorang
diketegorikan miskin apabila pendapatan sehari kurang daripada USD1.90 atau
lebih kurang RM7.60. Miskin sederhana pula kurang daripada USD3.10 atau lebih
kurang RM12.40.
(Sumber daripada World Bank last update: April 03, 2019)
Pada tahun 2015 sepuluh peratus
penduduk dunia hidup dengan pendapatan kurang daripada USD1.90 sehari. Mewakil
736 juta penduduk dunia bandingkan dengan penduduk Asia Tengara yang hanya
lebih kurang 500 ribu sahaja, kita dapat bayangkan bahawa penduduk miskin
seluruh dunia sangat besar bilanganya. Mejoriti penduduk yang miskin mereka
yang tinggal di kawasan luar bandar, berumur bawah 18 tahun dan aktiviti
ekonomi mereka adalah pertanian. (Sumber daripada World Bank last update:
April 03, 2019)
Lebih daripada separuh kemiskinan melampau, mereka yang tinggal di
negara negara Afrika Tengah dan yang selebihnya di Timur Tengah dan Asia
Tengah. Miskin yang dimaksudkan merangkumi tiada atau kurangnya kemudahan asas,
pendidikan, penjagaan kesihatan dan keselamatan.
(Sumber daripada World Bank last update: April 03, 2019)
KEMISKINAN DI MALAYSIA
Negara Malaysia merujuk kepada
pendapatan isi rumah sebagai kaedah menangani isu yang berkaitan dengan
kemiskinan dikalangan rakyat. Iaitu
golongan berpendapatan rendah (Bottom 40) dengan purata pendapatan sebulan
sebanyak RM3000, adalah 16.4%. Golongan berpendapatan sederhana (Middle 40) dengan
purata pendapatan sebulan sebanyak RM6,275 menyumbang kepada 37.4% dan golongan
berpendapatan tinggi (Top 20) dengan purata pendapatan sebulan sebanyak
RM13.148 jumlah dalam golong ini seramai 46.2%. Sumber daripada Laman web Compare Hero.my.
Kalau ditinjau purata pendapatan isi
rumah mengikut negeri di Malaysia pada tahun 2016 pula adalah seperti berikut;
1.
W.P Kuala Lumpur RM9,073
2.
W.P Putrajaya RM8,275
3.
Selangor RM7,225
4.
W.P Labuan RM5,928
5.
Johor RM5,652
6.
Melaka RM5,588
7.
Pulau Pinang RM5,409
8.
Terengganu RM4,694
9.
Negeri Sembilan RM4,579
10.
Perlis RM4,204
11.
Sarawak RM4,163
13 . Sabah RM4,110
14
Perak RM4,006
15
Pahang RM3,979
16
Kedah RM3,811
17
Kelantan RM3,079
(Sumber dari laman web Compare Hero.my).
Miskin pula ditakrifkan apabila pendapatan isi rumah di
bawah Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK). Iaitu
purata bagi tahun 2014 adalah RM 930.00 bagi Semenanjung Malaysia,
RM1,170 bagi Sabah/Labuan dan RM990.00 bagi Sarawak. PGK Kemiskinan tegar pula
ditetapkan sebanyak RM580.00 bagi Semenanjung Malaysia, RM710 bagi Sabah/Labuan
dan RM 660.00 bagi Sarawak. (Sumber laman
web MURNInet Jabatan Perancangan Bandar dan Desa)
Kalau di tinjau miskin tegar di negeri Sabah
pada tahun 2018 adalah seramai 93,119 orang daripada 3.9 juta penduduk Sabah. Merupakan
paling tinggi di Malaysia (Sumber
Bernama, November 10, 2018). Atau lebih kurang 2.5 % penduduk Sabah adalah
miskin tegar, dengan hanya mempunyai pendapatan kurang daripada RM228 satu
bulan. Atau dengan bahasa mudahnya daripada 100 orang akan ada 2 atau 3 orang
miskin tegar. Bermaksud kalau gereja kita mempunyai 100 anggota jemaat akan ada
2 atau 3 orang adalah miskin tegar. Persoalannya bolehkah gereja membasmi
kemiskinan tegar dikalangan anggota jemaat? Inilah yang saya cuba kupas lebih
lanjut lagi.
WAWASAN BANK DUNIA
Mengikut laporan tahunan Bank Dunia
pada tahun 2018, mereka mensasarkan akan membasmi miskin tegar atau miskin
melampau pada tahun 2030, dengan mengurangkan jumlah populasi dunia yang
mempunyai pendapatan perhari USD1.90 atau RM7.60 yang mewakil 736 juta
penduduknya dunia menjelang tahun 2030.
Bank
Dunia mensasarkan 3 cara untuk membasmi miskin tegar iaitu:
1. Menyediakan
sumber asas yang diperlukan.
Menyediakan
sumber asas yang diperlukan oleh negara negara miskin dengan menyediakan
pembiayaan, pengetahunan dan kepakaran bagi menghadapi cabaran yang mendatang.
2. Bekerja
sama.
Mengkoodinasikan
entiti yang pelbagai dalam satu satu negara, agar mereka berkerjasama dalam membasmi
kemiskinan dan juga mewujudkan entiti yang diperlukan dalam negara berkenaan.
3. Meningkatkan
penghasilan.
Meningkat
penghasilan dengan memperbaiki tadbir urus dalam semua peringkat penghasilan
dari mula sehingga penghasilan produk serta memastikan penghasilan yang mampan.
KEMISKINAN DALAM ALKITAB
Pada
mulanya ketika TUHAN mencipta alam semester dan manusia semua dalam keadaan yang sangat baik Kejadian
1: 31. Kemudian TUHAN menempatkan manusia di taman Eden, makan dan
minum mereka sudah tersedia di taman tersebut. Manusia tidak perlu bersusah
payah lagi untuk menanam dan menunggu hasil tanaman berbuah, semua sudah
tersedia tinggal petik dan makan sahaja. Kejadaian 2: 16. Bayangkan suasana begitu, taman yang penuh dengan buah buahan,
udara segar, ada sungai mengalir dan digamatkan lagi dengan kehadiran binatang
yang pelbagai, boleh lagi disentuh sebab jinak. Tidak dapat digambarkan betapa indah
dan bahagianya manusia yang tinggal di taman Eden pada masa itu.
Tetapi
malang sekali, selepas manusia jatuh dalam dosa seperti yang diceritakan dalam Kejadian
3, manusia telah diusir dari taman Eden. Sejak itu manusia tidak dapat
lagi menikmati makanan dan kesenangan yang ada di dalam taman Eden. Kejadian
3: 16.
Bermulalah
episod kehidupan manusia yang tidak mempunyai apa-apa, hidup dalam keadaan miskin dan melarat. Mahu
tidak mahu manusia perlu mengusahkan tanah untuk mendapatkan makan demi
kelangsungan hidup dan begitulah sampai hari ini manusia perlu berusaha untuk
mendapatkan makanan dan keperluan asas yang lain.
Seperti
kata penulis kitab Amsal “Siapa mengerjakan tanahnya akan kenyang dengan
makanan, tetapi siapa mengejar barang yang sia-sia akan kenyang dengan
kemiskinan” Amsal 28:19
Dosalah
yang menyebabkan manusia jatuh miskin, hilang segala kemuliaan, hilang hubungan
dengan sang pencipta dan tidak lagi harmoni dengan makhluk ciptaan yang lain. Dahulu
di taman Eden mungkin manusia boleh mengarahkan haiwan tertentu untuk
menyediakan mereka makanan. Tetapi setelah jatuh dalam dosa, manusia tidak
berkuasa lagi atas haiwan.
Permulaan
kemiskinan akibat pemberontakan manusia terhadap perintah TUHAN di taman Eden.
Hari ini pun masih berlaku, manusia yang menentang perintah TUHAN akan jatuh dalam
kemiskinan, peperangan, penyakit dan sebagainya. Ada lagikah sinar harapan
kepada manusia untuk dipulihkan agar berdamai dengan sang pencipta? Jawapanya masih
ada, melalui Yesus Kristus. “Sebab Allah
mendamaikan dunia dengan diri-Nya oleh Kristus dengan tidak memperhitungkan
pelanggaran mereka. Ia telah mempercayakan berita pendamaian itu kepada kami” 2 Korintus 5: 19
Selepas
itu manusia semakin menjauhi TUHAN sebab takut dihukum, manusia mula menyalahkan
sesama sendiri dan menyalahkan TUHAN, Kejadian 3: 8-12. Itulah buah dosa.
Walaupun begitu TUHAN sendiri yang mencari dan
memberi mereka keperluan asas (pakaian) serta harapan kepada manusia yang sudah
jatuh dalam dosa, Kejadian 3: 21. Sejak itu TUHAN tidak pernah meninggalkan manusia, terus
membimbing dengan mengutus para nabi dari zaman kezaman. Malahan TUHAN datang
sendiri ke dalam dunia dalam inkarnasi Yesus Kristus. Hari ini pun TUHAN masih
membimbing kita melalui Roh Kudus, “tetapi
Penghibur, yaitu Roh Kudus, yang akan diutus oleh Bapa dalam nama-Ku, Dialah
yang akan mengajarkan segala sesuatu kepadamu dan akan mengingatkan kamu akan
semua yang telah Kukatakan kepadaMu” Yohanes 14: 26. Supaya manusia
boleh berjalan dalam kehendak TUHAN.
Kemiskinan,
penyakit dan kemalaratan manusia bukanlah ciptaan Allah atau rencana Allah. Tetapi
Allah yang menolong kita agar bangkit dan dipulihkan melalui Yesus Kritusa,
supaya kita menjadi manusia yang mempunyai wawasan baru dan ciptaan baru di
dalam Yesus Kristus
“Jadi siapa yang ada di
dalam Kristus, ia adalah ciptaan baru: yang lama
sudah berlalu, sesungguhnya yang baru
sudah datang” 2 Korintus 5: 17
PERANAN GEREJA UNTUK
MEMBASMI KEMISKINAN
Setelah
Tuhan Yesus kembali ke Syurga, Dia telah mengirim Roh Kudus ke dunia, Kisah
Para Rasul 2: 1-13 untuk membina
kerajaan Allah di dalam diri orang percaya, orang - orang percaya itu kemudian
membentuk satu kelompok masyarakat dan membentuk pula satu persekutuan yang
dikenali sebagai gereja.
Gereja
adalah menifestasi kerajaan Allah yang disebut oleh Tuhan Yesus dalam pelayananNya.
Kata-Nya: “Waktunya telah genap; Kerajaan Allah sudah dekat. Bertoubatlah dan
percayalah kepada Injil” Markus 1: 15.
Peranan
gereja mencakupi seluruh aspek kehidupan manusia sebenarnya. Seperti mana kerajaan
dunia, mengambil kira keselurahan aspek kehidupan manusia. Kalau gereja adalah
gambaran kerajaan Allah sudah tentu gereja pun mengambil kira seluruh aspek
kehidupan manusia. Kerohanian, kesihatan, pendidikan, ekonomi, keadilan,
penjagaan alam semulajadi dan sebagainya.
Dalam
esei ini saya berkongsi tentang apakah yang boleh dibuat oleh gereja untuk
membantu membasmi kemiskinan tegar. Perkara pertama yang perlu dibuat oleh
gereja adalah mengumpul data yang tepat jumlah anggota jemaat dan kawasan
kawasan tertentu dalam kampung atau daerah yang masih hidup dalam keadaan
miskin tegar.
Fomular
mudahnya adalah dalam 100 orang anggota jemaat atau penduduk mungkin akan ada 2
atau 3 orang miskin tegar (Seperti yang dijelaskan sebelum ini). Itulah nanti
yang diambil perhatian khusus dalam jemaat atau dalam kampung atau daerah kita.
Kemiskinan yang dimaksudkan mencakupi kurang atau tiada, kemudahan asas, kemudahan
kesihatan, pendidikan dan keselamatan.
Setelah
sudah ada data kemiskinan yang diperolehi oleh gereja dan telah mengenal pasti lokasi dan bilanganan serta
apakah kekurangan yang dialami oleh golongan miskin tersebut, kemudian gereja mewujudkan
jawatan kuasa bertindak bagi menangani kemiskinan tegar dikalangan anggota
jemaat. Berikut beberapa saranan bagi membasmi kemiskinan.
MEWUJUDKAN PUSAT
PEMBELAJARAN KEMAHIRAN
Mengingatkan
saya pada buku Otto Dilger 2010 yang
bertajuk “Kisah Gereja Protestan Sabah 1950-1975” Dia menulis pengalamannya dan rakan rakan misinori yang melayani di Gereja PCS
(Protesten Church in Sabah).
Para
misinori telah mewujudkan Pusat Latihan Wanita di Kg. Tinangol, atau lebih
dikenali sebagai sekolah rumah tangga pada tahun 70an. Sekolah itu mengajar
tentang kemahiran asas dalam penjagaan keluarga. Walaupun tidak secara langsung
Otter Dilger mengatakan tujuan pusat itu untuk membantu membasmi kemiskinan
dikalangan orang Rungus pada masa itu, tetapi itulah tujuan mereka sebenarnya.
Sebab
orang Rungus pada masa itu tidak mempunyai kemahiran yang pelbagai untuk
menjana ekonomi mereka. Mereka hanya pandai membuka ladang dan menanam padi,
jagung dan tanaman kontan yang lain. Tidak cukup untuk menyarah hidup ahli
keluarga.
Sekolah
latihan tersebut mengajar membaca, memasak, menjahit, bercucuk tanam dan
kebersihan diri dan rumah. Sebab pada masa itu orang Rungus dan masyarakat
tempatan yang lain tidak tahu menjaga kebersihan. Bayangkan membuat tandas pun mereka
tidak pandai, mereka akan membuang air besar merata rata, menyebabkan penyakit
sangat mudah merebak melalui lalat, tikus dan haiwan perliharaan seperti
anjing, ayam dan babi. Mengakibatkan mereka sering jatuh sakit akibat penyakit.
Hari
ini pun gereja masih boleh memberi kursus singkat bagi memberi kemahiran kepada
anggota jemaat secara percuma atau dengan yuran yang sangat berpatut. Saya
masih ingat ceramah tentang menternak burung walet yang dianjurkan oleh gereja
PCS diserta tempat. Yuran hanyalah RM20 satu orang, berbanding beratus ringgit
harga yuran kalau diadalan oleh agensi luar.
Konsep
pelayan sepert yang dibuat oleh Canaan Famer’s Training Center yang pernah kami
lawat pada bulan Ogos tahun ini sangat bertepatan dengan keperluan kemahiran
bagi anggota jemaat yang berminat dalam bidang pertanian dan penternakan. Tidak
kurang lumayan pendapatan kalau tahu cara yang betul dalam bidang pertanian dan
penternakan.
Anggota
jemaat terutama yang di kampung, sebenarnya mereka ada sumber yang lebih
daripada cukup kalau mereka tahu dan ada kemahiran. Menternak ikan, udang gala
(lobster), ayam, kambing dan sebagainya boleh menjana pendapatan yang cukup bagi
menyara hidup mereka dan mengeluarkan diri dan keluarga mereka di bawah garis
kemiskinan negara dan garis kemiskinan Bank Dunia.
Gereja
boleh bekerjasama dengan agensi kerajaan seperti Jabatan Pertanian, Jabatan
Haiwan, Jabatan Kesihatan, Suruhanjaya Koperasi Malaysia, Kementerian
Pelancongan dan sebagainya.
Gereja
boleh mewujudkan pusat kemahiran gereja untuk memudahkan penganjuran kursus
dari masa kesemasa. Melalui kemahiran yang anggota jemaat miliki, mereka boleh
menghasilkan sesuatu produk, seperti mana yang disarankan oleh Bank Dunia,
mengalakan penghasilan produk dikalangan masyarakat miskin melampau diseluruh
dunia. Ingat lagi Tuhan Yesus sang
Juruselamat itu, ketika hidup di dunia sebagai manusia dan tinggal dalam
keluarga Yusuf, dalam usia muda Tuhan Yesus perlu membantu ibuNya menyara adik
adikNya selepas kematian bapaNya. Tau apa pekerjaan Tuhan Yesus, ya tukang kayu
dia mewarisi kemahiran bapaNya (Markus 6:3). Kalau Tuhan Yesus
semasa menjadi manusia mempunyai kemahiran tertentu kenapa tidak anggota jemaat
juga diberi kemahiran tertentu untuk menyara hidup mereka dan keluarga mereka.
Gereja perlu mengajar erti ekonomi
yang sebenar, agar anggota jemaat faham dan boleh membantu diri mereka sendiri
bagi menjana ekonomi mereka.
‘Ekonomi’ berasal dari dua kata
Yunani, ‘oikos’ bererti rumah atau rumah tangga, dan ‘nomos’ bererti hukum atau
aturan. (Rob Van Drimmelen 1996 dalam buku
Iman Ekonomi Ekologi m/s135).
Maksudnya
ekonomi adalah aturan mengurus rumah tangga secara teratur menurut hukum yang
telah ditetapkan. Rumah tangga yang tidak diurus dengan betul akan menyebabkan
kekurangan, kelemahan, kepincangan dan sebagainya, termasuk soal makan dan
minum, pendidikan, kewangan, kesihatan dan banyak lagi. Akhirnya berlakulah
kemiskinan.
MEWUJUDKAN JARINGAN
PEMASARAN PRODUK
Tidak
dapat dinafikan oikoumene gereja seluruh dunia telah mainkan peranan penting
dalam mengukuhkan kerohaniaan dan sumber dana anggota gereja seluruh dunia.
Contoh dalam gereja PCS, Misi 21 adalah penyokong kewangan gereja sejak mula
pembentukan PCS pada tahun 1952 sehingga hari ini.
Oikoumene
telah membantu dalam penyatuan iman, berkongsi beban pelayanan dan keharmonia
hubungan antara gereja gereja seluruh dunia. Walaupun begitu soal membasmi
kemiskinan belum lagi secara langsung diberi perhatian oleh oikoumene gereja.
Biasanya kita akan dengar persembahan ini dan itu untuk keperluan oikoumene.
Mungkin sebab gereja mengangap membasmi kemiskinan cukup dengan mengajar
memberi perpuluhan dan TUHAN membuka tingkap langit mencurahkan berkat kepada
anggota jemaatnya, Maleakhi 3:10. Apa bila anggota jemaat miskin dengan mudah
mengatakan mereka dikutuk TUHAN sebab tidak memberi perpuluhan. Secara peribadi
saya tidak setuju dengan teologi kemakmuran seperti itu.
Oikoumene
gereja boleh dikembangkan fungsi dengan mengambil pendekatan oikoumene untuk
membasmi kemiskinan. Iaitu dengan mewujudkan jaringan pemasaran produk anggota
jemaat atau masyarakat setempat untuk dipasarkan di serta dunia melalui
oikoumene gereja. Saya fikir tidak bertentangan dengan kebenaran firman TUHAN,
kerana tujuannya adalah pulangan kewangan kepada anggota jemaat atau masyarakat
setempat demi membasmi kemiskinan dan bukan untuk menjara duit mereka.
Penduduk
Kristian di Malaysia sahaja seramai 2.6 juta pada tahun 2010 dan seluruh dunia 2.2
billion pada tahun 2010 sumber Ensiklopedia.
Kalau ada persefahman yang matang tidak sukar untuk dilaksanakan. Hanya perlu
sokongan oleh semua gereja atas nama oikumene. Bayangkan produk kraftangan
anggota jemaat kita dari Sabah boleh dipasarkan di Jerman, Korea, New York dan
sebagainya, tidakkah akan menjana pendapatan, atau pakian terpakai pun boleh
dijual dengan harga yang berpatutan, kepada masyarakat miskin tegar seperti di
Afrika tengah.
PELANCONGAN
Kita
tahu dari dulu sampai hari ini ramai yang suka melancong, tetapi sayangnya gereja
tidak mendapat manafaat secara langsung, sebab gereja tidak mahu terlibat.
Sebenarnya gereja boleh melibatkan diri secara langsung, dengan menyediakan
pekaj pelancongan yang dikendalikan oleh gereja dan diurus sepenuhnya oleh
anggota jemaat mereka. Gereja boleh membuat rumah rumah penginapan, resort atau
mungkin juga hotel atau homestay.
Memanglah
kita fikir siapalah yang mahu datang di kampung kita yang serba kekurangan
berbanding dengan negara maju. Tetapi inilah yang dilakukan oleh orang dunia. Mereka
memanafaatkan sumber semula jadi sebagai aset pelancongan mereka. Seperti
Lembah Dadum, hutan semulajadi yang berumur 130 juta tahun (Sumber Adventures in Borneo web) telah menjadi tarikan seluruh
dunia. Ingat lagi pasangan diraja Britain putera William dan Kate Middleton
yang melawat Lembah Danum pada tahun 2012 (Sumber
dari Mstar.com.my)
Tanpa
sedar kampung kita pun mempunyai tarikan pelancongan kalau kita usahkan, siapa
tahu wujud sesuatu yang luar biasa di kampung kita, contoh di sekitar kampung kami di Kudat, kewujudan pasir
laut dipuncak bukit dan batu batu sungai di perbukitan. Bukankah itu mengundang
tarikan para pengkaji seluruh dunia.
Gereja
hanya perlu peka dengan kehadiran aset semulajadi yang ada dalam persekitaran
anggota jemaat dan masyarakat setempat. Kemudian mempromosikannya ketika berada
di luar negara atau ada pelawat dari luar negara, apa lagi kalau ada peluang
berkhutbah diluar negara atau memberi seminar, saya fikir tidak salah berkongsi
sesuatu yang menarik di tempat kita.
Tarikan
sejarah juga adalah aset yang tidak tenilai harganya, contoh bangun bangun lama peninggalan oleh para
misinori. Contoh pejabat Pusat PCS, sudah berusia 100 tahun, pernah menjadi
rumah sakit dan pejabatan ketenteraan pada perang dunia ke-2 kemudian menjadi
pejabat gereja PCS pada tahun 1967 (Sumber
Flyer One can make a diffenence 2019). Melalui pengekalan dan penjagaan
bangunan lama dan penceritaan yang baik, sudah tentu menjadi tarikan para
pelancong dan para pengkaji seluruh dunia.
MEMBUKA KILANG
Di
gereja PCS pada awal tahun 2000 telah wujud sebuah kilang perabot di Sikuati
Kudat di atas tanah gereja PCS, dilengkapi dengan mesin yang cukup moden dan
mempunyai kapasiti penghasilan yang bagus. Hasil sumbangan para doktor gigi
dari luar negara. Tujuan kilang ini diwujudkan ialah bagai memberi peluang
belajar kepada belia kususnya anggota PCS yang berminat dan pada masa yang sama
boleh menghasilkan produk untuk dipasarkan. Kami sendiri telah membeli beberapa
perabot dari kilang tersebut. Harga memang berpatutan, kualiti tinggi sebab
menggunakan bahan yang berkualiti. Sampai hari ini perabot itu masih kami guna,
dibeli pada tahun 2005.
Kilang
itu pun masih beroperasi sampai hari ini. Pengendali kilang adalah anggota
jemaat PCS sendiri dan pekerjanya pun anggota PCS. Sekurang-kurang ada 3-5
keluarga menyara hidup dengan menjadi pekerja di kilang perabot tersebut. Inilah
antara usah gereja bagi meningkatkan ekonomi anggota jemaat dan membasmi miskin
tegar dikalangan anggota jemaat dan penduduk setempat.
Selain
dari kilang perabot, kilang membuat batu bata pun boleh diusahkan oleh gereja,
sebab tidak memerlukan modal yang banyak. Saya masih ingat pada tahun 2006,
kami sedang merancang untuk membina bangun gereja yang baru. Salah satu cara
yang kami fikirkan ialah membuat bata sendiri. Pada masa itu kos satu acuan
bata hanya RM150, kos satu tan habuk batu RM25, harga sekampet simen RM16 pada
masa itu di Kudat.
Bata
blok yang kami hasilkan itu kami jual, hasil jualan dijadikan sebagi modal dan
sebahagian lagi kami simpan untuk pembinaan gereja.
Kilang
membuat bata blok sangat praktikal dan memang ada pembelinya. Ini pun boleh
diusahkan oleh gereja bagi memberi peluang pekerjaan kepada anggota jemaatnya
dan masyarakat setempat, gereja memberi modal permulaan untuk anggota jemaat
mengusahkannya. Di kampung isteri saya telah ada anggota jemaat yang
mengusahkan kilang bata blok secara kecil kecilan, orang itu adalah lulusan
university tempatan. Tetapi memilih untuk bekerja sendiri. Kilangnya sudah 10
tahun beroperasi, masih bertahan dan mampu menyarah hidup diri sendiri dan
keluarga.
Sebenarnya
banyak aktiviti ekonomi boleh dijalankan oleh gereja kalau gereja membuka
fikiran terhadap dunia persekitaran. Tidaklah hanya tertumpu dengan aktiviti
dalam gereja, sebab gereja adalah gambaran kerajaan Allah di dunia kita,
kerajaan Allah tidak tertumpu dalam satu aspek kehidupan manusia tetapi melihat
kehidupan manusia itu secara hoslistik dan konstraktif.
MEMBUKA PUSAT JAGAAN
KANAK-KANAK
Salah
satu kebimbangan ibu bapa keluarga Kristian kurangnya pusat jagaan yang
bercirikan Kristian terutama di Malaysia. Bayangkan saja anak kita dari bayi
lagi sudah dijaga dan terdedah dengan pengaruh bukan Kristian. Pengaruh itu
akan meresap tanpa sedar dalam minda mereka. Sudah tentu akan memberi kesan
terhadap iman anak anak.
Dalam
hal ini kita tidak boleh menyalahkan sesiapa, gereja perlu memainkan peranan
yang aktif dengan membuka pusat jagaan kanak-kanak yang bercirikan Kristian.
Semasa
saya belajar subjek gereja dan kebajikan sosial (STS) kami diajar tentang cara-cara
membuka satu pusat jagaan kanak-kanak. Sebenarnya tidaklah susah sangat. Hanya perlu
hadir kursus yang dianjurkan oleh Jabatan Kebajikan dan mendapat sijil.
Kemudian mewujudkan pusat jagaan mengikut ciri bangunan yang telah ditetapkan
oleh Jabatan Kebajikan. Kemudian diperiksa oleh Jabatan Kebajikan kalau mereka berpuashati,
sijil kebenaran dan pendaftaran pusat jagaan kanak kanak akan dikeluarkan oleh
Jabatan Kebajikan. Pusat jagaan pun bolehlah beroperasi.
Gereja
boleh menjadi pemudah cara kepada anggota jemaat bagi membuka pusat jagaan
kanak-kanak, dengan memberi sokongan, membimbing serta kalau boleh memberi
modal permulaan.
Di
kampung isteri saya ada anggota jemaat yang membuka pusat jagaan kanak-kanak
yang bercirikan Kristian. Di pusat inilah kami menghantar anak kami sehingga
umur 6 tahun. Hasil usaha tersebut penguasaha dapat menyara keluarga dan juga
para pekerjanya, tanpa perlu bekerja dengan di bandar. Pusat jagaan tersebut masih beroperasi sampai
hari ini.
BERDAMAI DENGAN TUHAN
Ketika
saya menghadiri satu taklimat dan perkongsian pengusaha homestay pada tahun
lepas 2018. Saya sangat teruja dan tidak
sabar sabar lagi mahu mendengar perkongsian mereka
Penceramah
mula berkongsi pengalaman mereka membuka homestay. Beliau adalah pemilik dan
memulakan “Valai Tokou Homestay” di Kundasang. Dia sekarang adalah presiden persatuan
homestay Malaysia.
Ingatkan
adalah petua petua yang tidak tergapai oleh minda. Saya tersenyum ketika penceramah
cakap kunci kejayaan homestay yang pertama adalah kebahagian keluarga. Saya agak
terkejut dan tercuit hati sehingga saya tertawa kecil, dalam hati saya apalah
penceramah ini mengarut. Sebab saya tidak dapat kaitkan kebahagian keluarga dengan
kejayaan homestay. Kemudian dia cakap lagi petua yang kedua ialah kebersihan dan
petua ketiga layanan yang baik kepada tetamu homestay. Itulah antara petua yang
disebut oleh penceramah.
Kalau
saya boleh cakap kemiskinan manusia adalah disebabkan tidak berdamai dengan TUHAN dan itulah jawapan
tuntasnya. Walapun ramai yang tidak setuju dengan pendapat ini, sebab biasanya
kita akan menyalahkan pemerintah, ibubapa, orang lain dan sebagainya. Tetapi
kita tidak pernah bertanya adakah hubungan kita dengan TUHAN sudah baik,
seperti hubungan anak dan bapa. Sebab kita diajar oleh Tuhan Yesus, TUHAN itu
adalah Bapa kita dan kita adalah anak-anakNya, Markus 11:25.
Seperti
pengusaha homestay, kalau suami isteri bergaduh dan bertengkar takalah ada
tetamu, agak agak apa perasaan tetamu homestay, atau kalau kita ditempat
mereka. Sudah tentu kita tidak akan berpijak lagi dalam homestay mereka.
Sedangkan layanan tidak seberapa di kaunter hotel, seperti lambat diberikan
kunci, resit pembayaran dan sebagainya, kita pun sudah mula was was mahu
menginap lagi atau tidak.
Begitu
juga dengan hubungan kita dengan TUHAN, kalau tidak berdamai dengan TUHAN,
macam mana kita boleh serasi dengan kehendak dan jalan TUHAN yang mengajar kita
mengasihi orang lain seperti diri kita sendiri. Tidak serasi dengan kehendak
TUHAN menempatkan diri kita sedang melawan TUHAN. Melawan TUHAN bererti kita
bersandarkan kepada kekuatan manusia yang sudah jatuh dalam dosa, fikiran yang
sudah dikuasai oleh kejahatan, ketamakan, iri hati, sombong dan sebagainya.
Agak agak majukah usaha kita dalam apa juga bidang yang kita ceburi kalau
fikiran kita penuh dengan kejahatan. Bagi saya untuk melepaskan diri, keluarga,
masyarakat dan negara kita dari belenggu kemiskinan berdamai dengan TUHAN
adalah jawapannya.
Bagaimana
cara kita boleh berdamai dengan TUHAN, hanya ada satu cara sahaja yang Alkitab
ajarkan iaitu melalui Yesus Kristus. 2 Korintus 5: 19. Mereka yang sudah
menerima Yesus Kristus sebagai Tuhan dan pendamai mereka dengan TUHAN diberi
kuasa menjadi anak anak TUHAN”
PERANAN GEREJA
Ada
pepatah Cina yang terkenal “Ajar orang menangkap ikan jangan bagi dia ikan”
Gereja sepatutnya berperanan mengajar anggota jemaat untuk menjana ekonomi
mereka dan bukan bersikap memberi atau meminta daripada anggota jemaat. Peranan
gereja ialah memberi tunjuk ajar kebenaran Firman Tuhan tentang kemiskinan dan
kekayaan. Supaya anggota jemaat tidak tersasar memahami kemiskinan dan
kekayaan. Kerana sudut pandang Alkitab dan dunia amat berbeza tentang kemiskinan
dan kekayaan. Dunia melihat kemiskinan disebabkan oleh kelemahan kerajaan mencipta
atmofera ekonomi yang baik dan tidak kurang juga yang menyalahkan individu yang
miskin dengan mengaitkan mereka dengan kemalasan.
Begitu
juga dengan kekayaan, dunia melihat kaya hanyalah kebendaan semata mata.
Menjadikan pendapatan harian sebagai kayu pengukur seseorang itu kaya atau
miskin. Kalau kurang dari USD1.90 (RM7.60) adalah miskin tegar. Tetapi bagi
Alkitab seseorang adalah miskin kalau tidak memilik hidup yang kekal.
“Tetapi firman Allah
kepadanya: Hai engkau orang bodoh, pada malam ini juga jiwamu akan diambil dari
padamu, dan apa yang telah kausediakan, untuk siapakah itu nanti? Demikianlah
jadinya dengan orang yang mengumpulkan harta bagi dirinya sendiri, jikalau ia tidak kaya di
hadapan Allah” Lukas 12: 20-21
PEMBEBASAN
Kemiskinan
juga diakibatkan rohani dan minda yang belum dibebaskan daripada belenggu budaya dan kepercayaan lama. Melalui
cerita lisan daripada bapa saya sendiri tentang keadaan mereka pada tahun 50an sebelum
bangsa Rungus menerima Injil, kehidupan mereka sangat daif, akibat dibelenggu
oleh kepercayaan kehadiran roh roh disemua tempat. Bayangkan dalam rumah
sendiri pun tidak bebas bergerak atau membawa sebarangan barang atau sayur
tertentu masuk dalam rumah. Tidak boleh menyembelih ayam atau babi sesuka hati
untuk kegunaan keluarga, sebab ayam dan babi khas untuk roh roh jahat.
Tanah
tanah yang subur dan cukup bekalan air juga tidak boleh digunakan sesuka hati
untuk pertanian, sebab ada roh yang menghuni, apabila diusahakan roh itu akan marah
sebab kediaman mereka diganggu. Roh itu pula akan membuatkan orang jatuh sakit.
Begitulah perit kehidupan suku kaum Rungus sebelum menerima Injil, miskin dan
melarat di bumi yang subur disebabkan kepercayaan terhadap kehadiran roh roh
jahat dalam lingkungan mereka.
Budaya juga boleh menjadi penyebab kemiskinan.
Seperti budaya ketagih minum sampai mabuk, mengadakan majlis perkawinan dengan
perbelanjaan besar ada yang sampai mencecah 100 ribu ringgit, apa tidaknya
diadakan dihotel hotel 5 bintang.
Budaya
seperti inilah yang masih membelenggu masyarakat Malaysia sampai hari ini
termasuk orang Kristian sendiri. Sudah sampai waktunya budaya ini perlu dilepaskan,
gereja perlu mengajar ilmu ekonomi yang benar kepada anggota jemaat.
PENUTUP
Gereja
merupakan institusi wakil Allah yang membawa kesejahteraan kepada manusia di
muka bumi, melalui pengajar kebenaran Firman Tuhan. Termasuk membasmi
kemiskinan kepada semua lapisan masyarakat tidak mengira tempat dan bangsa di
muka bumi.
“Pada waktu itu orang
lumpuh akan melompat seperti rusa, dan mulut orang bisu akan bersorak-sorai;
sebab mata air memancar di padang gurun, dan sungai di padang belantara; tanah
pasir yang hangat akan menjadi kolam, dan tanah kersang menjadi sumber sumber
air, di tempat serigala berbaring akan tumbuh tebu dan pandan.” Yesaya 35: 6.
Inilah
gambaran yang diberikan oleh nabi Yesaya apabila Mesias datang ke dunia kepada
bangsa bangsa di muka bumi apabila mereka menerima Injil Kristus. Tiada lagi
kemiskinan ekonomi dan rohani, tiada lagi kemelaratan, tiada lagi peperangan.
“Sebab aku mempunyai
keyakinan yang kokoh dalam Injil, kerana Injil
adalah kekuatan Allah yang menyelamatkan
setiap orang yang percaya, pertama tama
orang Yahudi, tetapi juga orang Yunani “ Roma
1: 16.
Di
mana saja Injil diberitakan disitu kekuatan Allah dinyatakan, kekuatan Allah
inilah yang mengubah hati, fikiran dan perilaku manusia agar sejalan dengan
kehendak Allah yang indah dalam hidup manusia dan kepada manusia sejagat. Jadi
mari kita memberitakan Injil kalau kita mahu membasmi kemiskinan. SEKIAN.
Rujukan
1.
CNN Indonesia 22/6/2015.
2.
Otto Dilger 2010, Buku Kisah Gereja Protestan Sabah 1950-1975.
3.
Rob Van Drimmelen 1996 dalam buku Iman Ekonomi Ekologi m/s135.
4. World Bank last update: April 03, 2019.
5. Laman web
Compare Hero.my.
6. Laman web MURNInet Jabatan Perancangan Bandar dan Desa.
7. Laporan tahunan Bank Dunia pada
tahun 2018.
8.
Ensiklopedia.
9.
Flyer One can make a diffenence 2019.
10.
Laman web Sumber Adventures in Borneo.
11.
Sumber dari Mstar.com.my.
Comments
Post a Comment