Nama pelajar: Manuel Akiun
Tajuk Khotbah: Balik Rumah.
Teks: Filemon 1: 1-25.

Shallom semua, apa khabar?
Mari kita berdoa.
Pendahuluan

Kali ini saya ingin berkongsi satu cerita dalam Alkitab yang tidak banyak diperkatakan oleh para pengkhotbah, malahan seingat saya, belum pernah lagi saya dengar khutbah dari kitab Filemon.
Tetapi cukup menarik perhatian saya sebab keunik yang ada pada kitab Filemon. Antaranya adalah Kitab kedua terpendek yang hanya mempunyai 445 patah perkataan.
Bukan hanya pendeknya surat ini yang menjadi keunikan dan kekuatannya tetapi teologi yang tersirat dan tersurat yang menjadikan ianya masih melepasi pengkenonan Alkitab. Kita tahu bahawa memasukkan dan mengeluarkan satu satu naskah, surat atau kitab sangat rumit dan digumuli oleh para bapa bapa gereja kita, sebelum terhimpunnya 66 kitab dalam satu buku yang kita kenali sebagai Alkitab.
Sudah tentu ada sesuatu yang sangat bermanafaat bagi umat Kristian pada zaman surat ini ditulis sehinggalah pada zaman kita. Lebih istemewa lagi sebab malam ini saya membawa satu istelah baru dalam surat Filemon iaitu Balik Rumah.
Hari itu tajuk khutbah saya Balik Kampung kali ini Balik Rumah. Agak agak siapa yang disuruh balik rumah? Ya…Mereka yang lama tidak balik rumah itulah yang dipanggil untuk balik rumah. Pernah isteri anda menyuruh kita balik rumah, atau ibubapa memanggil kita balik rumah sebab hari sudah hampir gelap atau sudah bertahun tidak balik rumah.  
Dalam konteks surat Paulus kepada Filemon, individu yang disuruh balik rumah adalah seorang hamba yang bernama Onesimus kepada tuannya yang bernama Filemon.

Sedikit latarbelakang surat Filemon.
Penulisan adalah rasul Paulus dan Timotius. Tahun penulisan sekitar tahun 62 Masihi dan tempat penulisan di penjara Roma.
Kemungkinan besar ditulis ketika penahanan Paulus di Roma yang disebut dalam Kisah Para Rasul 28:16-31.
Tema surat adalah perdamaian dan mempraktikkan pengampunan dalam hidup orang Kristian.
Penerima surat adalah Filemon sendiri dapat dilihat dalam atau ayat 1 2, 10, 23 dan 24 dalam surat ini.
Tempat atau lokasi Filemon pada masa itu adalah di Kolose, seperti yang disebut dalam Kolose 4:9,10,12,14,17.
Filemon menjadi pemilik hamba yang bernama Onesimus merujuk dalam ayat 16 dan juga merupakan anggota gereja di Kolose merujuk dalam ayat 1-2 dan dalam Kolose 4:9
Onesimus  bertaubat hasil pelayanan Paulus merujuk ayat 19.

Onesimus telah melarikan diri ke Roma, di sana dia mengenal Paulus. Kemudian dia menerima Injil dan terbitnya suatu persahabatan yang erat antara mereka berdua, merujuk ayat 9-13.
Sekarang dengan perasaan segan Paulus mengirim Onesimus kembali kepada tuannya iaitu Filemon, ditemani oleh Tikhikus rakan seperjuangan Paulus yang memberitakan Injil rujukan Kolose 4:7-9

Garis Besar Surat Filemon
1.    Ucapan Salam Paulus (ayat 1-3)
2.    Penghargaan Terhadap Filemon (ayat 4-7)
a.     Dalam ucapan syukur Paulus dan kegembiran besar Paulus.
3.    Permohonan untuk Onesimus (ayat 8-21)
a.     Paulus tidak mendesak Filemon.
b.    Alasan mengirim Onesimus kembali ke rumah Filemon, permohonan yang bersifat penggantian.
c.     Paulus menggap Filemon berhutang kepadanya sebab Injil yang diberitakan oleh Paulus, dengan menerima Onesimus bererti hutang Filemon sudah dilunaskan.
d.    Paulus mengharapkan Filemon memberi reaksi yang positif dengan menerima Onesimus.
4.    Penutup  (ayat 22-25)
a.     Paulus berharap dapat mengunjungi Filemon.
b.    Paulus menyampaikan salam daripada kawan-kawannya yang bersama dengan dia dan ucapan berkat.

Tujuan surat
Bagi mengurus persoalan khas bagi hamba Filemon yang bernama Onesimus yang telah melarikan diri.
Menurut hukum Romawi pada masa itu, seorang hamba yang melarikan diri dari tuannya boleh dihukum mati.
Paulus memainkan peranan seperti pengantara antara Onesimus dengan Filemon agar Onesimus diterima kembali secara ramah sebagi orang percaya dan sahabat Paulus. Bukan lagi sebagai hamba.        

Mari kita berbalik kepada teks.
Ayat 1-3 Dikatakan bahwa rumah Filemon adalah tempat berkumpul orang Kristian di Kolose dan berfungsi sebagai gereja pada masa itu. Mungkin juga di tempat lain perkara yang sama berlaku, di mana rumah anggota jemaat dijadikan gereja.
Menarikkan! …. Zaman kita ada yang bersedia menjadikan rumahnya tempat beribadah?
Saya masih ingat pada tahun 1980 di jemaat kami, kami pun mengadakan kebaktian di rumah anggota jemaat sehingga ada bangunan gereja dibina pada tahun 1985.
Itulah gunanya rumah bukan saja untuk kegunaan ahli keluarga tetapi juga untuk mengadakan kebaktian dan berfungsi sebagai gereja.
Ketika saya mengikut seminar di Korea pada tahun lepas (2018), salah satu gereja yang kami lawat yang terletak di Soul Korea, mereka menjadikan rumah anggota jemaat sebagai gereja mereka. Mereka sebut ‘Gereja Rumah’ mereka menjadikan rumah anggota jemaat sebagai pusat pelayanan dan mengadakan aktiviti gereja dalam kelompok mereka.
Sekali lagi rumah berfungsi sebagai gereja. Jadi balik rumah boleh membawa erti balik ke gereja atau balik kepangkuan Tuhan Yesus, sebab gereja itu adalah milik Tuhan Yesus.  Puji Tuhan.
Maksud tersirat rasul Paulus menyuruh Onesimus balik rumah Filemon adalah supaya menjadi anggota jemaat dan melayani di rumah Filemon.

Ayat 4-7 Paulus memuji kasih dan iman Filemon yang dia telah ditunjukkannya kepada anggota jemaat yang ada di Kolose.
Kita sangat beruntung  kalau ada pemimpin seperti Filemon, bukan saja mengizinkan anggota jemaat berkumpul di rumahnya malahan ia penuh kasih dan beriman kepada Tuhan Yesus.
Mungkin juga Filemon membiayai para hamba Tuhan termasuk rasul Paulus dan anggota jemaat dari segi makan dan minum ketika mereka berkumpul.
Sebab bunyi surat Paulus kepada Filemon mengambarkan hubungan yang mendalam dan mesra. Atau mungkin juga kebolehan rasul Paulus menangani permasalaan umat Kristian pada masa itu, melalui kata-kata yang penuh hikmat dan penuh kasih.
Dalam ayat ini digambarkan bahwa Filemon seorang yang pemurah dan sangat baik hati. Hari ini pun gereja sangat memerlukan individu seperti Filemon bagi kelangsungan pelayanan.  

Ayat 8-22 Tidak pasti kenapa hamba Filemon yang bernama Onesimus melarikan diri dari rumah tuannya dan mungkin juga dia telah mengambil sesuatu sebelum dia melarikan diri.
Kemudian intah macam mana dia bertemu dengan Paulus di penjara di Roma. Tidak dinyatakan  sama ada Onesimus ditanggap dan dipenjarakan tapi yang pasti Paulus telah ada hubungan yang mendalam dengan Onesimus sehingga Paulus menyebut dia adalah anaknya.
Bukan itu saja Onesimus telah menjadi orang percaya. Itulah hebatnya Paulus di mana saja dia berada, dia akan memberitakan injil. Kita pun boleh melakukan perkara yang sama seperti Paulus di mana saja kita berada kita memberitakan Injil.
Siapa tahu hasil perkongsian kita dengan seseoran ada yang dibukan hati oleh Roh Kudus sehingga menjadi Onesimus zaman ini. Kita tidak buat kita tidak tahu berhasil atau tidak.
klimaks surat Paulus kepada Filemon pada ayat 16
Ayat ayat sebelum itu adalah kata kata pujian untuk mengambil hati Filemon agar tujuan surat Paulus boleh dipertimbangkan. Teknik yang  biasa kita pakai dalam pembukaan khutbah atau ucapan agar pendengar merasa teruja dan dihiburkan sebelum ditegur atau diminta berbuat sesuatu, terutama kalau menyentuh soal wang ringgit. Mana boleh terus minta sumbangankan, mesti ada bunga bunga dulu.

Masih di ayat 16 Permintaan rasul Paulus bukan setakat menyuruh Onesimus balik rumah Tuan Filemon tetapi lebih daripada itu, iaitu menerima dia bukan lagi sebagai hamba tetapi sebagai saudara yang kekasih sebagai salah satu anggota jemaat di rumah Filemon. Jauh sekali menyuruh Filemon menghukum Onesimus.
Filemon berhak sepenuhnya atas hidup dan matinya Onesimus, sebab menurut hukum Romawi pada masa itu, hamba yang melarikan diri boleh dihukum mati oleh tuannya.

Ayat 19-21 Paulus mempertaruhkan dirinya sendiri demi Onesimus, maksudnya apa? Ia mempertaruhkan nyawanya.  
Ada yang sanggup mempertaruhkan nyawanya demi seseorang yang berstatus hamba abdi? Rasul Paulus sanggup.
Demi pemimpin ada yang sanggup mati atau demi negara, atau demi anak dan isteri ada yang sanggup. Tapi kalau hanya seorang hamba abdi yang tidak bernilai dan tidak berguna, seperti ungkapan rasul Paulus dalam ayat 11 terhadap Onesimus.  Saya fikir tiada yang sanggup.
Mungkin juga Onesimus seorang pencuri atau melakukan jenayah sehingga dia dimasukan kedalam penjara. Melarikan diri dari tuannya pun sebenarnya jenayah besar dan setimpal hukuman mati pada masa itu. Ada yang sanggup mati demi bekas penjenayah? Rasul Paulus sanggup.
Itulah hebatnya kuasa Injil, sanggup walaupun nyawa sendiri sebagai taruhan. Tuhan Yesus sendiri menyatakan kasih Bapa dengan kematianya di kayu salip. Sehingga status kita diubah dari seorang hamba yang tidak berguna kepada anak anak Allah yang mengubah dunia. Haleluya. Katakan pada diri sendiri “Saya mengubah dunia”  
Kita seperti Onesimus yang selayaknya dihukum mati oleh Tuan Filemon sebab melarikan diri dari rumahnya. Kita juga seperti Onesimus terpenjara oleh sebab dosa yang kita lakukan, terpenjara dalam ketakutan, ancaman, ugutan dan kematian.
Tetapi rasul Paulus ada dalam penjara untuk memberitakan khabar baik, sehingga Onesimu dibebaskan dari penjara dan hukuman mati oleh tuannya. Itulah pentingnya pelayan penjara, supaya ada yang bertaubat menerima Tuhan Yesus.
Para misinori adalah rasul Paulus bagi kita, saya diingatkan keadaan bangsa Rungus pada tahun 1950 ketika misinori datang? Masa itu orang Rungus  adalah bangsa yang tiada masa depan, tidak mampu belajar dan dikuasai oleh kepercayaan tahyul yang membelenggu pergerakan mereka, bayangkan dalam rumah sendiri pun tidak bebas bergerak, bagimanalah memajukan diri?
Syukur pada tahun 1952 bangsa Rungus mula menerima Injil, kami umpama Onesimus balik rumah tuannya. Itulah pentingnya teologi Balik Rumah iatiu balik kepangkuan Tuhan Yesus agar kita mempunyai hidup dan mempunyainya dalam segala kelimpahan (Yohanes 10:10).

Ayat 23-25 Kata kata penutup surat rasul Paulus kepada Filemon dan menyebut beberapa nama yang bersama dia dalam penjara, ada nama yang disebut itu adalah nama yang sama yang disebut dalam Kolose 4:7-9. Sangat penting sebab rujukan lokasi rumah Filemon.

Penutup
Mungkin kita tertanya tanya kesudahan kisah Onesimus, berjayakah dia balik rumah Filemon, diterimakah dia balik rumah, benarkah dia tidak dihukum oleh tuannya, atau benarkah tuan Filemon menunaikan permintaan rasul Paulus?
Salah satu alasan surat ini dimasukan dalam Alkitab sebab kesudahan riwayat Onesimus yang telah mengakhir hidupnya bukan lagi sebagi hamba abdi, dan bukan hanya sebagai orang bebas dari tuan Filemon tetapi telah menjadi uskup di Efesus. Wow….Tahniah Onesimus.
Menurut sumber daripada tulisan surat seorang yang bernama Ignatius pada abad kedua, Ignatius telah menulis surat kepada gereja di Efesus dia telah menyebut nama Uskup Onesimus, dikuatkan lagi dengan maksud nama Onesimus yang tidak berguna, seperti nama yang disebut oleh rasul Paulus merujuk kepada Onesimus yang dia jumpai dipenjara Roma.
Kalau inilah Onesimus sihamba yang melarikan diri itu, memang wajar surat Paulus yang pendek ini menjadi berita khabar baik yang patut kita pelajar.
Demikianlah kesudahan cerita Onesimus dari seorang hamba yang melarikan diri, ditangkap, dipenjara, dibebaskan dan balik rumah tuannya kemudian menjadi Uskup Onesimus. Itulah kuasa Injil.
“Sebab aku mempunyai keyakinan yang kokoh dalam Injil, kerana Injil adalah kekuatan Allah yang menyelamatkan setiap orang yang percaya, pertama-tama orang Yahudi, tetapi juga orang Yunani” Roma 1: 16.
Apabila Injil diberitakan, kekuatan Allah dinyatakan dan itulah yang akan mengubah sejarah hidup seseorang dari seorang hamba kepada Uskup, dari seorang hukuman menjadi anak-anak Allah.
Anda dan saya telah diubah oleh Injil, jadi mari kita teruskan pula khabar baik ini kepada orang lain. Supaya mereka pun dapat balik rumah seperti Onesimus. Puji Tuhan.  
Kiranya damai sejahtera menaungi kita semua. Amin.






Comments

Popular posts from this blog