Kelas: Pentateukh (3 jam kredit).

Nama Pelajar: Manuel Bin Akiun.

Program: Bachelors Divinity (BD)

Tarikh: 17/10/2020.

Pengajar: Pdt. Kusam Yontok.

Tugasan:  Kajian Eksegesis.

 

Teks kajian: Ulangan 22:13-30

Pendahuluan

            Perikop Ulangan 22:13-30 menceritakan tentang beberapa hukuman berkaitan dengan perlaku seks dan perkawinan dikalangan umat Israel;

Ayat 13-21 tentang meragukan keperawanan isteri kalau tidak benar si suami harus membayar seratus syikal perak kepada bapa gadis dan dihajar / dipukul oleh tua-tua kota. Tetapi kalau benar si gadis tidak lagi perawan dia perlu dihukum mati dengan cara dilempari batu oleh penduduk kota.

Ayat 22 tentang lelaki yang meniduri seorang perempuan yang mempunyai suami, kedua-duanya harus dihukum mati.

Ayat 23-27 tentang lelaki yang meniduri perempuan di dalam kota yang sudah bertunang kedua-dua harus dihukum mati dengan dilempari batu, sebab gadis itu tidak menjerit ketika dia diperkosa. Tetapi kalau lelaki menidurinya ketika bertemu di padang (tempat sunyi), lelaki itu sahaja yang harus dihukum mati sebab walaupun perempuan itu menjerit tetapi tiada yang dapat mendengar dan menolong dia ketika diperkosa.

Ayat 28-29 tentang lelaki yang meniduri gadis yang masih perawan kalau kedapatan mereka perlu berkawin, lelaki itu pula perlu membayar lima puluh syikal perak kepada bapa gadis itu.

Ayat 30 tentang tidak boleh mengambil isteri bapa sendiri (bapanya mempunyai lebih daripada satu isteri) dan tidak boleh menyikap puncak kain bapa sendiri.

Latarbelakang

            Perikop Ulangan 22:13-30 rentetan ucapan perpisahan Musa yang panjang lebar kepada umat Israel sebelum mereka memasuki tanah Kanaan, ketika umat Israel berkemah di dataran Moab (Ulangan 1:5) tempat yang bernama Kadesh-Barnea (Ulangan 1:2) sebelum umat Israel memasuki tanah Kanaan dibawah pimpinan Yosua (Yosua 1:1-3).

Musa sekali lagi mengingatkan bangsa Israel tentang hukum-hukum yang pernah dia sampaikan ketika mereka berada di gunung Sinai. Musa menggunakan gaya bahasa berkhutbah / homilitik supaya lebih menarik perhatian para pendengarnya.

Musa memberi nafas baharu hukum-hukum yang telah diucapkannya TUHAN sendiri kepada Musa kemudian Musa menyampaikan kepada umat Israel (Keluaran 20:19). Musa juga membaharui janji yang telah dibuat di gunung Sinai (Ulangan 29:1) selepas empat puluh tahun. Bukan hukum baharu hanya gaya bahasa penyampaian yang berbeza sesuai pendengar pada masa itu, mereka merupakan generasi baharu menggantikan generasi yang pernah mendengar ucapan Musa di gunung Senai yang telah meninggal selepas mengembara empat puluh tahun di padang gurun. Generasi pertama yang keluar dari Mesir mereka semua mati kerana dihukum oleh TUHAN sebab mempercayai hasutan sepuluh pengintai ketika mereka pulang daripada mengintai negeri Kanaan, para pengintai itu mengatakan “… kita tidak dapat maju menyerang bangsa itu, kerana mereka lebih kuat daripada kita” (Bilangan 13:31). Sebab itu TUHAN tidak membenarkan generasi pertama yang berumur dua puluh tahun keatas kecuali Yosua bin Nun dan Kaleb bin Yefune mereka berdua termasuk kedua belas pengintai itu. Mereka berdua saja dibenarkan masuki tanah Kanaan (Bilangan 13:29-30).

Selepas empat puluh tahun generasi yang berumur dua puluh tahun keatas telah berlalu kini generasi kedua yang belum mendengar atau belum memahami ucapan hukum ketika di gunung Senai. Sebab itu Musa perlu mengulangi ucapan hukum dengan cara yang berbeza walaupun hukum yang sama. 

Dalam perikop Ulangan 22:13-30 Musa mengembangkan hukum “… Jangan Berzinah …” (Ulangan 5:18) salah satu yang disebut dalam “Kesepuluh Friman” dengan membahas lebih dalam lagi tentang kesan dan hukuman orang berzinah dikalangan bangsa Israel. Walupun “Sepuluh Firman” ringkas tetapi Musa menguraikan hukum itu dengan sangat teliti dan panjang lebar.

Musa tidak memberi hukum yang baharu tetapi menguraikannya dengan lebih dalam sesuai konteks kehidupan orang Isarel. Sudah tentu konteks pada zaman kita berbeza dan hukuman pun berbeza mengikut undang-undang negara masing-masing atau budaya setempat. Bagi saya apa yang ditekankan oleh Musa ialah tentang larangan jangan berzinah dan hapuskan perilaku dan pelaku zinah dalam masyarakat Israel. Begitu juga dalam masyarakat kita zinah perlu dihapuskan.

Tuhan Yesus sendiri mempunyai penjelasan tentang zinah, Dia mengatakan seseorang telah pun berzinah apabila timbul niat dihati mengingini seseorang (Matius 5:28). Bolehkah zinah dihapuskan dalam masyarakat? Kalau mengikut tafsiran zinah seperti yang dikatakan Tuhan Yesus memang susah kecuali orang itu tidak ada lagi keinginan seks.

Walaupun begitu kita perlu perhatikan konteks kata-kata Tuhan Yesus pada masa itu, mungkin juga Tuhan Yesus sedang mengajar penguasa agama Yahudi yang menganggap mereka benar dan tidak berdosa, dengan kata-kata itu, Tuhan Yesus memberi gambaran bahawa mereka juga tidak terlepas daripada hukuman TUHAN kalau mereka tidak bertaubat. Begitu juga dengan kita semua.

Musa juga telah membahas pelbagai peraturan sebelum perikop ini, tentang cara berpakian, seorang lelaki jangan memakai pakian perempuan (Ulangan 22:5). Musa mungkin sedang mengajar tentang menghormati jantina yang TUHAN sudah berikan. Sebab TUHAN memang menciptakan laki-laki dan perempuan (Kejadian 1:27). Atau dengan kata mudah kalau lelaki biarlah jadi lelaki sejati dan kalau perempuan biarlah perempuan sejati. Mungkin juga pada zaman itu sudah ada kecelaruan identiti jantina seperti yang berlaku pada zaman kita. Lelaki menyerupai perempuan dan perempuan menyerupai lelaki.

Tentang anak atau telur burung, induk burung tidak boleh diambil hanya anak burung boleh diambil (Ulangan 22: 6-7). Mungkin bermaksud orang Isarel tidak boleh berlaku kejam kepada ciptaan yang lain dan menjaga kelangsungan hidupan yang lain.

Tentang mendirikan rumah, sotoh rumah (bumbung rumah yang rata) mestilah dipagari untuk mengelakan orang terjatuh dan mati (Ulangan 22: 8). Musa mengajar tentang bahaya dan mengelakkan bahaya. Rupanya pada zaman itu sudah bermula kesedaran tentang bahaya pada bangunan.

Tentang kebun anggur Musa melarang menanam dua jenis benih (Ulangan 22:9). Mungkin Musa mengajar tentang menjaga keaslian anggur atau juga simbolik larangan kawin campur dengan bangsa lain demi mengelakkan iman tercemar dan kesetiaan berubah daripada Tuhan YAHWEH.

Tentang larangan tidak menggunakan lembu dan keledai bersama-sama ketika membajak (Ulangan 22:10) mungkin ini pun simbolik jangan bercampur-gaul dengan bangsa asing.

Tentang larangan memakai pakaian yang dijahit dengan dua bahan yang berbeza (Ulangan 22:11). Sama juga mungkin simbolik memelihara kekudusan umat TUHAN.

Tentang menggunakan tali terbaik dijadikan tali pengikat tubuh (Ulangan 22:12). Mungkin maksud tali ini seperti tali pinggang, supaya tidak mudah putus, untuk mengelak dipermalukan di tempat umum akibat tali baju terputus dan terlihatlah badan seseorang. Tidak pasti konteks sebenar yang dimaksudkan oleh Musa pada masa itu. Mungkin juga membahas tentang kualiti pakian perlu dijaga. Dikatakan pakian dan kasut  orang Israel tidak rosak selama empat puluh tahun mereka mengembara di padang pasir (Ulangan 29:5). Kualit sangat bagus dan mukjizat TUHAN.

Tujuan dan skop

            Perikop ini sedikit sebanyak memberi panduan kepada umat Israel cara menghukum pelaku zinah supaya zinah dihapuskan di dalam masyarakat mereka apabila memasuki tanah Kanaan.

            Selain daripada itu untuk mengajar tentang perkawinan itu suci tidak boleh dicemari dengan perzinaan dan kebencian.

            Ikatan perkawinan berlaku selama hidup lelaki dan perempuan yang telah disatukan, tidak boleh dibatalkan setelah disatukan.

            Menghormati bapa sendiri tidak boleh mencemarkan kehidupan peribadi bapa dalam perkawinan dan perilaku moral.

Genre

            Jenis genre untuk perikop Ulangan 22:13-30 ialah pidato atau khutbah / homilitik panjang lebar daripada Musa. Ditulis dalam bentuk prosa. Tegas dan berterus terang. Mungkin Musa sudah biasa dengan ketegasan Firaun dan para pengawainya ketika Musa membesar di istana Firaun sehingga dia dewasa (Keluaran 2:11), sebelum dia melarikan diri dari Firaun (Keluaran 2:15).

 

Struktur

            Ayat 13-21 membahas tentang tuduhan si suami menuduh isterinya tidak ada lagi tanda-tanda keperawanan ketika diambil menjadi isteri. Hukuman kepada si suami kalau tidak benar tuduhan kepada isteri dan hukuman kepada isteri kalau benar dia bukan gadis perawan.

            Ayat 22 membahas tentang orang yang berzinah dengan isteri orang lain dan hukumannya.

            Ayat 23-27 membahas tentang perzinaan dengan gadis yang sudah bertunang di dalam kota dan di luar kota tempat yang sunyi dan hukumannya.

            Ayat 28-29 membahas tentang perzinaan antara lelaki dan perempuan yang masih perawan kalau kedapatan apa hukumannya.

            Ayat 30 membahas tentang larangan mengambil isteri ayah sendiri dan tidak boleh menyingkap puncak kain bapa sendiri.

Tema-tema Teologi

Allah

            Allah menginginkan perkawinan yang suci bebas daripada noda zinah dan kebencian. Allah menuntut pertanggungjawaban daripada laki-laki dan perempuan yang melakukan hubungan seks, sama ada mereka boleh disatukan menjadi suami isteri atau mereka dihukum mati. Nyawa mereka sendiri dipertaruhkan.

            Allah serius terhadap hubungan seks antara laki-laki dan perempuan, tidak boleh dilakukan diluar perkawinan yang sah. Tiada kompromi hukuman mati menanti si pelaku.

            Menceraikan isteri tanpa alasan hanya kerana benci dan tuduhan yang kurang senonoh tidak boleh dilakukan sebarangan. Allah menuntut pertanggungjawaban dairpada si suami. Hukuman menanti tetapi bukan nyawa jadi taruhan untuk suami.

            Allah menghukum setelah dibuktikan oleh manusia sendiri. Seperti laki-laki yang menuduh isterinya tidak perawan lagi, Allah boleh saja terus menghukum gadis yang tidak perawan tanpa perlu pembuktian oleh manusia. Tetapi Allah tidak bertindak demikian. Allah menghukum menggunakan pembuktian manusia sendiri menurut hukum yang Allah telah berikan iaitu “Jangan berzinah” (Keluaran 20:14).

Allah berbelas kasihan tidak menghukum manusia yang tidak sepatutnya dihukum akibat kesalahan orang lain. Seperti gadis yang diperkosa di tempat sunyi tidak dihukum mati sebab gadis itu tidak dapat meminta tolong. Tuhan Yesus juga berbelas kasihan kepada gadis yang melakukan zinah (Yohanes 8:11).

            Allah menuntut anak-anak menghormati bapa mereka. Memberi gambaran kita pun dituntut untuk menghormati Allah sebab Dia juga Bapa Surgawi kita seperti yang diajarkan oleh Tuhan Yesus (Matius 6:9).

Perkawinan

Keperawanan seorang gadis yang berkawin merupakan harga nyawanya, sebab sekiranya didapati tidak lagi perawan ia akan dihukum mati dengan cara dilempari batu oleh penduduk kota. Kita dapat bayangkan perkawinan pada zaman itu bukanlah perkara mudah bagi seorang perempuan, ia umpama nyawa dihujung tanduk. Di satu sisi kebahagiaan dan satu sisi lagi kematian.

Pada zaman kita tidak mungkin cara menghukum seperti ini dilakukan sekiranya gadis yang dikawini itu tidak lagi perawan. Mungkin sebab keperawanan tidak lagi penting lagi dalam masyarakat kita. Keperawanan tidaklah memberi apa-apa nilai tambah dalam perkawinan, kesetiaan kepada isteri dan suami itulah yang penting dalam perkawinan. Ketabahan mengharungi hidup ketika dalam keadaan susah dan senang, menjaga antara satu dengan, saling menghormati dan menghargai, menerima seadanya dan saling mengampuni dan sebagainya merupakan kekuatan hubungan suami isteri dalam perkawinan mereka bukan semata-mata keperawanan gadis yang dikawini. Yusuf contoh lelaki yang tidak mahu menghukum gadis yang bukan saja tidak perawan tetapi mengandung sebelum berkawin, Yusuf sama sekali tidak berniat menghukum Maria tunangnya (Matius 1:18-19). Sebelulm diberi tahu oleh malaikat tentang kandungan Maria (Matius 1:20).

Konteks zaman sekarang agak berlainan konteks zaman Musa yang kelihatannya lebih menitik beratkan pelaksanaan hukum, seolah-olah manusia untuk hukum dan bukan hukum untuk manusia. Inilah yang berlaku dalam masyarakat Israel sehingga pada zaman Tuhan Yesus. Tuhan Yesus sendiri dituduhan melanggar hukum Sabat (Matius 12:1-7), belas kasihan, keadilan dan kebajikan dilupakan, sebab pelaksanaan hukum yang dititik beratkan. Seperti yang katakan oleh nabi Yesaya “belajarlah berbuat baik; usahakanlah keadilan, kendalikanlah orang kejam; belalah hak anak-anak yatim, perjuangkanlah perkara janda-janda!” (Yesaya 1:17).

Perkawinan asal mulanya daripada TUHAN sendiri ketika Dia menciptakan manusia, Dia menciptakan laki-laki dan perempuan kemudian diberi perintah untuk memenuhi bumi dan beranak cucu (Kejadian 1:27-28). Kemudian pada zaman Tuhan Yesus diteguhkan lagi bahwa suami dan isteri adalah satu tubuh dan tidak boleh dipisahkan oleh manusia (Matius 19:5-6).

Dalam upacara pemberkataan perkawinan dalam gereja ungkapan “hanya maut yang dapat memisahkan” menjadi sumpah setia pasangan yang diberkati. Saya masih ingat ketika kami diberkati ketika ungkapan “hanya maut yang dapat memisahkan” oleh pendeta yang memberkati kami, saya sangat sebak, sebab sedar hanya kerana kasih anugerah TUHAN yang telah menyatukan kami dan hanya TUHAN saja yang dapat memishkan kami maksudnya kematian. Perkawinan suatu janji sehidup semati bagi lelaki dan perempuan yang mahu disatukan dalam perkawinan.

Perkawinan juga diumpamakan kedatangan Tuhan Yesus kedua kali, dikatakan perjamuan kawinan itu  “ … dihadiri himpunan orang banyak seperti desau air bah seperti deruh guruh yang hebat ada sorak-sorai” (Wahyu 19:6-7). Dikatakan juga “… berbahagia mereka yang diundang ke perjamuan kawin Anak Domba…” (Wahyu 19:9).

Pengantin perempuan ialah kota yang kudus Yerusalem yang turun dari Surga daripada TUHAN (Wahyu 21:9-10). Kota itu digambarkan oleh Yohanes “Kota itu penuh kemuliaan Allah dan cahayanya sama seperti permata yang paling indah, bagaikan permata yaspis, jernih seperti Kristal” (Wahyu 21:11).

Siapakah yang diundang dan dapat tinggal dalam kota yang kudus Yerusalem yang turun dari Surga itu?“Tetapi tidak akan masuk ke dalamnya sesuatu yang najis, atau oang yang melakukan kekejian atau dusta, tetapi hanya mereka yang namanya tertulis di dalam kitab kehidupan Anak Domba itu” (Wahyu 21:27). Versi Perjanjian Lama pula mereka yang dapat masuk kota kudus Yerusalem ialah “… sebab tidak seorang pun yang tak bersunat atau yang najis akan masuk lagi ke dalammu” (Yesaya 52:1).

Perkawinan dalam Alkitab boleh membawa maksud penyatuan lelaki dan perempuan secara sah dan juga bersifat rohani yang membahas tentang kedatangan Tuhan Yesus kali kedua sebagai mempelai laki-laki dan kota Yerusalem baharu kota yang kudus turun dari Surga daripada TUHAN sendiri adalah mempelai perempuan.

Perzinaan

            Menyebut saja pun sudah terbayang jijiknya perbuatan zinah. Tetapi zinah jugalah yang selalu dilakukan oleh manusia sejak awal sejarah manusia sampai hari ini. Musa berulang kali mengingatkan bangsa Israel untuk menjauhi zinah dan menghapuskan perlakuan zinah dikalangan masyarakat Israel. Mungkin Musa masih trauma mengenang  peristiwa ketika bangsa Israel terjebak dalam dosa melakukan zinah dengan perempuan Moab (Bilangan 25:1-18) yang akhirnya telah mengorbankan dua puluh empat ribu orang akibat murka TUHAN (Bilangan 25:9). Agaknya lebih ramai lagi akan terkorban kalau murka TUHAN tidak surut pada masa itu. Mujurlah Pinehas anak Eleazar anak imam Harun telah menyurutkan murka TUHAN pada masa itu dengan membunuh pasangan yang berzina orang Israel dan perempuan asing (Bilangan 25:7-11). Murka TUHAN surut ketika ada darah tercurah. Tipoligi darah Tuhan Yesus yang menebus manusia dan diperdamaikan semula dengan Allah (Roma 3:24-25).

            Dalam kepercayaan suku kaum Rungus sebelum mengenal Kristus ada kepercayaan pencurahan darah binatang untuk menyejukkan kutuk dosa perzinaan yang disebut “Sogit” menurut kepercayaan itu kalau “Sogit” tidak dilakukan masyarakat akan jatuh sakit dan tanaman padi tidak menjadi. Ritual mencurahkan darah korban binatang atas tanah “Sogit” akan menyejuk semula kepanasan yang diakibatkan oleh zinah. Korban binatang tipologi Yesus Kristus sebagai anak domba Allah (Yohanes 1:29).

            Raja Daud sendiri pernah jatuh dalam perzinaan dengan isteri askarnya sendiri (2 Samuel 11:1-4). Kalau raja Daud hidup pada zaman Musa mungkin sudah lama dia dilempari batu. Walaupun begitu hukuman TUHAN masih berlaku. TUHAN menghukum Daud dan keluarganya dengan akan ada pertumpahan darah dikalangan anggota keluarga raja Daud sampai selamanya (2 Samuel 12:10). Absalom anak raja Daud telah membunuh Amnon anak raja Daud (2 Samuel 13:29). Kemudian Absalom sendiri terbunuh ketika pemberontakannya kepada raja Daud ayahnya sendiri (2 Samuel 18:17). Raja Salomo anak raja Daud juga telah membunuh Adonia anak raja Daud (1 Raja-raja 2:24-25). Sekali lagi zinah harganya nyawa manusia atau darah manusia sendiri.

            Perzinaan membawa musibah kepada diri sendiri dan keluarga malahan satu bangsa atau negara boleh terjembak musibah. Seperti yang berlaku pada bangsa Israel dan keluarga raja Daud.

            Perzinaan tidak mengira status sosial, boleh berlaku kepada siapa sahaja. Para pemimpin gereja dan para pendeta pun boleh terjembak. Kesanya sangat buruk, menghancurkan keharmonian keluarga dan terasing dalam masyarakat sebab rasa malu yang bukan kepalang.

            Perzinaan juga bukan semata-mata hubungan seks luar pernikahan tetapi menyembah TUHAN lain selain YAHWEH juga merupakan perbuatan zinah bagi bangsa Israel. Seperti yang digambarkan oleh TUHAN kepada nabi Yehezkiel tentang dua adik beradik yang bernama Ohola dan Oholiba yang berzina. Ohola ialah Samaria ibu kota kerajaan Israel dan Oholiba ialah Yerusalem ibu kota kerajaan Yehuda (Yehezkiel 23:4)

            TUHAN mengatakan Ohola adalah milik-Nya tetapi sangat berahi kepada kekasih-kekasihnya orang Asyur, menajiskan dirinya dengan berhala-hala kekasihnya, malahan ketika berada di Mesir pada masa mudanya pun sudah menjadi sundal (Yehezkiel 23:5-8).

            Walaupun Oholiba melihat perbuatan zinah dan persundalan kakaknya Ohola dia tidak menjauhkan perbuatan itu, malahan dia lebih berahi dan persundalannya melebihi kakaknya Ohola (Yehezkiel 23:11).

            Bagi TUHAN menyembah tuhan yang lain sama dengan perbuatan zinah dan persundalan, sangat jijik di mata TUHAN. Sebab itu kedua-dua kota dan kerajaan milik TUHAN telah diserahkan kepada musuh dan dimusnahkan, kerajaan Yehuda dimusnahkan oleh orang Kasdim (2 Raja-raja 25:8-11) dan kerajaan Israel dimusnahkan oleh Asyur (2 Raja-raja 17:6).

            Sebenarnya bukan saja bangsa Israel yang telah jatuh dalam dosa menyembah tuhan yang lain selain YAHWEH tetapi semua bangsa di dunia dan patut dihukum mati oleh TUHAN.

Bukan saja yang telah melakukan zinah secara seks luar perkawinan tetapi semua orang yang pernah memandang perempuan atau laki-laki dan timbul berahi dalam hatinya itu pun sudah berzinah (Matius 5: 27-28). Sebab itu semua orang telah berbuat zinah dan patut dihukum mati.

Ketika Tuhan Yesus berhadapan dengan perempuan yang kedapatan berbuat zinah dan didesak untuk melempari batu kepada perempuan itu Dia tidak melakukan, Tuhan Yesus berkata “…Barangsiapa di antara kamu tidak berdosa, hendaklah ia yang pertama melemparkan batu kepada perempuan ini” (Yohanes 8:7). Tetapi tidak seorang  pun yang berani melempari batu kepada perempuan itu, kemudian Tuhan Yesus berkata kepada perempuan itu “… Aku pun tidak menghukum engkau. Pergilah, dan jangan berbuat dosa lagi mulai dari sekarang” (Yohanes 8:11).

Tuhan Yesus datang untuk menyelesaikan masalah dosa termasuk dosa perzinaan  dikalangan orang Yahudi dan manusia sejagat, tidak mungkin manusia terlepas daripada hukuman dosa dan dosa perzinaan. Semua orang telah berbuat dosa dan di bawah kuasa dosa tidak ada seorang pun yang benar (Roma 3:9-12).

  Sebab itu kita memerlukan belas kasih Tuhan Yesus supaya menebus kita daripada dosa dan termasuk dosa perzinaan. Tuhan Yesus telah pun menyelesaikan masalah dosa manusia di kayu salib (Yohanes 19:30). Tinggal lagi manusia bertaubat dengan menerima penebusan yang Tuhan Yesus sudah sediakan.

Bukan itu saja Tuhan Yesus telah memberikan Roh Kudus kepada kita untuk mengajar dan mengingatkan kita tentang ajaran ajaran Tuhan Yesus (Yohanes 14:26). Roh Kudus juga memberi kita keinginan dan fikiran yang menurut fikiran dan keingnan Roh (Roma 8:4) Semua orang yang dipimpin oleh Roh adalah anak Allah (Roma 8:14). Kita tidak lagi dalam hukuman sebab kita di dalam Yesus Kristus (Roma 8:1). Begitulah cara Tuhan Yesus menyelesaikan masalah dosa termasuk dosa zinah dalam diri manusia sejagat.

Kehormatan bapa

            Dalam masyarakat Rungus ada satu istelah yang disebut “Kovusung” bermaksud hukuman seseorang kerana melihat kemaluan ibu atau bapanya sendiri secara sengaja atau tidak sengaja atau seseorang menyebut nama ibu mertua atau bapa mertua atau mengawini seseorang yang berstatus makciknya. “Kovusung” boleh menyebabkan seseorang jatuh sakit atau usahanya seperti membuka ladang, kebun, ternak dan sebagainya tidak menjadi.

 Musa juga memberi peringatan tentang menjaga kehormatan bapa sendiri supaya anak-anak tidak dijatuhkan hukuman seperti yang disebut dalam Imamat 20:11 “Bila seorang laki-laki tidur dengan seorang isteri ayahnya, jadi ia melanggar hak ayahnya, pastilah keduanya dihukum mati, dan darah mereka tertimpa kepada mereka sendiri” dan dalam Ulangan 27: 20 “Terkutulah orang yang tidur dengan isteri ayahnya, sebab ia telah menyingkap punca kain ayahnya. Dan seluruh bangsa itu haruslah berkata: Amin!”.

            Musa berulang kali mengingatkan bangsa Israel untuk menjaga kehormatan ayah sendiri, supaya mereka tidak dikutuk. Seperti yang terjadi dengan Ruben anak Yakub, apabila dia meniduri gundik ayahnya (Kejadian 35:22) hak kesulungan telah diambil daripadanya (Kejadian 49:3-4). Begitu juga yang berlaku kepada anak bongsu Nuh yang bernama Ham yang melihat aurat ayahnya ketika Nuh mabuk, Ham tidak menutup aurat ayahnya malahan menceritakan kepada kedua abangnya (Kejadian 9:21-22). Setelah Nuh sedar dari mabuk dia mengutuk anaknya sendiri dan juga cucunya sendiri anak Ham (Kejadian 9:25).

            Begitulah dahsyatnya hukuman kepada anak yang tidak menjaga kehormatan bapanya, boleh hilang hak kesulungan dan keturunanya dikutuk. Sebab itu Musa berulang kali mengingatkan umat Israel supaya menjaga kehormatan ayah sendiri.

            Seperti dalam budaya suku kaum Rungus seseorang yang tidak menjaga kehormatan ayahnya atau ibunya atau ibu mertua dan bapa mertua boleh jadi terkutuk / “Ovusung”. Walaupun suku kaum Rungus telah menjadi Kristian budaya menjaga kehormatan ibubapa dan ibubapa mertua masih dijaga. Semasa upacara perkawinan dalam suku kaum Rungus ada upacara “Lumoput” tujuan upacara ini untuk memperkenalkan menantu kepada ibu dan bapa mertua serta adik beradik dan sepupuh dekat ibu dan bapa mertua dengan cara mengucapakan kata “Ivan” kepada mereka ketika menghulurkan hadiah atau bekas sirih kepada mereka. Selepas itu menantu tersebut tidak boleh menyebut nama mereka tetapi menggunakan kata ganti nama “Ivan” atau nama lain tetapi bukan nama sebenar. Sebab kalau menantu menyebut seberangan nama mertua “Kovusung”.

Sebenarnya apa yang ditekan dalam adat “Kovusung” agar menghormati ibu dan bapa mertua. Tidaklah sampai dikutuk atau jatuh sakit kalau melanggarnya.

            Ini kisah benar, seorang Cina berkawin dengan gadis Rungus, kebetulan saya panggil dia untuk membuat baik pulih rumah kawan saya di Kota Kinabalu. Cerita punya cerita rupanya isterinya orang Rungus Kudat dan berhampiran dengan kampung saya. Saya pun mahu tahu juga siapa bapa isteri orang Cina. Saya tanya dia siapa nama bapa isterinya. Dia cakap “tidak boleh sebut”, saya cakap “kita berdua saja di sini tiada orang lain”. Tetapi dia tetap tidak cakap, saya suruh dia tulis di atas kertas, itu pun dia tidak mahu. Mungkin dia takut “Ovusung”. Saya pun faham juga budaya orang Cina sangat takut dengan kutukan. Seperti takut dengan nombor empat, tengok saja bangunan atau apa saja milik mereka tidak akan ditulis nombor “4”. Sebab takut dengan kutukan. Mungkin lebih kuang ketakutan bangsa Yahudi menyebut YAHWEH dan masyarakat Kristian Eropah terhadap nombor “666”

            Menghormati ibubapa dan ibubapa mertua perubatan yang mulia, pada padangan tradisi kebanyakan masyarakat dunia dan juga Alkitab sendiri. Lebih-lebih lagi masyarakat Kristian betapa penting menghormati ibubapa dan ibubapa mertua, bukan takut kutukan tetapi untuk membuktikan kita adalah peribadi yang telah mendapat keselamatan dan beriman kepada Tuhan Yesus. Sikap menghormati dan menghargai orang lain apa lagi ibubapa sendiri dan ibubapa mertua, sebab perbuatan seseorang membuktikan iman seseorang (Yakobus 2:18).

Penutup

            Menjauhi zinah dan berkawin secara sah merupakan kesakian hidup yang menjadi kekuatan seorang Kristian. Menjadi pemimpin atau pelayanan di gereja pun kesaksian perkawinan dan tingkalau seks menjadi keutamaan (1 Timotius 3:2), walaupun ada cacat celah di sisi lain.

Rasul Paulus dalam suratnya berulang kali membahas tentang perlaku seks dan perkawinan kepada jemaat pada masa itu. Salah satu pandangan rasul Paulus “… suami harus mengasihi isterinya sama seperti tubuhnya sendiri: Siapa yang mengasihi isterinya mengasihi dirinya sendiri” (Efesus 5:28). “Hai isteri-isteri, tunduklah kepada suamimu, sebagaimana seharusnya di dalam Tuhan” (Kolose 3:18). Alkitab mengajar bahawa perkawinan bukan hanya memuaskan keinginan seks atau menutup perlakuan zinah tetapi perlu saling mengasihi selama hidup pasangan yang berkawin.

Kesimpulan

            Laki-laki dan perempuan yang telah disatukan oleh TUHAN tidak boleh dipisahkan oleh manusia (Markus 10:9), kecuali sebab ada perlakuan zinah pasangan masing-masing (Matius 5:32).

            Jauhi zinah seks dan zinah penyembahan kepada tuhan yang lain sebab boleh menyebabkan kita dihukum oleh TUHAN. SEKIAN.

 

Comments