Subjek: Pelayanan Dewasa (2 jam kredit).

Pengajar: Joy Saik Oy Mooi (Phd).

Pelajar: Manuel Akiun

Tarikh: 4hb Februari sehingga 5hb Mei 2020

Tugasan: Refleksi Kursus.

 

Pengenalan

            Kursus Pelayanan Dewasa mempunyai 2 jam kredit bersamaan 30 jam dalam kelas, terdiri daripada pelbagai peringkat pengajian iaitu STS, CTS, BTh, Dip Th, BD, MDiv 1&2 dan MMin. Belajar dalam satu kelas cuma tugasan yang berbeza diberikan mengikut peringkat pengajian. Pembelajaran dalam kelas bagi pelajar separuh masa tidak dapat diteruskan mengikut jadual disebabkan perintah kawalan pergerakan (PKP) yang bermula 18.3.2020 sehingga 3.5.2020 dan perintah kawalan pergerakan bersyarat (PKPB) 4.5.2020 sehingga 9.6.2020 dan dilanjutkan kawalan pergerakan pemulihan (PKPP) 10.6.2020 sehingga 31.8.2020. Kelas terpakasa diadakan secara online menggunakan aplikasi Zoom.

 

Kerja Berkumpulan

            Pelajar dalam kelas dibahagikan beberapa kumpulan, fungsi kumpulan membincangkan tugasan yang diberikan oleh pengajar dan membentangkan hasil perbincangan mereka. Dalam kumpulan kami terdiri daripada tiga orang pelajar separuh masa dan seorang pelajar penuh masa.

Tugasan pertama kumpulan tentang pengajaran mengikut cara Andragogi (cara orang dewasa belajar). Ahli kumpulan kami memberi kerjasama yang sangat baik, memberi idea dan mengolah idea secara kreatif dan bersungguh-sungguh. Tajuk pembelajaran yang kami ambil  ‘Memberi persembahan’

Cara pembelajaran Andragogi ia membahagikan kepada 5 fasa atau gerakan pembelajaran. Kami membahagikan setiap gerakan kepada ahli kumpulan, kemudian dibentangkan mengikut pembahagian tersebut dalam kelas. Syukur berjalan lancar.

            Tugasan kedua kumpulan mengadakan lawatan pelayanan kepada warga emas, jadual tugasa kami pada 18.4.2020 disebabkan PKP tidak dapat dibuat sebab tidak dibenarkan bergerak kemana mana hanya duduk dalam rumah sahaja.

Walaupun begitu pengajar memberi arahan agar kami melakukan sendiri tugas melayani warga emas satu atau dua warga emas. Saya telah memilih warga emas yang berumur 70 tahun seorang balu dan mengidap penyakit yang berkaitan dengan autoimmune (Antibodi menyerang diri sendiri). Sekarang tinggal bersama anak perempuannya yang sudah berkawin yang mempunyai dua orang anak (cucu warga emas itu sendiri). Warga emas tersebut selalu ada temujanji dengan doktor pakar di hospital Queen 1 boleh dikatakan setiap bulan.

Kemampuan fizikal warga emas, ia masih boleh berjalan sendiri dalam rumah, mampu melakukan penjagaan diri, pergi ke tandas, mandi dan makan sendiri. Boleh lagi menyediakan makanan untuk diri sendiri.

Keadaan mental, masih lagi waras dan boleh berbual dengan baik cuma tidak lama lebih kurang dalam 30 minit, selepas itu warga emas penat dan perlu berbaring banyak masa dihabiskan tidur daripada melakukan aktiviti.

Lawatan saya disambut dengan baik, dia tidak banyak bercakap, hanya menjawab kalau ditanya. Apa yang saya buat ketika melawat warga emas tersebut ialah mengemas bilik tidurnya yang agak berhabuk dan berselerak. Saya sapu, mop dan susun barang barang dalam bilik tersebut. Kemudian saya menyediakan makanan sarapan pagi dan berbual bual dengan dia. Saya tidak lama di sana lebih kurang 2 jam sahaja, sebab warga emas tersebut cepat penat dan perlu berbaring dan tidur, saya sempat Tanya tentang perasaan dan harapannya, dia cakap kalau boleh dia mahu sihat dan melihat cucu cucunya membesar dengan sihat dan berjaya.

Saya akhir kunjugan saya dengan doa untuk warga emas tersebut dan doa berkat untuk seisi keluarga yang tinggal bersamanya.

 

Pemerhatian dan pengalaman dari wawancara orang tua

            Berbual dengan orang tua atau warga emas satu pengalaman yang sangat menyeronokan, umpama saya sedang membaca buku lama yang bergambar dan bersuara. Pengalaman warga emas yang saya wawancara banyak berkisar tentang perjalanan hidupnya. Dia cakap kalau diceritakan semua satu hari pun tidak habis.

Warga emas yang saya wawancara telah mengusahakan kampung halamanya sejak berumah tangga. Pada masa itu kampung halaman mereka tiada kemudahan asas seperti jalan raya, air bersih dan elektrik. Kehadiran mereka disatu satu kawasan menarik perhatian orang lain untuk mengusahkan tanah di kawasan yang berhampiran sehingga terbentuknya satu perkampungan. Apabila perkampungan wujud, wujud juga pemimpin kampung yang membawa suara kepada pemerintah. Seterusnya menarik perhatian para misinori pada masa itu, sehingga orang kampung telah menerima Injil. Injil itu pula telah membebaskan mereka daripada belenggu kepercayaan lama.           

Walaupun warga emas yang saya wawancara bukan seorang pemimpin masyarakat tetapi secara tidak langsung telah menyumbang kepada kemajuan di kampungnya yang kini dinikmati oleh generasi sekarang termasuk saya sendiri sebab telah berkawin dengan gadis di kampung mereka.

Saya tidak perlu lagi bersusah payah memohon kepada pihak kerajaan menyediakan kemudahan asas termasuk gereja dan kemudahan komuniti yang lain seperti dewan, padang, klinik kesihatan, sekolah, perpustakaan dan sebagainya sebab semua sudah tersedia jauh sebelum kehadiran saya di kampung mereka. Bagi saya itulah sumbangan warga emas yang saya wawancara dan juga para warga emas yang lain yang seperjuangan dengannya.

            Begitu juga dengan negara kita Malaysia, tidak wujud secara sendiri, tetapi telah melalui perjalanan yang panjang jauh sebelum kewujudan negara yang dikenali sebagai Malaysia. Sudah tentu ada individu yang telah berjuang mempertahankan kawasan yang kita duduk sekarang daripada ancaman luar. Sekarang mereka telah menjadi warga emas, wajar dan patut kita menghargai mereka, tanpa mereka tiadalah kemajuan yang kita kecapi hari ini. Tugas kita pula meneruskan legas perjuangan mereka agar kita boleh meneruskan dan menyediakan suatu negara yang lebih baik dari sebelum ini kepada generasi yang akan datang.

            Kesihatan fizikal, mental dan rohani warga emas tersebut menarik perhatian saya, dari pengakuannya sendiri dia tidak merasa ada yang kurang pada tenaga sama seperti diusia 40an sedangkan usianya pada masa saya wawancara 75 tahun. Saya dapat lihat sendiri keadaan fizikal masih kuat, masih mampu mengusahakan sawah padi dekat rumah setiap tahun tanpa pertolongan orang lain selain isteri. Belum ada kekurangan yang ketara pada penampilan fizikal, tidak bongkok, masih ada gigi, rambut masih lebat walaupun sudah beruban.   

 

Pengetahuan Baharu Dalam Kursus Pelayanan Dewasa

            Ketika mendaftar masuk kursus Pelayanan Dewasa fikiran pertama yang terlintas dalam fikiran saya ialah apalah yang akan diajarkan, harap harap ada perkara baharu.

            Memang benar ada perkara baharu yang diajarkan malahan semua baharu sebenarnya. Bermula dengan teori perkembangan Erikson, dulu saya belajar di kolej perubatan kami belajar peringkat perkembangan kanak-kanak sahaja. Tetapi dalam kursus pelayanan dewasa belajar sehingga peringkat-9 iaitu lanjut usia, 80 tahun dan keatas.

  Bagi Erikson setiap peringkat kehidupan ada sahaja yang perlu di selesaikan, sekiranya seseorang gagal menyelesaikannya ia akan mempengaruhi keadaan emosi di peringkat seterusnya dan boleh menghasilkan orang dewasa yang tidak bahagia.

            Belajar tentang teori struktur kehidupan Daniel Levinson, ia mengatakan kehidupan umpama gelombang, mengulangi tiga fasa kehidupan sepanjang hidup. Iaitu ‘Fasa Perubahan’ ketika seseorang menghadapi perubahan dalam hidup, seperti berpindah tempat kerja, kematian orang yang disayangi, dibuang kerja dan sebagainya.

            ‘Fasa Transisi’ apabila seseorang mula menyesuaikan diri dengan perubahan yang telah berlaku. ‘Fasa Kestabilan’ apabila seseorang telah menjalani kehidupan baru dengan tenteram dan bahagia semula dengan identiti baru dan peranan baru. Contoh telah menjadi seorang bapa, seorang suami atau isteri, menjadi peniaga dan bukan lagi pekerja, telah bersara tidak lagi bekerja dan sebagainya.

            Teori kedewasaan Jeffrey Arnett, hasil kajian Arnett seseorang dikatakan dewasa apabila tidak bergantung kepada ibubapa, boleh meneroka kehidupan dengan bebas dan ada keyakinan pada kemampuan diri sendiri.

            Teori Susan Whitbourne tentang ‘Assimilasi dan Akkomodasi’ menurut teori ini seseorang yang berassimilasi ialah mereka yang menyerap pengalaman hidupnya, tidak membuat ubah suai, ia hanya mengikuti pengalaman tersebut tanpa merenung atau pun  memperbaiki diri, kesannya ia akan menjadi orang dewasa yang cepat bertindak balas secara berlebihan dengan dengan orang lain (reactive). Seperti cepat marah, kurang sopan, mementingkan diri dan banyak lagi kesan buruk. Akkomodasi pula seseorang yang merenung semua pengalaman hidup yang dilalui untuk memperbaiki diri dalam semua aspek kehidupannya, individu seperti ini akan menjadi orang dewasa yang bertanggunggjawab (responsive). Kelakuan yang penyabar, bersopan santun, mudah menyesuaikan diri dan sebagainya.

            Bagaimana orang dewasa belajar? Malcolm Knowles memperkenalkan dua cara pembelajaran orang dewasa iaitu ‘Pedagogi dan Andragogi’. Pembelajaran Pedagogi pelajar bergantung sepenuhnya kepada guru yang mengajar, semua maklumat daripada guru dan guru berkuasa penuh dalam kelas, pelajar hanya mengikut arahan.

            Pembelajaran Adragogi pula guru bertindak sebagai pemudah cara (Facilitator), belajar dengan santai (informal), belajar mengatasi masalah, motivasi belajar dari diri pelajar dan menggunakan pengalaman pelajar dan bukan pengalaman daripada guru sahaja.

            Thomas Groome dengan cara mengajar menggunakan dialog, membahagikan kepada 5 fasa atau gerakan dialog ketika mengajar. Gerakan pertama mencari isu semasa yang selalu didengar atau dihadapi oleh pelajar, dialog yang dibuat bertanya kepada pelajar dengan menggunakan kata ganti nama pertama ‘anda’, bertanya soalan seperti “Apa perasaan anda ketika anda…?”. Gerakan kedua masih lagi bertanyakan soalan kepada pelajar seperti gerakan pertama tetapi soalan yang lebih peribadi seperti “Kenapa anda bertindak demikian?”. Gerakan ketiga soalan terbuka kepada semua pelajar seperti “Apakah kesan minum alkohol sampai mabuk kepada keluarga dan masyarakat?”. Gerakan keempat, pengajar pula yang memberi pendapatnya. Gerakan kelima, dialog untuk mencabar pelajar, contoh “ Adakah anda sedia memaafkan orang yang telah mencuri wang anda?”  

            Jack Mezirow (1923) dengan pembelajaran transformatif menemukan 10 tahap peringkat perbelajaan orang dewasa. Apabila dewasa mengalami situasi yang tidak menyenangkan ia akan meneliti kejadian itu kenapa berlaku (peringat 2), kemudian mencari kawan untuk menceritakan masalahnya dan bertukar tukar idea (peringkat 3), Setelah beberapa waktu orang dewasa boleh berkongsi pengalaman pahitnya tanpa rasa takut, malu atau bersalah (pringkat 4). Sebab dia sudah melalui dan sudah ada cara berfikri yang baharu dan tindakan baharu (peringkat 5). Orang dewasa itu sudah dapat keyakinan, lebih matang, lebih cekap dan lebih berkebolehan (peringkat 6). Kemudian dia merancang struktur kehidupan yang baru yang lebih baik, permulaan transfomasi (peringkat 7). Sekarang masa untuk bertindak dan mengarah kepada masa depan yang baru (peringkat 8). Orang dewasa mendapati dirinya dengan peranan baru tidak seperti sebelum mengalami kesusahan hidup. Dulu bujang sekarang berkawin, dulu pekerja sekarang pengusaha, dulu berkereta sekarang naik bas dan sebagainya (peringkat 9) dan akhirnya orang dewasa itu kembali kepada masyarakat (peringkat 10).

            Perkembangan moral Lawrence Kohlberg teori ini memperkenalkan 6 peringkat moral. Seseorang akan berkelakuan sesuai peringkat perkembangan moralnya. Peringkat pertama moral kanak-kanak yang mahu ganjaran dan mengelak daripada hukuman. Kemudian peringkat kedua kelakuan moral seseorang didorong oleh keseronokan. Peringkat ketiga kelakuan moral seseorang didorong untuk menyenangkan orang lain, seperti seorang murid berkelakuan baik supaya mendapat pujian daripada guru. Peringkat keempat moral seseorang berkelakuan sesuai lunas undang-undang. Peringkat kelima mempunyai kesedaran moral yang tinggi, seseorang ingin menjadi warganegara yang bertanggugjawab, bertingkalaku demi kepentingan negara, seperti menunaikan kewajipan mengundi, menjaga hak sama rata, menjaga ketenteramaan awam dan sebagainya. Peringkat keenam, kelakuan moral seseorang didorong oleh etika sejagat yang dipegangnya, bukan didorong moral diperingkat satu sehingga lima. Mereka yang berada diperingkat 6 memperjuangkan sesuatu isu. Seperti Mahatma Gandi pejuangan menentang penjajahan di India, Nelson Mandela pejuang menentang dasar apataid di Afrika Selatan, Martin Luther King Jr memperjuangkan hak asasi rakyat Amerika, Mother Teresa seorang misinori yang memberi penjagaan kepada mangsa perang, penyakit dan kemiskinan. Tidak ramai mencapai peringkat 6.  

 

Cadangan kepada pengajar untuk memperbaiki kursus pada masa akan datang

            Secara keseluruhannya bagi saya pengajar telah menunjukkan sikap mengajar yang bersungguh-sungguh, nota kelas dipaparkan dalam power point ada ketelitian dan penghayatan yang cukup bagus.

            Pengajar mengutamakan pembelajaran dua hala. Menjawab pertanyaan seteliti yang boleh walaupun masa tidak mengizinkan.

            Tugasan yang diberikan bersesuaian dengan peringkat pengajian dan sangat membantu meningkatkan pemahaman pelajar ketika menyiapkan tugasan terhadap isu yang sedang diajarkan.

            Walaupun bahasa Malaysia yang tidak berapa bagus tetapi dapat diimbangi dengan penjelasan dalam bahasa English. Mungkin boleh diperbaiki dari masa kesemasa.

 

Laporan pembacaan

1.      Penulis 1 Brubaker, Omar J & Robert E Clark.

Tajuk buku: Memahami Sesama Kita: Anak-anak Kaum Mudah, Orang Dewasa

Bacaan di muka surat 1-21, 96-124.

Jumlah 50 halaman.

Habis dibaca pada 10.2.2020.

2.      Penulis Groome, Thomas.

Tajuk buku: Pendidikan Agama Kristian: Berbagai Cerita dan Visi kita.

Bacaan di bab 9-10 atau muka surat 269-340.

Jumlah 71 halaman.

Habis dibaca pada 12.2.2020.

3.      Penulis Lunadi, A G.

Tajuk buku: Pendidikan Orang Dewasa: Sebuah Uraian Praktis untuk Pembimbing, Penatar, Pelatih dan Penyulu Lapangan.

Bacaan seluruh buku.

Jumlah 69 halaman

Habis dibaca pada 14.2.2020.

4.      Penulis Wiriadinate Susie.

Tajuk buku: Muda Mudi Idaman.

Bacaan seluruh buku.

Jumlah 150 halaman.

Habis dibaca pada 25.2.2020

5.      Catatan-catatan yang disediakan oleh pensyarah.

50 halaman

Jumlah Bacaa: 390 Halaman.

 

Penutup

            Saya sangat bersyukur sebab diberi perluang mengikuti kursus pelayanan dewasa, banyak pengetahuan yang semoga saya dapat diaplikasikan dalam kehidupan dan dalam pelayanan. Sekian.

Comments