NAMA PELAJAR: MANUEL
AKIUN
TAJUK: BALIK KAMPUNG.
TEKS: RUT 1:1-22
Shallom semua, apa khabar?
Tajuk khotbah saya untuk Perjanjian
Lama adalah
BALIK KAMPUNG.
Ada yang rindu balik kampung? Setiap hujung minggu saya balik kampung.
Mungkin ada yang bertanya apa kena mengena
balik kampung dengan pengajaran Alkitab atau adakah teologi balik kampung?
Teks yang saya ambil adalah dari
Kitab RUT 1: 1-22.
Sedikit pengenalan tentang kitab Rut.
Kitab Rut secara historical menceritakan tentang satu keluarga Israel pada
zaman para Hakim iaitu sekitar tahun 1375-1050 sebelum Masihi.
Secara geografi 18 ayat pertama kitab
ini berlaku di tanah Moab sebelah timur Laut Mati.
Kisah seterusnya berlaku di Betlehem di
Yehuda.
Secara urutan dalam Alkitab, kitab Rut
terletak sesudah Kitab Hakim-Hakim dan sebelum Kitab 1 Samuel.
Penulis kitab adalah nabi Samuel
menurut tradisi Talmud (Tradisi lisan)
Tujuan kitab ini ditulis adalah untuk
menceritakan tentang kasih yang rela berkoban dan pelaksanaan hukum Allah yang
benar. Serta mengabadikan kisah indah sebuah keluarga yang saleh yang setia
dalam penderitaan yang sangat bertentangan dengan kemorosotan rohani dan moral
orang Israel pada masa itu.
Mari kita berbalik kepada teks
khotbah saya.
Ayat 1-2 Dikatakan
ada kelaparan terjadi di tanah Israel.
Ada seorang yang bernama Elimelekh dari Betlehem-Yehuda, dia meninggalkan
kampung halaman sebab terdesak oleh sebab kelaparan yang melanda di kampung
halaman mereka, dia membawa isteri dan kedua-dua anak mereka yang bernama
Mahlon dan Kilyon pergi daerah Moab dan menetap di sana.
Elimelekh membawa keluarganya berhijrah ke daerah Moab. Ingat lagi asal
usul orang Moab. Mereka adalah keturunan Lot anak buah Abraham. Sebenarnya
bangsa Moab adalah saudara orang Israel. Kita boleh lihat ini dalam Kejadian 19: 36-38.
Elimelekh berhijrah ke daerah Moab dengan harapan mendapat kehidupan
lebih baik dan sekurang-kurang mereka tidak mati kelaparan.
Dalam ayat 3-5 Agak sedih kisah keluarga Elimelekh,
dalam tempoh sepuluh tahun sahaja keadaan keluarga ini betul betul hancur,
sebab Elimelekh meninggal dan kedua anaknya pun turut meninggal.
Kedua dua anak Elimelekh tidak sempat ada zuriat. Malang sungguh mereka,
dan lebih malang lagi ibu dan isteri yang mereka tinggalkan.
Tinggalah isteri Elimelekh yang bernama Naomi bersama kedua orang
menantunya iaitu Orpa dan Rut. Sekarang Naomi tidak ada apa apa lagi yang tinggal
selain kedua menantunya.
Naomi berada diluar lingkungan kaum keluarga dan diluar orang
sebangsanya, sudah tentu tiada tempat bergantung atau membelah nasipnya.
Dalam ayat 6. Akhirnya Naomi
ingat kampung halamanya Efrata di Betlehem-Yehuda, hanya itulah satu satunya
harapan yang tinggal. Balik kepangkuan keluarga dan kepada bangsanya atau dengan
kata lain dia ingat akan Allah orang Israel. Sudah tentu ada sinar harapan di
sana.
Naomi pun berkemas untuk balik kampung. Itulah keputusannya untuk menghadapi
kesusahan hidup. Keputusan hari ini akan menentukan siapa kita hari esok.
Betulkan?
Ayat 7-15. Naomi balik kampung bersama kedua
menantunya Orpa dan Rut. Dalam perjalanan Naomi mendesak agar kedua dua mereka
balik ke rumah masing masing.
Saya dapat bayangkan betapa sedih suasana pada masa itu. Mereka tangis
menangisi antara satu dengan yang lain. Mungkin mereka tidak akan bertemu lagi
selepas itu untuk selama lamanya.
Memang sedih. Selepas tangisan yang kuat mereka pun berpisah.
Menantu pertama Naomi iaitu Orpa akur dengan permintaan Naomi, dia pun
balik ke rumah kelurganya di Moab. Tinggal lagi menantu yang seorang iaitu Rut
yang berkeras untuk ikut serta.
Paling saya terkesan dengan ungkapan Rut “ Janganlah desak aku
meninggalkan engkau dan pulang dengan tidak mengikut engkau; sebab ke mana
engkau pergi, ke situ jugalah aku pergi, dan di mana engkau bermalam, di situ
jugalah aku bermalam: ayat 16
bangsamulah bangsaku dan Allahmulah Allahku; di mana engkau mati, aku pun
mati di sana, dan di sanalah aku dikuburkan. Beginilah kiranya TUHAN menghukum
aku, bahkan lebih lagi daripada itu, jikalau sesuatu apa pun memisahkan aku
dari engkau, selain daripada maut” ayat
17.
Wow!...Begitu mendalam perasaan Rut terhadap ibu mertuanya, walaupun
suaminya sudah meninggal dia tetap mahu bersama dengan ibu mertua malahan
sanggup mati bersama.
Ayat 18-22. Naomi dan Rut pun berjalan menuju
kampung halaman Naomi iaitu Bethlehem-Yehuda.
Sesampai di sana gempar seluruh kota, mungkin penduduk kota ragu ragu adakah orang itu adalah Naomi. Hanya
sepuluh tahun saja masa berlalu, sudah banyak perubahan pada diri Naomi, mungkin
dia kelihatan lebih tua daripada umurnya atau mungkin kelihatan sangat sugul
dan tidak bermaya.
Naomi berkata kepada penduduk kota, jangan lagi panggil dia dengan nama Naomi
tetapi panggil dengan nama Mara, sesuai dengan musibah yang dia tanggung yang
sangat pahit. Naomi mengatakan Allah telah mendatangkan malapetaka dalam
hidupnya. Ayat 21
Akhirnya Naomi bersama menantunya Rut orang Moab selamat tiba di
Betlehem-Yehuda, dikatakan masa itu adalah permulaan musim menuai jelai. Ayat 22
Nampaknya kelaparan sudah berakhir di Betlehem-Yehuda. Inilah khabar baik
bagi Naomi dan Rut. Sekurang-kurangn sanak saudara dan orang sekota Naomi ada
makanan dan mereka boleh memberikan makanan kepada mereka berdua. Beban berat
Naomi mula mendapat kelegaan.
Tuhan Yesus mengatakan “Marilah kepada-Ku, semua yang letih lesu dan
berbeban berat, Aku akan memberi kelegaan kepadamu” Matius 11: 28.
Anda berbeban berat hari ini seperti Naomi? Carilah Tuhan Yesus. Paling
tidak balik kampung untuk mendapatkan pertolongan seperti Naomi. Berkat mungkin
sedang menanti di sana.
Ingat lagi kisah perumpamaan Tuhan
Yesus tentang anak yang hilang dalam Lukas
15:11-32.
Selagi kita menjauhkan diri dari pangkuan Tuhan Yesus selagi itu hidup
kita tidak akan aman damai. Balik kampung bagi Naomi juga bermaksud kembali
kepada Allah orang Israel.
Rut sebenarnya berkat yang Allah sudah berikan kepada Naomi, walaupun Rut
pada masa itu tidak mempunyai anak, tetapi kesetiaan Rut untuk sehidup semati
dengan Naomi pun adalah berkat yang tidak terhingga yang tidak disedari oleh
Naomi.
Bumi mana yang
tidak ditimpa hujan, lautan mana yang tidak bergelora. Begitu juga dengan
kehidupan manusia.
Tidak pernah sunyi
daripada pergumulan dan masalah. Walapun begitu harapan sentiasa ada dalam
Yesus Kristus. Asalkan saja kita tidak menjauhikan diri daripadaNya. Siapa tahu
disebalik kesusahan yang kita hadapi tersebunyi berkat yang tidak terhingga.
Puji Tuhan.
Kiranyan
damai sejahtera menaungi kita semua Amen.
Comments
Post a Comment