Tugasan:
Kertas Refleksi Kursus Keseluruhan.
Pelajar: Manuel Akiun.
Program: BD.
Tarikh: 31.5.2021.
Subjek: Pelayanan Kanak-Kanak dan
Remaja.
Pensyarah: Dr. Joy Saik
Pendahuluan
Saya bersyukur kepada TUHAN sebab
diberi kesempatan menjadi salah seorang pelajar dalam kursus Pelayanan Kanak-kanak
dan Remaja. Saya tidak ada pengalaman melayani kanak-kanak di gereja, walaupun
begitu saya bekerja di hospital kanak-kanak sejak tahun 2013, tidak berkaitan
secara langsung dengan kursus ini tetapi sedikit sebanyak telah membantu saya
memahami kanak-kanak dan remaja. Kursus ini telah menambah pengetahuan saya
tentang psikologi kanak-kanak dan remaja menurut pandangan Alkitab dan para
ahli psikologi dunia yang terkenal.
a. Terangkan proses kumpulanmu. Bagaimana kumpulanmu
membuat keputusan mengenai penyampaian isu kanak-kanak dan isu remaja?
Kumpulan kami seramai 3 orang, lokasi yang berjauhan,
saya di Kota Kinabalu Sabah, seorang lagi di negara Brunei dan seorang lagi di
Paitan Sabah. Kami tidak pernah bertemu secara fisikal. Semua perbincangan
dilakukan melalui aplikasi Whatsapp. Kami berbincang dan membuat keputusan
melalui aplikasi tersebut. Kami membahagikan tugas kemudian dapatan yang kami
dapat dikumpul, kemudian salah seorang dari kami menyusun bahan itu supaya
menjadi satu bahan yang tidak tercerai-berai. Kami semak bersama dan sama-sama
membuat pembentulan sebelum dibentangkan.
b. Adakah kumpulanmu menghadapi sebarang masalah dalam
proses penyediaan?
Kumpulan kami tidak menghadapi
sebarang masalah dalam proses penyediaan bahan pembentangan. Cuma semasa hari
pembentangan tiba-tiba ahli kumpulan yang menyimpan bahan pembentangan tidak
hadir kelas dan dia tidak memberi salinan fail kepada kami, dia juga tidak
dapat dihubungi. Sampai sekarang dia tidak memohon maaf atau menjelaskan apa
yang telah berlaku pada masa itu.
c. Apakah kamu merasakan bahawa kumpulanmu telah
mencapai matlamat dan objektif pembelajaran yang ditentukan?
Ya memang mencapai matlamat dan objektif
pembelajaran yang ditentukan.
d. Seberapa baik ahli-ahli kumpulan bekerja
bersama-sama? Apakah semua ahli telah bekerjasama dan membuat sumbangan
bermakna kepada kumpulan?
Semua ahli kumpulan kami memberi
kerjasama yang cukup baik, memberi idea dan mencari bahan yang diperlukan,
tanpa disuruh atau membantah. Semua berjalan dengan lancar.
e. Di bahagian yang mana kamu merasa kumpulan kamu
masih boleh meningkatkan lagi standard penyampaian isu?
Dari segi penyususnan bahan
pembentangan dan penerokaan lebih mendalam tentang isu-isu yang ingin dibentangkan.
Seperti membuat satu dua soal selidik tentang isu itu kepada masyarat masa kini
supaya dapat membuat perbandingan dengan isu yang sedang dibahas dalam kuliah.
f. Apa yang telah kamu pelajari mengenai pelayanan
kanak-kanak dan pelayanan remaja-belia melalui kursus ini?
Saya belajar tentang psikologi
kanak-kanak dan remaja dari sudut pandangan para ahli psikologi dunia dan
Alkitab. Kedua-dua pandangan memang baik dan saling melengkapi. Kedua-duanya
menekankan penglibatan orang dewasa sama ada mereka itu merupakan ibu bapa,
guru atau siapa saja dalam masyarakat supaya memainkan peranan mendidik
kanak-kanak dan remaja supaya mereka menjadi orang dewasa yang baik nanti. Kalau
pun mereka tidak dapat mengajar melalui perkataan memadai mereka menjadi contoh
dari segi percakapan, pergaulan, kualiti hidup yang baik dan sebagainya.
g. Apa cadangan yang kamu ingin berikan kepada ibu Joy
untuk meningkatkan lagi standard pengajaran kursus ini pada masa akan datang?
Ibu Joy sudah memberi yang terbaik,
bahan bacaan, nota semua disediakan. Tinggal lagi pelajar membaca dan
menghayati bahan yang telah diberikan. Tidak dapat dinafikan pengajara secara
fisikal masih diperlukan kalau keadaan mengizinkan. Mungkin ibu Joy sudah
berusaha bersabar dengan kelalaian para pelajar memahami tuntutan kursus,
memang bukan mudah menghadapi karena pelajar dewasa dan pelajar separuh masa.
Semoga ibu Joy tetap tabah pada kelas-kelas yang akan datang. Sebab besar
kemungkinan pelajar sama juga yang akan mengikut kelas itu nanti. Kesabaran
mungkin boleh ditingkatkan.
Kesimpulan
Pelayanan kanak-kanak dan remaja
bermula di rumah, guru pertama mereka ialah ibu dan bapa. Merekalah yang
memperkatakan firman TUHAN dan menjadi contoh sepanjang usia kanak-kanak dan
remaja mereka. Kegagalan ibu dan bapa akan mengundang isu kanak-kanak dan
remaja yang sangat menyayat hati. Semoga TUHAN memberi kita hati yang mahu
menjadi contoh yang baik dengan memberi kasih dan sayang kepada mereka. Sekian.
Comments
Post a Comment