SEMINARI TEOLOGI SABAH
Nama Pelajar: Manuel Bin Akiun
Program: Bachelor of Divinity.
Subjek: Homiletik 2
Tempoh: Julai-September 2019
Jam Kredit: 2 Jam.
Pengajar: Rev. Ngui Au Sze.
TAJUK: BALIK KAMPUNG.
TEKS: RUT 1:1-22
Shallom semua, apa khabar?
Tajuk khotbah saya untuk Perjanjian
Lama adalah
BALIK KAMPUNG.
Ada yang rindu balik kampung? Setiap hujung saya minggu balik kampung.
Mungkin ada yang bertanya apa kena mengena
balik kampung dengan pengajaran Alkitab atau adakah teologi balik kampung?
Mungkin sebab tidak pernah dengar tentang teologi balik kampung ramai yang
tidak mahu balik kampung.
Teks yang saya ambil adalah dari
Kitab RUT 1: 1-22.
Sedikit pengenalan tentang kitab Rut.
Kitab Rut secara historical menceritakan tentang satu keluarga Israel pada
zaman para Hakim iaitu sekitar tahun 1375-1050 sebelum Masihi.
Secara geografi 18 ayat pertama kitab
ini berlaku di tanah Moab sebelah timur Laut Mati.
Kisah seterusnya berlaku di Betlehem di
Yehuda.
Secara urutan dalam Alkitab, kitab
Rut terletak sesudah Kitab Hakim-Hakim dan sebelum Kitab 1 Samuel.
Penulis kitab adalah nabi Samuel menurut tradisi Talmud
(Tradisi lisan)
Tujuan kitab ini ditulis adalah untuk
menceritakan tentang kasih yang rela berkoban dan pelaksanaan hukum Allah yang
benar. Serta mengabadikan kisah indah sebuah keluarga yang saleh yang setia
dalam penderitaan yang sangat bertentangan dengan kemorosotan rohani dan moral
orang Israel pada masa itu.
Mari kita berbalik kepada teks
khotbah saya.
Ayat 1. Dikatakan
ada kelaparan terjadi di tanah Israel.
Tanah yang penuh susu dan madu pun berlaku
juga kelaparan . Apa lagi tanah yang
tidak penuh dengan susu dan madu. Jadi kalau terjadi kemarau di tempat kita,
sehingga tanaman tidak menjadi, jangan hairan sebab Tanah Perjanjian pun
berlaku juga kelaparan suatu masa dulu, apa lagi kampung halaman kita.
Dikatakan dalam ayat 1 dan ayat 2
ada seorang yang bernama Elimelekh dari Betlehem-Yehuda, dia meninggalkan
kampung halamannya, dia membawa isteri dan kedua-dua anak mereka yang bernama
Mahlon dan Kilyon pergi daerah Moab dan menetap di sana.
Nama Betlehem bukan asing bagi kita, setiap kali Krismas akan disebut
sebut nama Betlehem. Sebab tempat kelahiran Tuhan Yesus.
Mungkin ada yang pernah melawat Betlehem atau ada yang bercita-cita mahu
melawat Betlehem? Nanti kita pergi sama sama, saya pun ada cita-cita mahu melawat
dunia Alkitab. Cuma kosnya puluh ribu juga, agak mahal bagi kita dalam golongan
berpendapatan B40 dan M40.
Tercapai juga hajat melawat tanah perjanjian kalau kita ada fokus. Pasti
Tuhan buka tingkap tingkap langit dan mencurahkan berkat kepada kita. Amin.
Elimelekh membawa keluarganya berhijrah ke daerah Moab. Ingat lagi asal
usul orang Moab. Mereka adalah keturunan Lot anak buah Abraham. Sebenarnya
bangsa Moab adalah saudara orang Israel. Kita boleh lihat ini dalam Kejadian 19: 36-38.
Elimelekh berhijrah ke daerah Moab dengan harapan mendapat kehidupan
lebih baik berbanding di kampung halamannya di Betlehem-Yehuda. Samalah dengan
kita yang berhijrah ke bandar, kita mengharapkan sesuatu yang lebih baik
terjadi apabila kita berhijrah ke bandar.
Malahan sekarang sudah ramai yang berhijrah di luar negara untuk bekerja,
seperti di Korea, Australia, Jepun dan sebagainya. Tidak pasti adakah kehidupan
mereka lebih baik berbanding tetap setia di kampung dan mengusahakan tanah
sendiri.
Dalam ayat 3-5 Agak sedih cerita keluarga Elimelekh,
dalam tempoh sepuluh tahun sahaja keadaan keluarga ini betul betul hancur,
kenapa?
Pernah anda mengalami tahun tahun dalam kehidupan yang sangat suram
sehingga kelihatan tiada lagi masa depan yang indah? Sehingga tiada lagi air
mata keluar ketika menangis.
Inilah mungkin salah satu sebab kenapa berlaku ada yang membunuh diri
atau meninggalkan iman pada Tuhan Yesus. Sebab kesempitan dan desakan hidup.
Sanggup mengizinkan apa saja
tindak tanduk walaupun bertentangan dengan etika Kristian.
Mula menjauhkan diri daripada Tuhan, tidak lagi mahu ke gereja. Banyak
contoh dalam lingkungan kita berlaku begitu. Sangat menyedihkan.
Apa yang perlu kita buat kalau
berhadapan situasi seperti ini, dalam keadaan buntuh, tidak tau lagi mahu buat,
tiada pertolongan dan sebagainya. Jawapanya mudah saja “Jom Balik Kampung!...”
Apa yang telah menimpah keluarga Elimelekh? Ya, Elimelekh meninggal dan
kedua anaknya pun turut meninggal dunia.
Kedua dua anak Elimelekh tidak sempat ada zuriat. Malang sungguh mereka,
dan lebih malang lagi ibu dan isteri yang mereka tinggalkan.
Silapnya lagi mereka berkawin dengan perempuan Moab sedangkan orang Israel
di larang berkawin dengan bangsa lain. Ulangan
7:3 “Janganlah juga engkau kawin-mengawin dengan mereka: anakmu perempuan
jangalah kauberikan kepada anak laki-laki mereka, atau pun anak perempuan mereka
jangan kau ambil bagi anakmu laki-laki”.
Tetapi inilah larangan yang sering kali dilanggar oleh mereka. Musa pun
berkawin dengan orang Median, Yusuf pun berkawin dengan orang Mesir, siapa
lagi?
Mereka boleh dimaafkan sebab berlaku sebelum Hukum Taurat ditulis.
Raja Solomo jangan cakaplah mungkin setiap bangsa yang ada pada zaman itu dia ada isteri. Hari ini sama juga
ceritanya, kawin lintas budaya sudah lumrah dan diterima oleh masyarakat kita.
Syukur Perjanjian Baru tidak melarang kita kawin rentas budaya, hanya
yang dilarang jangan berkawin dengan yang tidak seiman. “ Janganlah kamu
merupakan pasangan yang tidak seimbang dengan orang – orang yang tak percaya. Sebab
persamaan apakah terdapat antara kebenaran dan kedurhakaan? Atau bagaimanakah
terang dapat bersatu dengan gelap? “2
Korintus 6:14.
Jadi carilah pasangan dalam seminari. Dapat Ijazah dapat isteri atau
suami, bagi mereka yang bujanglah. Lepas itu melayani bersama sama, kan bahagia
kalau begitu. Susah dan senang bersama sama. Puji Tuhan.
Tinggalah isteri Elimelekh yang bernama Naomi bersama kedua orang
menantunya iaitu Orpa dan Rut.
Mesti kacaukan hidup bersama menantu dan mertua. Agak-agak bahagiakah
mereka? Sudah tentu tidak, bagi Naomi dia mungkin sedang menyalahkah Tuhan,
atau dia ingat dia dikutuk oleh Tuhan.
Sebab bagi orang Israel kematian adalah kutuk, kita boleh lihat itu dalam Ulangan 3: 19 “ Aku
memanggil langit dan bumi menjadi saksi terhadap kamu pada hari ini: kepadamu
kuperhadapkan kehidupan dan kematian, berkat dan kutuk. Pilihlah kehidupan,
supaya engkau hidup, baik engkau maupun keturunanmu,”
Perdana menteri kita yang sudah berumur 94 tahun sekarang, sudah tentu
diberkati Tuhan, sebab umur panjang pun satu berkat.
Tapi yang pendek umur itu saya tidak cakap tidak diberkati Tuhan, sebab
Perjanjian Baru tidak menyebut tentang berkat dan kutuk. Tapi kasih Karunia.
Dalam ayat 6. Akhirnya Naomi
ingat kampung halamanya Efrata di Betlehem-Yehuda. Mungkin ada yang ingat mau
balik kampung kalau terlalu banyak tugasan di seminari. Melarikan diri untuk
seketika, atau yang bekerja, balik kampung sekejap untuk hilangkan tekanan dan
tuntutan kerja.
Tetapi ramai pula yang bukan balik kampung tapi pergi luar negara
melancong. Bukan tambah lagikah tekanan kalau pergi melancong sebab perlu
belanja yang banyak, berjalan di tempat yang tidak biasa, bahasa yang pelik
pelik dan sebagainya.
Bagi saya balik kampung halaman lebih aman. Mungkin sebab anak anak dan
isteri saya di kampung.
Naomi pun berkemas untuk balik kampung. Itulah keputusannya untuk menghadapi
kesusahan hidupnya. Keputusan hari ini akan menentukan siapa kita hari esok.
Betulkan?
Berlajar di STS ini pun satu keputusan, kita tidak berada di sini kalau
kita tidak buat keputusan. Atau ada yang tidak tau kenapa dia berada di STS?
Ayat 7-15. Naomi balik kampung bersama kedua
menantunya Orpa dan Rut. Dalam perjalanan Naomi mendesak agar kedua menantunya
balik ke rumah masing masing.
Saya dapat bayangkan betapa sedihnya suasana pada masa itu. Mereka tangis
menagisi antara satu dengan yang lain. Mungkin mereka tidak akan bertemu lagi
selepas itu untuk selama lamanya.
Memang sedih. Selepas tangisan yang kuat mereka pun berpisah.
Menantu pertama Naomi iaitu Orpa akur dengan permintaan Naomi, dia pun
balik ke rumah kelurganya di Moab. Tinggal lagi menantu yang seorang ini iaitu
Rut yang berkeras untuk ikut serta.
Mungkin keluarga asal Rut pun dua kali lima hancurnya, jadi lebih baik
ikut saja ibu mertuanya daripada balik. Saya hanya mengagak tidak ada catatan
dalam Alkitab.
Paling saya terkesan dengan ungkapan Rut “ Janganlah desak aku
meninggalkan engkau dan pulang dengan tidak mengikut engkau; sebab ke mana
engkau pergi, ke situ jugalah aku pergi, dan di mana engkau bermalam, di situ
jugalah aku bermalam: ayat 16
bangsamulah bangsaku dan Allahmulah Allahku; di mana engkau mati, aku pun
mati di sana, dan di sanalah aku dikuburkan. Beginilah kiranya TUHAN menghukum
aku, bahkan lebih lagi daripada itu, jikalau sesuatu apa pun memisahkan aku
dari engkau, selain daripada maut” ayat
17.
Wow!...Begitu mendalam perasaan Rut terhadap ibu mertuanya, walaupun
suaminya sudah meninggal dia tetap mahu bersama dengan ibu mertua malahan
sanggup mati bersama.
Biasanya mana ada perasaan mendalam seperti ini diantara menantu dan ibu
mertua, jangankan mertua sedang suami atau isteri sendiri pun belum tentu atau
mungkin sukar dicari perasaan mendalam seperti perasaan Rut.
Sanggup menjadikan bangsa suaminya atau isterinya bangsanya sendiri. Balik
rumah mertua pun bergaduh dulu baru balik, itu pun bermasam muka. Tetapi Rut
bukan begitu, dia mempunyai perasaan yang mendalam terhadap Naomi, malah Rut
menjadikan Allah orang Israel adalah Allahnya, memang luar biasa.
Ayat 18-22. Naomi dan Rut pun berjalan menuju
kampung halaman Naomi iaitu Bethlehem-Yehuda.
Sesampai di sana gempar seluruh kota, mungkin penduduk kota ragu ragu adakah orang itu adalah Naomi. Hanya
sepuluh tahun saja masa berlalu, sudah banyak perubahan pada diri Naomi,
mungkin dia kelihatan lebih tua daripada umurnya atau mungkin kelihatan sangat
sugul dan tidak bermaya. Agak-agak kalau kita balik kampung orang kampung kenal
kita lagi atau tidak?
Naomi berkata kepada penduduk kota agar jangan lagi panggil dia dengan
nama Naomi tetapi panggil dengan nama Mara, sesuai dengan musibah yang dia tanggung
yang sangat pahit.
Naomi mengatakan Allah telah mendatangkan malapetaka dalam hidupnya. Anda
pernah menyalahkan Tuhan ketika dalam kesusahan, kekurangan atau penderitaan?
Akhirnya Naomi bersama menantunya Rut orang Moab selamat tiba di Betlehem-Yehuda,
dikatakan masa itu adalah permulaan musim menuai jelai. Ayat 22
Nampaknya kelaparan sudah berakhir di Betlehem-Yehuda. Inilah khabar baik
bagi Naomi dan Rut. Sekurang-kurangnya sanak saudara dan orang sekota Naomi ada
makanan dan mereka boleh memberikan makanan kepada mereka berdua.
Bukan selamanya ada kesusahan dan kelaparan di kampung atau daerah kita
atau keluarga kita atau diri kita sendir. Ada masanya Tuhan memberi kelegaan
kepada kita.
Tuhan Yesus mengatakan “Marilah kepada-Ku, semua yang letih lesu dan
berbeban berat, Aku akan memberi kelegaan kepadamu” Matius 11: 28. Anda berbeban
berat hari ini?
Jangan cari ahlong, jangan cari suami orang atau isteri orang, atau bank
tapi carilah Tuhan Yesus dengan sujud berdoa kepadaNya. Paling tidak balik
kampung untuk mendapatkan pertolongan seperti Naomi.
Saya masih ingat 20 tahun yang lepas di daerah Kudat sangat kekurangan
air bersih, sebab daerah Kudat hanya bergantung bekalan air bersih dari Kota
Marudu yang jaraknya lebih kurang 80km.
Memang tidak dapat menampung keperluan air bersih penduduk daerah Kudat, agak
kritikal juga masa itu dengan isu masalah air. Sampai ada yang menolak tawaran
posting kerja di daerah Kudat sebab masalah air.
Syukur 10 tahun yang lepas iaitu pada tahun 2009 sudah siap pembinaa empangan
air Milau Kudat dan tahun 2010 sudah mula beroperasi.
Sebahagian tadahan air empangan adalah di kampung kami sendiri. Memang
cantik pemandangan tasik tadahan empangan Milau, seperti lautan. Ada masa tuan
puan boleh tengok sendiri. Memang cantik, bagai mereka yang gemar percutian
alam semulajadi disanalah tempatnya. Nanti pm saya kalau berminat.
Dikatakan kalau pun hujan tidak turun selama 10 bulan air empangan Milau
masih boleh bertahan. Hebat.
Sekarang kami tidak ada masalah air lagi. Tuhan sudah memberkati daerah
Kudat. Musim menuai jelai sudah tiba. Puji Tuhan.
Mari kita balik kampung…Kenapa?
Sebab sekarang musim menuai,
kampung kita sudah diberkati Tuhan. Atau mari kita memberkati kampung kita, setelah
anda diberkati oleh Tuhan.
Tuhan Allah Bapa kita di surga yang digambarkan dalam kitab Rut adalah
Allah yang menyelamatkan keluarga Naomi dengan mengerakan hati Naomi balik
kepangkuan keluarganya.
Seperti kisah perumpamaan Tuhan Yesus tentang anak yang hilang dalam Lukas 15:11-32. Selagi kita menjauhkan
diri dari pangkuan Tuhan Yesus selagi itu hidup kita tidak akan aman damai.
Tuhan Yesus berkata “ Akulah pokok anggur dan kamulah ranting-rantingnya.
Barangsiapa tinggal di dalam Aku dan Aku di dalam dia, ia berbuah banyak, sebab
di luar Aku kamu tidak dapat berbuat apa-apa” Yohanes 5:1.
Begitu juga Naomi dan Rut tidak boleh berbuat apa apa kalau mereka terus
hidup terpisah dengan keluarga dan
masyarakat yang beriman kepada Tuhan Allah orang Isarel.
Anda mahu diberkati? Tinggallah tetap dalam persekutuan dengan keluarga
kita dan dengan orang Kristian yang lain. Berusahalah menjadi sebahagian keluarga
Allah dalam masyarakat dengan menjadi anggota gereja setempat dan setialah
melayani di sana. Sebab anak anak Tuhan tidak boleh menyesihkan diri daripada
dunia dipersekitrannya, kita adalah garam dan terang dunia. Matius 5:13-14
Rut yang asalnya adalah orang bukan pilihan Tuhan oleh sebab kesetiaan
kepada ibu mertuanya akhirnya dia menjadi sebahagian umat Allah dan melalui dia
lahirlah keturunan bapa leluhur raja Daud dan daripada keturunan raja Daud lahirlah
Tuhan Yesus, Mesias yang dijanjikan (Cerita dalam fasal seterusnya)
Jadi mari kita setia kepada ibu mertua kita seperti Rut! Mungkin ada yang
tidak setuju, setia dengan ibu atau bapa mertua.
Bagi yang bujang itu tengok dulu bakal ibu atau bapa mertua anda, agak
agak boleh setia dengan dia atau tidak, kalau nampak gaya susah bergaual dengan
dia, bagus lari cepat cepat, sebelum ia menjadi ibu atau bapa mertua kamu.
Mari kita setia kepada Tuhan Yesus, seperti mana Tuhan Yesus setia sampai
mati kepada Bapa kita di Surga. Supaya kita pun diberkati seperti Rut dan
Naomi.
Kiranya damai sejahtera manuangi kita semua AMEN.
Comments
Post a Comment